Friday 30 November 2012

HOT NEWS : PEMERHATI TAIPING MENINGGAL DUNIA PETANG TADI !! #PAU2012

Petang tadi lebih kurang jam 6.00pm, orang ramai di PTWC di kejutkan dengan berita kematian seorang pemerhati di hentian bas berhadapan PWTC .

Lelaki itu dipercayai rebah akibat serangan jantung dan berdarah dikepala. Ketika ditemui beliau masih lagi bernyawa dan menghembus nafas terakhir sebelum sempat ambulan tiba.

Di kenali sebagai En.Ahmad Hariri bin Alang Othman berumur 62 tahun dari Kemunting, Perak . Menurut maklumat beliau bersama rombongan tiba disini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Sehingga jam 6.15pm keluarga mangsa telah dihubungi untuk dituntut .


Al-Fatihah

UCAPAN DASAR PRESIDEN FULL #PAU2012




ISYARAT PRU-13 SUDAH TIBA -TPM #PAU2012



KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ucapan yang bernas dan bernada tegas Presiden UMNO adalah isyarat jelas kepada seluruh pemimpin di semua peringkat supaya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang merupakan cabaran besar bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ucapan dasar yang penuh dengan mesej itu bagi memperkukuhkan jentera parti supaya semua ahli bangkit dan meneruskan perjuangan mempertahankan UMNO dan BN sebagai kerajaan yang memerintah selepas pilihan raya nanti.

Beliau berkata, amaran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berjuang habis-habisan mempertahankan Putrajaya memang wajar kerana semua pemimpin dan ahli mengetahui senario politik negara tidak seperti dahulu.

"Cabaran yang akan dihadapi UMNO dan BN memang lebih hebat kerana kita tahu di pihak sana (pembangkang) mereka macam kemaruk kuasa politik.

''Mereka sudah buka jalan ke Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun dan sebab itu ada pelbagai taktik dan cara kotor termasuk mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Contohnya sudah digambarkan awal-awal lagi, jika esok ada pilihan raya, keputusan tidak memihak kepada mereka adalah kerana sistemnya dibuat dengan kotor, tidak adil," katanya mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, di PWTC, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, situasi politik sekarang tidak seperti 10 dan 20 tahun lalu dan keadaan lebih mencabar kerana rakyat terdedah dengan teknologi maklumat dan komunikasi serta berminda baharu.

"Tanggapan dan harapan rakyat khususnya kira-kira 13 juta pengundi termasuk 2.7 juta pengundi generasi muda sudah jauh berbeza.

"Jadi, apabila sampai pilihan raya pastinya ia tidak seperti biasa, kita akan berdepan dengan cabaran yang agak luar biasa dan mesti bersiap siaga, kena peka serta berhati-hati dengan situasi seperti itu," katanya.

Muhyiddin yakin sebahagian besar pemimpin dan ahli UMNO dan BN menyedari perkara itu serta merapatkan barisan supaya negara tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan pembangkang.

Beliau berkata, lima 'resipi' yang digariskan Perdana Menteri iaitu mengukuhkan perpaduan, sikap taat dan setia, jangan mensabotaj parti, calon boleh menang dan menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan parti harus dipatuhi semua pemimpin dan ahli bagi mencapai kemenangan UMNO dan BN pada pilihan raya akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keperitan yang dirasai akibat kekalahan beberapa negeri kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu harus dijadikan pengajaran dan semua pihak mesti bekerja keras memastikan ia tidak berulang apatah lagi membabitkan kuasa di peringkat nasional.

Sambil menyatakan semua jentera telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa, Muhyiddin memberitahu, sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah pulih dan kini semakin kuat.

HOT NEWS : UMNO BUKAN PARTI SOSIALIS - PERDANA MENTERI #PAU2012



KUALA LUMPUR 29 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan, tindakan pihak tertentu menuduh UMNO sebagai parti nasionalis yang sekular amat tersasar.

Presiden UMNO itu menegaskan, parti tersebut sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan parti, sesuai dengan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.

Sambil merujuk kepada tindakan Pas mendoakan kehancuran UMNO, Najib mempertikaikan apakah sebuah parti seperti UMNO yang menguruskan ehwal pentadbiran negara dengan begitu cemerlang layak dituduh sebagai tidak Islamik dan dinista.

"UMNOlah parti yang selama ini membolehkan Islam diamal sebagai cara hidup syumul di negara ini. Apakah tidak mereka melihat bahawa selama berpuluh-puluh tahun semenjak merdeka, syiar Islam yang murni, begitu meluas di negara ini, yang bukan terbatas di bidang ibadah sahaja, bahkan merangkumi lapangan munakahat, muamalah dan jinayat," katanya.

Najib menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang mengimbas sumbangan Malaysia dalam beberapa konflik melibatkan umat Islam di seluruh dunia menegaskan, janganlah sumbangan kepada Islam hanya diukur dengan tahap retorik dan kuat bunyi pekikan slogan semata-mata, sedangkan sumbangan sebenar isi kandungannya tidak seberapa.

Sehubungan itu, Najib menegaskan, UMNO komited bagi terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.

"Kita tidak rela untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam, UMNO tidak sekali-kali akan mencaci atau menista saudara seagama seperti parti lawan. Kita tetap tegas untuk mempertahan kesucian dan kemurnian akidah.

"Di atas pentas perhimpunan ini juga, kita mahu menyatakan tanpa berbasa-basi lagi bahawa kita menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme mahupun liberalisme," tegasnya.

Najib juga mengingatkan Pas supaya cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada UMNO.

"Kita dapati hari ini, pemimpin yang sama dan parti yang sama mengecam UMNO itu sudah tidak lagi memperjuangkan negara Islam, sebaliknya pula mahu menubuhkan negara berkebajikan.

"Mereka juga hari ini bekerjasama dengan sebuah parti yang menentang penubuhan negara Islam serta mahukan Malaysia dijadikan sebuah negara sekular," katanya.

Beliau berkata, tidak mengapa jika perbuatan berkenaan tidak melibatkan orang lain tetapi apa yang tragisnya, ia telah menjadi pesta fitnah, propaganda jahat dan pendustaan yang ditujukan kepada UMNO serta seluruh rakyat Malaysia.

TEKS PENUH UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO #PAU2012



TEKS UCAPAN PENUH YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD. YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN
WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2012


“BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN”

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.


YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita
YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda
YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin
Ketua Pergerakan Puteri
YB Naib-Naib Presiden UMNO
YB Setiausaha Agung UMNO
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri
Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.

Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.

Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim:


وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. (Surah Al-Baqarah, Ayat 126)

Saudara dan saudari yang saya hormati,

Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.

Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran.

Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.

Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti. Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA

Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional.

Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.

Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Sebenarnya saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain. Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian.



Sutera dilipat habis dicuci
Tersimpul kemas di dalam laci
Kalau hati berkarat benci
Terpacul di mulut nista dan caci
PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.

Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS.

Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS.

Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR.

Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

Saudara dan saudari,

Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang? Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam.

Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.

Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi.

Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

Mungkin PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13.

Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh.

Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR.

Sebenarnya saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya yang lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS.

Cuba bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing tidak percaya antara satu sama lain, bolehkah pembangkang bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang memerintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang membawa kesejahteraan kepada rakyat? Boleh atau tidak saudara-saudari? Jika tidak jawapannya, pastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.

CABARAN IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru. Kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral. Di kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.

Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.

Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.

Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita jika amalan songang ini dibiarkan menular. Kita bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya.
Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja.

Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Walaupun pembangkang menjanjikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala apabila bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat sekali oleh YAB Presiden, antara sisi hodoh budaya pembangkang ialah bila berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pembangkang dahulu, tercatat janji untuk memberikan bermacam-macam kebebasan kepada rakyat kalau mereka berkuasa, termasuk janji kebebasan media.

Namun, belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar.

Mereka berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka.

Inilah wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa merekalah yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil, mahkamah kita berat sebelah, mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk mendapatkan perlindungan. Sebenarnya mereka tahu bahawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat mereka untuk memberikan gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa, mereka sanggup menabur fitnah.

Samalah juga dengan tindakan Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka. Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).

Kesemua ini tidak membayangkan mereka komited untuk melaksanakan janji demokrasi. Sudahlah komitmen kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi pun tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada keabsahan moral untuk bercakap mengenai Islam atau demokrasi.

Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat, apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
JAMINAN UMNO UNTUK BANGSA MELAYU

Saudara-saudari,

UMNO terus komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020.

Begitu juga dengan perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam. Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam.

Sepanjang 66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan UMNO. Inilah kesaksamaan UMNO. Pejuang UMNO tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan UMNO. UMNO berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Justeru, UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Ma’idah, Ayat 8)

Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan Nasional. Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama.

Renungkanlah saudara dan saudari. Tilik betul-betul apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata.

BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Kita sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun ini adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah pertarungan ini. Dalam pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri, bahagian dan cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah.

Pertingkatkan gerakerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti. Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, insyaAllah kita akan mengarak obor kemenangan.

Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan UMNO, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci.

Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini. Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO mesti kita perkukuhkan.

UMNO di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara kita. UMNO telah merasai denyut nadi rakyat. Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Baik petani, nelayan dan pekebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota, golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan mahasiswa, malahan golongan gelandangan dan kurang bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan UMNO.

Kita akur bahawa transformasi adalah satu proses yang berterusan. Kita tahu bahawa masih banyak rintangan dan cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah kita redah segala rintangan, kita harungi segala dugaan, kita atasi segala cabaran. Marilah kita berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memimpin parti dan negara. Marilah kita berikan sepenuh ketaatan kepada khalifah yang akan memimpin bala tentera kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an al-karim:

أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ

Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (yakni orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
(Surah Al-Nisa’, Ayat 56)

Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang. Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu, engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi.

Kepada Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang benteng hadapan yang akan mempertahankan Putrajaya. Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah. Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah. Dekatilah generasi muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat bertarung menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah.
Kepada Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah generasi muda dengan harapan dan keyakinan. Andalah yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi mereka. Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama kita dalam perjuangan murni melakari masa depan nusa dan bangsa.

Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita. Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh pembangkang. Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 7:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Pemuda adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan. Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah!

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu Satukanlah hati-hati kami di jalanMu


Ya Allah Ya Tuhan Kami! Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai
Ya Allah Bimbinglah kami di jalan yang lurus Redhakanlah jalan perjuangan kami Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.


Monday 26 November 2012

PANAS !!! AKHIRNYA TPM BANTAI DONG ZONG !!!!!


SERDANG 25 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kerana pertubuhan itu sering menuduh segala pembaharuan pendidikan oleh kerajaan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk merosakkan bahasa Cina dan masa depan sekolah Cina.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu, kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan sekolah Cina apatah lagi mahu merosakkan bahasa Cina sebaliknya segala kekurangan yang ada segera ditampung bagi memastikan pendidikan tersebut tidak terjejas.

Sehubungan itu beliau berkata, Dong Zong dalam isu tersebut lebih bersifat politik dan bukannya menjadi pejuang pendidikan seperti mana yang dilaung-laungkan oleh mereka.

''Begitu juga dengan pendidikan Tamil. Saya telah jelaskan sebelum ini bahawa pelan pendidikan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak langsung menyebut untuk meminggirkan sekolah yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil, malah kedua-dua aliran ini akan terus kekal seperti mana dalam laporan itu.

''Jadi apa maknanya. Ini bermakna aliran sekolah Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah akan terus kekal diajar, kekal sampai bila-bila. Mungkin selagi ada bulan, bintang dan matahari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa (MAHA) 2012 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan terkini Dong Zong yang menganjurkan perhimpunan hari ini bagi membantah perlaksanaan PPPM yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan.

Menyentuh isu sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan kerajaaan tidak pernah ada niat jahat atau niat terselindung setiap kali pelan pembangunan pendidikan yang baru diperkenalkan apatah lagi bertujuan meminggirkan sekolah Cina dan Tamil.

''Tidak ada satu niat jahat atau tujuan terselindung yang sering dianggap oleh Dong Zong terutama apabila kerajaan mahu membuat pembaharuan pendidikan. Mereka merasa takut dengan beranggapan pelan untuk memajukan pendidikan negara dikatakan mahu merosakkan bahasa Cina. Ini tanggapan yang amat salah.

''Kenyataan Dong Zong ini tidak boleh dipertahankan. Mereka bercakap 'lentang-lentung' di sana sini dan kemudian membuat tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini adalah tujuan politik, bukan pendidikan. Mengenai PPPM, semua rakyat Malaysia sokong dan mengapa Dong Zong tidak sokong," ujarnya.

