Tuesday, 24 December 2013

15 TAHUN PENJARA HADIR HIMPUNAN GULING KERAJAAN !! TAHNIAH @PDRMsia



Team Peluru Utara harap pihak Polis mengambil tindakkan tegas terhadap penyangak-penyangak ni. biar depa sedaq Malaysia kita ada undang-undang bukannya undang-undang Anwar . 

HOT ARTIS : AKHIRNYA ARIL SUDAH SAH MILIK ERMA EDLINDA


Bekas bintang Akademi Fantasia musim ke 7 , Aril AF7 atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus telahpun selamat diijabkabulkan dengan buah hati kesayangannya iaitu Puteri Erma Edlinda Binti Haji Megat Amiruddin jumaat lalu.

Dengan sekali lafaz, Puteri Edlinda selamat bergelar isteri kepada Aril dan pasangan ini telah dinikahkan di Kota Bahru, Kelantan berwalikan bapa Puteri Edlinda.

Isteri Aril menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihannya sendiri dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.

Monday, 23 December 2013

Seorang daripada lima kru kapal karam selamat

Seorang daripada lima anak kapal warga China yang dilapor hilang selepas baj 'Heng Hong 168' karam di perairan negara ini empat hari lepas, ditemui selamat hari ini.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataannya, berkata mangsa ditemui hanyut berhampiran Pulau Bintan pada pukul 9.20 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu mangsa diselamatkan oleh Pengawal Pantai Indonesia dan dibawa ke hospital di Bintan.

Usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa sedang dijalankan, kata kenyataan itu.

Baj itu karam kira-kira tiga batu nautika dari barat Rumah Api Horsburgh pada 19 Dis lepas. - Bernama