Wednesday, 14 November 2018

Ketua Pembangkang Kedah tercekit kepala ikan Buntal ??



Aku nak respond dari muat naik satu posting yang dikongsi oleh Ketua Pembangkang DUN Kedah, YB Muhammad Sanusi Md Nor berkenaan 'Bajet Pening Kerajaan PH Kedah".

h


Aku tak pasti la sama ada Sanusi tak faham atau buat2 bengap tak faham berkenaan peruntukan infrastruktur sebanyak RM66.9 juta kononnya ianya turut melibatkan projek 2 titi yang telah siap dibina.

Setahu aku sebagai Ketua Pembangkang, Sanusi turut diberi buku bajet Kedah 2019 untuk dibaca. Tapi tak tahu la sama ada Sanusi pandai membacanya atau tak.

Pada perenggan 41 buku bajet mencatatkan bahawa 'Kerajaan Negeri TURUT MENYIAPKAN' projek 2 titi sepertimana yang dimaksudkan Sanusi.




Untuk pengetahuan, perenggan tersebut nak menerangkan/menceritakan bahawa kerajaan negeri dalam menyediakan infrastruktur asas (jaringan jalan raya) telah menyiapkan 2 projek tersebut dalam tahun 2018. Kesinambungan dari 2 projek jaringan jalan raya berkenaan telah siap dibina, kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta dalam bajet 2019 untuk projek pelebaran 30 jalan dan jambatan di Negeri Kedah.

Jelas sekali langsung tak ada tertulis dalam buku bajet, kerajaan negeri AKAN MEMBINA atau AKAN MENYIAPKAN 2 projek titi yang dimaksudkan Sanusi dengan menggunakan peruntukan infrastruktur bajet 2019.

Harap Sanusi jangan jatuhkan martabat dia sebagai 'Ketua Pembangkang' DUN Kedah dengan menimbulkan isu yang menampakkan kebodohan diri sendiri.


No comments:

Post a Comment