Beliau berkata, hanya beberapa sahaja pertubuhan yang menyokong Dong Zong sebaliknya lebih banyak pertubuhan tidak menyokongnya.

''Sebab apa, sebab mereka (pertubuhan) tahu Dong Zong ada muslihat politik. Saya tiada kepentingan politik tetapi saya melihat kepentingan pelajaran," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan BN mengiktiraf sistem pendidikan Cina dan Tamil dan sehingga kini kedua-dua aliran itu terus berjalan.

'Sekiranya kita hendak lakukan perkara ini sudah berpuluh tahun yang lalu kita buat. Namun, sehingga setakat ini, sejak 55 tahun kita merdeka sekolah aliran Cina tidak pernah ditutup dan bahasa Cina diajar seperti biasa. Bukan itu sahaja bahkan kerajaan menambah jumlah sekolah Cina dan meningkatkan jumlah guru sekolah Cina sedia ada," katanya lagi.

SUKAN : HARIMAU MALAYA MULA LANGKAH SUMBANG


KUALA LUMPUR - Apa lagi mahu dikata? Permulaan menarik yang diharapkan buat Harimau Malaya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF nampaknya hanya tinggal harapan kosong semata-mata.

Kita kalah dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Dua gol melalui ketua pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 sebelum disudahkan dengan penuh bergaya oleh pemain berusia 42 tahun, Aleksandar Duric pada minit ke-75 untuk melengkapkan mimpi ngeri jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para pemain Harimau Malaya di hadapan kira-kira 40,000 penonton.

Masalah sama yang sebenarnya sudah boleh dapat dikesan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini nampaknya tetap terjadi dengan kelemahan ketara bahagian pertahanan dan tengah yang menjadi punca kepada kemenangan Singapura.

Rajagobal jelas tidak mengambil pengajaran berguna apabila melihat jentera tengah yang dikawal oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan cukup pincang dalam mengawal permainan lantas membuka ruang kepada lawan mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke kubu Malaysia.

Namun, masalah paling ketara buat skuad bimbingan Rajagobal ialah barisan pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah dengan persefahaman para pemain menjadi persoalan besar.

Dua daripada tiga gol Singapura ternyata merupakan kecuaian pertahanan yang tidak merantai kemas pergerakan penyerang lawan terutamanya Shahril yang menjadi pemusnah semangat perjuangan Harimau Malaya.

Gandingan Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi Muslim sering sahaja 'lemas' dengan hantaran-hantaran lintang berbahaya daripada Shahdan Sulaiman di samping prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap yang meragukan.

Biarpun Malaysia memberikan harapan besar seolah-olah mampu menjinakkan Singapura pada 30 minit permainan melalui gerakan berbahaya Norshahrul Idlan Talaha, segala-galanya berubah apabila pelawat memecahkan kebuntuan dua minit kemudian dengan gol daripada Shahril Ishak.

Berpunca daripada hantaran silang Shahdan dari sebelah kiri, Shahril bijak mengeksploitasi kelemahan komunikasi antara Azmi Muslim dan Fadhli Shas sebelum mudah menyepak masuk ke dalam gawang Malaysia yang ternganga luas.

Gol itu ternyata menyentap semangat anak-anak buah Rajagobal yang bagaikan hilang fokus selepas itu dan ia memberikan ruang kepada Shahril sekali lagi mengukuhkan kedudukan Singapura dengan jaringan kedua pada minit ke-37.

Segalanya bermula dengan kesilapan Khairul Fahmi yang menepis bola ke belakang yang cuba diselamatkan oleh Fadhli yang dapat menanduk keluar atas garisan gol namun Shahril dapat menyambar bola tersebut dengan menanduk kemas ke dalam pintu gol.

Membawa masuk Wan Zack Haikal di separuh masa kedua menggantikan Khyril Muhymeen tidak memberikan apa-apa impak dengan Safee Sali serta Norshahrul masih gagal mendapatkan bola hantaran berkualiti daripada barisan tengah.

