Monday 15 April 2013

PANAS!! Kerana hilang kepercayaan penyokong Pas tawar hati, sertai UMNO

ALOR SETAR - Sekumpulan 10 anggota dan penyokong Pas dari Taman Samudera dan Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah, dekat sini, bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, malam tadi.

Mereka ialah tujuh orang dari Taman Pelangi dan tiga dari Taman Samudera menyerah borang keahlian kepada pengerusi UMNO cawangan Taman Sri Kota, Shabudin Md. Zain untuk menyertai cawangan tersebut.

Mohd. Azlan Abdul Halim, 48, berkata dia, isterinya Husna Omar Din, 42, dan seorang anak, Mohd. Naim, 22, sangat kecewa dengan Pas yang melaungkan negara berkebajikan namun tidak mempedulikan kebajikan penyokong tegar mereka.

"Apabila saya memohon pertolongan untuk seorang anak kurang upaya tidak dilayan, saya tawar hati. Pemimpin Pas lebih mengutamakan kroni mereka,” kata Mohd. Azlan kepada pemberita selepas menyerah borang keahlian tersebut.

Sementara itu, Shabudin berkata seramai 40 penyokong Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyertai UMNO cawangannya sejak Januari lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment