Thursday 29 December 2016

Bashah Bersuka Ria Cuti Diluar Negara , Rakyat Terus Derita Tiada Air



KRISIS AIR KEDAH TERUS BERLANJUTAN

Apakah tindakan kerajaan BN Kedah untuk menangani krisis air yang berlanjutan di Kedah yang dilihat kini menyepi dan tidak menampakkan hasil kepada rakyat Kedah ?

Julai lalu kerajaan BN Kedah pimpinan Dato Ahmad Bashah telah mengumumkan untuk menambah bilangan lori agihan air Syarikat Air Darul Aman (SADA). Justeru daripada jumlah asal yang disebut 100 buah lori, berapakah jumlah terkini bilangan lori yang telah ditambah ?

Jika ditambah lori agih air, adakah kerajaan BN Kedah juga melihat kepada penambahan tenaga kerja bagi memastikan pengagihan air ditempat bermasalah tersebut diselesaikan segera dan sampai bantuan.

Berapakah jumlah tong air yang diumumkan diberikan secara percuma di sekitar kawasan parlimen yang terlibat dengan masalah air ? Adakah agihan itu berjalan baik dan mencapai sasaran penerimaan ?

Wednesday 28 December 2016

Kedah Kini Ditadbir Guna "Remote Control" Dari Luar Negara



Negeri Kedah kini ditadbir mengunakan remote control dari jarak jauh. Sebab ramai Exco, ADUN dan Pegawai MB bahkan MB sendiri sedang bercuti dan bersukaria di luar negara.

Dulu mulut-mulut tu la yang kata Mukhriz jarang duduk di Kedah , selalu ke luar negara!!

Kini kita boleh tengok sendiri dimana pemimpin-pemimpin Umno pi bersuka ria di luar negara sedangkan rakyat sengsara.

Kota London & negara China tu dah macam bandar Alor Setar & pekan Padang Terap buat depa..

Jadi AJK UMNO bahagian pun untung sakan..Dapat juga main ular kat Vietnam & beli batik Indonesia..banyak duit depa noo!!!

Tuesday 27 December 2016

Najib Pinjam Dari Negara Komunis , Malapetaka Besar Buat Rakyat



NAJIB PINJAM DARI NEGARA KOMUNIS


1) Najib isytihar pinjaman sebanyak 55 billion Ringgit dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China.

2) Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di Pantai Timur.

3) Kerajaan Najib telah pun pinjam 42 billion Ringgit untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih 53 billion Ringgit. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang. Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi.

4) Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang 50 billion Ringgit lagi.

5) Jumlah semua melebihi 160 billion.

6) Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar.

7) Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak 55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang 55 billion ini.

8) Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.

9) Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

10) Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.

11) Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada 90 billion Ringgit.

12) Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri.

13) Pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan hantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

Thursday 22 December 2016

PRU 14 ORANG MELAYU SUDAH TIDAK PERLUKAN UMNO !



Ketika pilihan raya umum (PRU) 13 pada tahun 2013 kemenangan Barisan Nasional (BN) jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi. Manakala undi popular yang diterima BN pula hanya 47% iaitu menurun sebanyak 2% berbanding dengan PRU12.

Ketika PRU13, semua isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah. Sebaliknya bagi PRU14 akan datang BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.

Seperkara lagi, perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH. Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.

Wednesday 21 December 2016

Dato Siti Norhaliza Sekolahkan Jamal Jamban


Kejutan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamal Yunos hari ini yang tiba-tiba muncul bertuala di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor menarik perhatian ramai.

Beliau dikatakan mahu menumpang mandi di situ kerana dirumahnya sudah 4 hari tiada air. Semalam Jamal sempat memuatnaik foto selfie di dalam bilik air tanda tidak berpuas hati dengan MB selangor.


Ternyata aksi Jamal ini turut menarik perhatian selebriti tempatan. Datuk Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram miliknya sempat meninggalkan sedikit pesanan kepada Jamal. Makan dalam!

Tuesday 20 December 2016

Pas Musim Kedah Naik 120% !! Bashah Nak Buat Duit Ka ?



PAS BERMUSIM: SIAPA UNTUNG ??

Komuniti penyokong Kedah sedia tahu bahawa harga bagi pas bermusim untuk tahun 2017 sudah dikeluarkan secara rasmi di laman sesawang KFA semalam.

Apa tindakan dan respon anda ?

Hokage ke 7 menjawab selaku pemerhati luar dan memberi respon dari pandangan sendiri.

Platinum RM1200
Gold RM800
Silver RM400

10 Bulan Bashah Kelentong Rakyat Kedah !!! Bacalah



Bashah Oh Bashah..

Nak kelentong pun agak2 lah..

Kononnya Kedah berubah wajah dalam 10 bulan 

Ditulis bahawa 5000km jalan di Kedah sudah diselenggara.Sat nak pikiaq,kalau 5000km ni bersamaan 5 kali panjang hiway PLUS dr Bukit Kayu Hitam sampai ke JB..

Betoi ka 5000km ?

Tlg tanya sat org kampung, mesti mereka gelak terburai perut. Jalan yang mereka lalu hari2 masih berlubang.

Hat duk dalam pekan pun sama nak gelak..Jalan kat Alor Setar lebih2 lagi kat Mergong antara SMK Agama Kedah ke Taman Wira pun macam jalan estet getah.Kawasan YB mana tu X tau..

Boleh MB senaraikan 5000km jalan yang dimaksudkan itu?

Publish dlm Sinar Harian ka,nak bg rakyat Kedah tau.

Monday 19 December 2016

Peneroka Felda Tanggung Beban Hutang Jika Saham Jatuh




JIKA anda masih ingat sekitar tahun 2012 yang lalu, para peneroka Felda telah diberi amaran dan ingatan berkali-kali bahawa peneroka akan tanggung hutang jika saham Felda Global Venture, FGV jatuh.

Antaranya, di bawah ini keratan laporan Akhbar Suara Keadilan, bertarikh 22 Mei 2012 yang memetik kenyataan Pengarah Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, saudara Suhaimi Said tentang isu berkenaan.



Suhaimi melahirkan kebimbangannya di mana peneroka mungkin menanggung hutang pinjaman jika Saham FGV merosot.

Tuesday 13 December 2016

Umno BN Akan Pecah Tanah Lagi Hospital Pendang Sebelum PRU 14


JANJI UMNO-BN BINA HOSPITAL PENDANG

UMNO-BN sememangnya pandai membuat janji menjelang pilihan raya umum. Seringkalinya janji yang dibuat hanyalah sebagai pemanis kata bagi meraih sokongan pengundi. Selain daripada 1Litar Kedah dan Masjid Changlun, ada satu lagi janji BN yang dimungkiri iaitu janji untuk membina Hospital Daerah Pendang.

Ini terbukti apabila Hospital Daerah Pendang yang dilaung-laungkan sejak bajet 2006 pada zaman pemerintahan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih lagi belum menjadi realiti hingga kini. Sedangkan penduduk dalam kawasan Parlimen Pendang amat mengharapkan hospital yang menelan kos projek RM200 juta tersebut dapat menjadi kenyataan.

Monday 12 December 2016

Ratusan Komen Cemuh Pemuda Umno Kedah




Ketua Pemuda Umno Kedah yang juga Setpol Kepada Ahmad Bashah , Shaiful Hazizy menerima ratusan kecaman dari rakyat apabila beliau mengkritik Mantan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz semalam. 

Shaiful yang dikenali dengan sikap sombong dan poyo seperti kata Kj dulu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mukhriz 'Gila Talak' apabila mendedahkan Kj (Khairy Jamaluddin) pernah berkata Najib (Perdana Menteri) berbohong dan sudah tidak boleh dipecayai mengenai isu 1MDB. 


Saturday 10 December 2016

Menteri Kroni Bawa Kehancuran Pada Sistem Pendidikan Negara



SISTEM PENDIDIKAN NEGARA YANG ROSAK

Negara Jepun yang tewas dalam Perang Dunia Ke-2, telah bangkit menjadi negara maju dalam masa yang singkat. Begitu juga Korea Selatan yang musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek. Negara kita Malaysia masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan.

Selepas tanah air kita mencapai kemerdekaan, ada sekolah aliran Inggeris. Selepas itu sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan kerana bertujuan hendak memartabatkan bahasa Melayu. Kemudian tukar pulak Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atas alasan istilah Matematik dan Sains banyak diguna dalam bahasa Inggeris. Kemudian selepas itu dihentikan pulak PPSMI. Digantikan dengan pekasanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam sistem MBMMBI ini tenaga pengajar dibawa masuk dari India untuk mengajar bahasa Inggeris. Sebelum itu panggil tenaga pengajar dari USA untuk mengajar bahasa Inggeris.

Apa yang berlaku dalam masa 2 bulan selepas perlaksanaan MBMMBI ini adalah bukan murid kita yang mahir bahasa Inggeris tetapi guru tersebut yang pandai cakap melayu.

Tuesday 6 December 2016

Hinanya Rohingya Dimata Umno & Pas





ISU ROHINGYA

Tahukah kita bahawa usul mengenai Rohingya telah ditolak oleh speaker dari dibahaskan di parlimen pada 24 November 2016 lalu.

Kemudian, ahli parlimen dari pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH), dan Democratic Action Party (DAP) telah membantah penolakan usul ini.

Pada ketika itu, tiada seorang pun ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bangun membantah penolakan usul tersebut termasuk ahli parlimen Marang merangkap presiden PAS dan ahli parlimen Pekan selaku presiden UMNO.

PAU 2016 Tak Peduli Masalah Rakyat , Takutkan Rakyat , Sentimen Perkauman



POLITIK | KELOMPOK 1% MENENTANG 99%

Seperti penulisan kami yang sebelum ini menceritakan sejarah dan politik mengenai dasar pecah dan perintah. Kali ini kita kupas lebih mendalam tentang realiti politik perkauman di negara kita yang dipelopori oleh UMNO-BN. Rumusan dan kesimpulan ini dibuat sesudah selesai Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU). Heil Najib !

Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang bakal menyaksikan pertarungan sengit antara UMNO dan pembangkang. Umno yang akan terus menggunakan senjata perkauman bagi mewujudkan ketakutan di kalangan pengundi.

Mencermati dan menyelusuri intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam PAU 2016 terdapat 2 tema yang diketengahkan :

Saturday 3 December 2016

Pegawai Seleweng RM100 Juta , Khairy Jamaluddin Buat Tak Tahu ?


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar perlu bertanggungjawab penuh ke atas isu penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta yang dipercayai membabitkan pegawai kanan kementerian itu.

Hairan apabila orang nombor satu KBS (Khairy) mengaku tidak tahu, sedangkan hal itu dipercayai sudah berlaku.

"Atau adakah sistem pemantauan sedia ada begitu longgar hingga menteri tidak tahu berjuta ringgit hilang tanpa program?

“Dalam konteks demokrasi progresif, langkah terbaik buat beliau sekarang ialah berundur dan letak jawatan,”

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha bahagian KBS serta lapan individu termasuk seorang wanita kerana dipercayai menggerakkan sindiket merugikan kerajaan.