Duric yang hanya dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-70 akhirnya dapat melepaskan hajatnya menjaringkan gol ketika berdepan Malaysia apabila dia yang tidak dikawal oleh Aidil serta Fadhli, lima minit kemudian menanduk cantik hantaran Shahdan yang layak dianggap pemain terbaik pada perlawanan itu.

Gol itu ternyata membunuh apa perjuangan pemain Harimau Malaya dengan penyokong-penyokong Malaysia mula keluar stadium secara perlahan-lahan sambil segolongan penyokong yang digelar Ultras Malaya menyorak dengan memperkatakan "Rajagobal, apakah yang engkau buat." bagi menamatkan malam penuh mengecewakan Harimau Malaya.

Sunday 25 November 2012

ISU AIR : UMNO PERSOAL LANGKAH MB KEDAH #TUKARKEDAH













Umno Kedah mempersoal tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang memasukan nilai keuntungan RM20 juta dari hasil jualan air kepada Negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2013 walhal belum ada rundingan dibuat bersama negeri itu.


Timbalan Pengerusinya, Datuk Mukhriz Dr Mahathir berkata, bagaimana Azizan boleh mengumumkan dalam Bajet 2013 bahawa tahun hadapan RM640 juta pendapatan bagi Negeri Kedah dan didalam jumlah tersebut termasuklah keuntungan daripada hasil jualan sumber air mentah dari Negeri Pulau Pinang.


Katanya, tindakan ini adalah tidak benar sebab Pulau Pinang mendakwa langsung tidak dibawa berunding mengenai bayaran yang perlu dibuat, jauh sekali jumlah yang dikenakan.


“Jadi, bagaimana jumlah itu boleh dimasukkan dalam Bajet 2013 sebagai pendapatan Kerajaan Negeri.


“Kalau RM20 juta dah kita ragu-ragu mengenai kesahihannya, apatah lagi dengan RM640 juta yang dimaksudkan dalam Bajet 2013,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Mukhriz berkata, beliau khuatir ini sebagai satu usaha Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengaburi penglihatan rakyat kerana jumlah yang begitu besar.


“Zaman kami (Barisan Nasional) dulu pun tak pernah sampai RM600 juta, paling hebat pun RM500 juta lebih kurang. Tiba-tiba dalam tak seberapa, malah tak runding dengan siapa pun angka RM640 juta diletakkan dalam Bajet 2013 sebagai pendapatan Negeri Kedah.


“Ini belum tentu selepas ini dibawa berita itu untuk seluruh negeri mengatakan kononnya di bawah mereka ini pendapatan mereka lebih baik dari zaman dulu.


“Tiba-tiba rakan dia sendiri dari DAP menempelak dakwaan itu kerana mereka pun tak pernah dibawa runding pasal pembayaran RM20 juta untuk pembekalan air mentah kepada Pulau Pinang,” katanya.

Tuesday 20 November 2012

PAS TERKEDU DAP TOLAK HADI PILIH ANWAR

Pada muktamar PAS baru-baru ini, ramai pemimin PAS mahukan Haji Hadi untuk di pilih menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Menang pada pilihan raya umum nanti. Kita semua sedia maklum bahawa DAP tetap mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri kerana DAP menjadi parti yang memenanggi banyak kerusi Parlimen berbanding PAS, sebab itu kita tidak hairan ketetapan DAP tetap perlu dipatuhi.

Sejurus sahaja berakhir muktamar PAS , DAP melalui LIM GUAN ENG telah membuat kenyataan bahawa DAP tetap mahukan Anwar mejadi Perdana Menteri.


HASAN ALI : MUKTAMAR PAS TIDAK LAGI SEPERTI DULU


Hasan Mohamed Ali

SHAH ALAM - Muktamar Tahunan Pas yang berakhir semalam disifatkan sebagai tidak menghayati dasar perjuangan Pas.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, pemimpin Pas tidak menyebut mengenai dasar perjuangan Pas seperti di tahun-tahun lalu.

Menurutnya, tiada pengisian penting seperti soal akidah, hukum hudud dan negara Islam seperti yang sering dilaungkan.

“Ia pastinya mengecewakan ahli Pas yang mencecah hampir sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, Pas menerusi muktamar kali ini tidak ubah seperti parti pilihan raya.

“Kepimpinan Pas, sama ada Presiden mahupun Mursyidul Amnya, seperti hendak lari daripada berbicara mengenai isu akidah yang saat ini menjadi kontroversi.

“Saya dapati, ucapan Presiden seperti di dalam persidangan DAP dan PKR sahaja,” katanya, yang kini Presiden Jati, sebuah badan untuk martabatkan umat.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu turut melahirkan rasa kecewa Presiden Pas juga hampir tiada menyebut perjuangan parti seperti jihad dan usaha melahirkan pemimpin muda.

“Kerana itu saya menganggap di muktamar kali ini, Pas hanya parti pilihan raya. Sungguhpun ada segelintir perwakilan menyebut perkara pokok perjuangan, namun ia masih tidak lari dari lingkungan untuk pilihan raya semata-mata. Ini benar-benar berlainan dengan muktamar lalu,” katanya.

Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha menganggap terdapat kesilapan dan kelemahan pada muktamar kali ini kerana isu akidah tidak dibahaskan.

Menurutnya, pendirian Dewan Ulama Pas yang lebih selektif boleh menyebabkan masyarakat kurang percaya kepada pendirian dan perjuangan Pas.

“Mungkin Pas tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak berikutan isu akidah ini. Itu silap kerana sebagai parti yang memperjuangkan Islam, Pas tidak harus gentar, berdepan isu sebegini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memuji muktamar kali ini yang dianggap berjaya dalam menterjemahkan isu Negara Berkebajikan.

HOT NEWS : NIK AZIZ MAHU SAMAN UTUSAN !!!!



SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapanUtusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN), Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu.

Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata:

"Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas."

Monday 19 November 2012

JERAI NEWS : JAMIL KHIR : DOA "KO BN" DOA POLITIK PAS !!!


Jamil Khir Baharom


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan doa 'KO BN' dibacakan oleh Pas pada Jumaat lalu sebagai "doa politik."

Ini kerana menurut beliau, Pas lebih mementingkan cita-cita mahu menguasai Putrajaya daripada membincangkan isu-isu pokok berkaitan agama dan dasar perjuangan parti itu.

"Saya percaya rakyat boleh menilai doa yang dibuat oleh Pas ini, malah ada di antara ahli Pas sendiri tidak menerima doa ini," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

EKSKLUSIF PART 1 DARI KEDAH..!!! BUKTI REKTOR UNIVERSITI KESAYANGAN AZIZAN PAS KEDAH BUKTI MENIPU..!!!




Alamakkk...terbalik la pulak gambaq nihhh..!!! Adehhh...Heh!


Kecohhh..!!! Rektor sebuah universiti "agama PAS" menipu dan kantoi berbohong! Paling hebat, dia cuba menipu mahkamah dan akibatnya dia telah dikantoikan sehingga memaksa KUIN membayar saman ganti rugi jutaan ringgit.


Begini ceritanya...


Mula-mula KUIN disaman oleh Shake Cuisine sebab tak jelaskan pembayaran selenggara asrama pelajar KUIN. Jumlah tu bukannya berharga RM2.50 la. Melibatkan RM3 juta ringgit! Heh!


Untuk menyelamatkan diri dari kantoi kena bayar saman, dia sanggup suruh KUIN buat minit mesyuarat PALSU! Patut ke lagu tu..??? Hahahahaaa....


Sekali kantoi la pulakkkk..!!! Ada orang yang sudah kantoikan diaaaa..!!! Aduhai..!!! Heh!


Persoalannya, Rektor macam ni ke yang Azizan sayang sangat tu? Siap sambung kontrak dia sampai 4 tahun woooo..!!! Betul punya sayang!


Kakitangan KUIN dah banyak kali jumpa Azizan dan cerita kat dia pasai Rektor KUIN tu. Tapi Azizan tak mau dengar suara kakitangan KUIN walaupun yang mai habaq tu orang PAS totok yang kerja dengan KUIN..! Heh!



Sebelum aku dedahkan perkara yang kantoikan Rektor kesayangan Azizan tu, aku dedahkan dulu la minit mesyuarat PALSU yang menyebabkan KUIN hilang RM1.6 juta baru-baru ni...Heh!


Idup Jamil..!!! Runtuh la KUIN kalau biarkan dia kat situ lagi...heh! Dan kalau biarkan Azizan jadi MB, mau runtuh Kedah pulak la lepas nihhhh..!!! Heh!


P/s: Jenuh bersilat la PAS Kedah jawab isu nihhhh...!!! Mana Zul Ya? Sembunya dalam kain bini kaaa???

GEMPAR !!!! APA YANG BUAT PAS KEDAH MERANA PAGI INI?? JOM TEROPONG !!!!


Gempakk beb , hampa tunggu satu lagi pendedahan eksklusif dari blogger-blogger anak-anak Kedah jam 10.30 pagi ini. Kita bongkar dengan fakta, kita bongkar untuk rakyat tahu siapa syaitan sebenarnya. Jahanam duit rakyat, jahanam anak-anak Kedah dikerjakan mereka .

jom kita teropong disini

HOT UTARA : KERANA TEMPAH CINCIN TUNANG !!!

Zamzalina Zakaria

ALOR SETAR - Seorang lelaki menggunakan helah menempah cincin tunang untuk menyamun seutas rantai leher jenis kait seberat 11.15 gram ketika berurusan dengan seorang pembantu kedai emas di Jalan Langgar, semalam.

Difahamkan lelaki itu masuk ke premis kedai terbabit sekitar jam 11.55 pagi sebelum bertindak menyamun sebahagian rantai berkenaan dengan membawa lari keluar menuju ke motosikal jenis Honda Wave yang diletakkan kira-kira tiga meter dari kedai itu.

Pembantu kedai, Zamzalina Zakaria, 38, berkata, kejadian berlaku dalam tempoh 10 minit ketika berurusan dengan lelaki berumur 38 tahun itu yang juga pernah menjadi pelanggan kedai terbabit pada 13 November lalu.

Menurutnya, pada bulan lalu lelaki itu datang ke kedai untuk menjual loceng emas dengan harga RM65 dan sewaktu dia datang kedai mereka melayannya seperti biasa kerana pernah berurusan sebelum ini.

“Pada mulanya dia memberitahu mahu menempah cincin tunang dengan menggunakan batu sendiri dan saya menyuruhnya membawa batu berkenaan untuk memudahkan kami membuat anggaran berapa jumlah yang patut dikenakan.

“Selang beberapa minit kemudian, lelaki berkenaan menyuarakan hasrat untuk menukar rantai leher dan gelang kaki milik ibunya dengan seutas rantai anggaran harga lingkungan RM2,500,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Zamzalina berkata, dia kemudian membawa keluar rantai itu dari ruang pameran dan apabila ditunjukkan, lelaki itu terus menarik rantai berharga RM2,480 yang masih dipegangnya sehingga terputus.

“Lelaki yang memakai kemeja T berkolar merah dengan mempunyai tattoo di sebelah kanan itu membawa lari rantai setelah melihat salah seorang kakitangan keluar dari pejabat.

“Kebetulan semasa kejadian saya sedang bertugas bersama empat rakan yang lain dan mereka sempat menekan alat penggera keselamatan serta cuba mengejarnya namun tidak berjaya,” katanya.

Katanya, sepanjang lebih dua tahun dia bekerja di kedai yang baru dibuka empat tahun lalu kejadian itu merupakan kali pertama berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian itu.

HOT NEWS : FATHUL BARI MALUKAN NIK AZIZ !!! PANAS !!! #TUKARKEDAH


Doa 'KO BN' Pas

SHAH ALAM – Intipati bacaan doa pada malam solat Hajat Pas baru-baru ini dilihat tidak wajar kerana ia mengundang pelbagai implikasi buruk terhadap masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perkara seumpama itu sudah menyisihkan pandangan ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurutnya, sudah menjadi tuntutan ulama mendoakan perkara kebaikan walaupun kepada musuh.

“Seorang Imam bernama Ahmad bin Hanbal telah ditangkap dan didera kerana enggan menukar pendiriannya, lalu ditanya apakah doanya terhadap orang menzalimi diri beliau dan dia menjawab, ‘jika ada doa paling mustajab, aku doakan kebaikan terhadap diri mereka.

“Perkara itu menjadi pegangan ulama sehingga ke hari ini. Mendoakan kebaikan kepada pemimpin memberi kebaikan kepada rakyat, mendoakan keburukan kepada pemimpin memberi keburukan dan kesan negatif terhadap rakyat,” katanya.

Katanya, sewajarnya parti politik seperti Pas menuntut perkara kebaikan dan bukannya yang boleh memberi pelbagai implikasi.

“Bukan tidak boleh berdoa. Doa boleh dibaca seperti ‘Ya ALLAH, jauhkan kami daripada korupsi, kezaliman, liberalisme, rasuah dan semua perkara tidak baik.’

“Itu lebih baik daripada menyebut nama organisasi seperti Umno dan Barisan Nasional. Bukan semua ahli dalam Umno bermasalah, tetapi apabila doa disebut begitu, ia memberi gambaran negatif dan pelbagai andaian boleh berlaku,” katanya.

Beliau juga menambah, terdapat empat kesan yang boleh terjadi berikutan isi kandungan doa itu iaitu mengelirukan rakyat, perpecahan, fitnah dan permusuhan.

“Empat perkara itu begitu jelas. Saya mohon mereka beristighfar dan kembali kepada landasan Islam sebenar.

“Jangan kerana itu, akan berlaku pelbagai insiden tidak diingini khususnya kepada masyarakat Islam sesama sendiri,” katanya.

Sementara itu, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melahirkan rasa kecewa apabila mendapati doa disampaikan boleh menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat Islam.

Menurutnya, bacaan doa perlulah dengan bahasa syahdu, tidak terjerit-jerit dan meminta perkara baik-baik sahaja.

“Saya juga pernah mengetuai bacaan doa. Tidak pernah ada ayat atau permintaan seperti ‘hapuskan’ atau perkataan tidak baik.

“Doa juga ada tertibnya. Saya sangat bimbang kerana Pas ada dua kumpulan iaitu ahli biasa dan ahli taksub.

Dengan bacaan doa begitu, dikhuatiri ia menjadi contoh tidak baik terhadap mereka,” katanya.

Katanya, bacaan doa seumpama itu juga memungkinkan Pas boleh kehilangan undi Umno.

“Kemenangan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) berjaya menarik ramai ahli Umno untuk mengundi Pas.

“Tidak mustahil undi mereka berpindah kepada DAP atau PKR jika Pas tidak belajar daripada kesilapan ini,” katanya.

Friday 16 November 2012

AGM : UMNO KEDAH AKAN DEDAH KELEMAHAAN KERAJAAN PAS KEDAH !!

Umno Kedah akan mengambil kesempatan membahaskan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) yang akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini.

Pada perhimpunan itu juga akan didedahkan beberapa isu kerugian dan permasalahan yang berlaku, antaranya pelaburan projek balak di Papua New Guinea serta pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah).

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, terlalu banyak masalah yang boleh dinyatakan mengenai kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pas.

Beliau berkata, pendedahan itu dibuat agar semua perwakilan Umno mendapat maklumat sebenar mengenai masalah yang sedang berlaku di Kedah.

“Pendedah ini tidak lebih daripada hanya mahu memberitahu kepada orang ramai bahawa Pas adalah sebuah parti yang lemah dalam pentadbiran serta tidak berupaya mentadbir negeri dengan baik.

“Kita harap ia dapat memberi pengajaran kepada seluruh ahli Umno bahawa pembangkang sebenarnya retorik dengan percakapan sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata itu berkata, AGM kali ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk semua rakyat.

“Mengambil kesempatan sama, Umno Kedah akan mengangkat mengenai usaha parti untuk merampas kembali Kedah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Pelbagai cara kita akan lakukan, antaranya menyatakan beberapa tawaran kepada rakyat untuk mengembalikan kepercayaan kepada BN,” katanya.

HOT NEWS : PEMUDA PAS KATA ABBY POTONG LINE ???

KOTA BHARU - Tindakan Pas membawa masuk individu yang terkenal dan mengangkatnya sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tanpa ditarbiah mendapat teguran daripada perwakilan.

Perwakilan Perak, Khairil Jamaluddin berkata, beliau bimbang senario membawa masuk calon segera ini akan menyebabkan individu sepatutnya mendapat tempat dipinggirkan.

“Sejak kebelakangan ini ramai individu termasuk mereka yang berjawatan besar dalam kerajaan dan juga artis masuk Pas, kita terima, tetapi saya hairan kenapa baru sebulan dua masuk Pas mereka sudah diangkat ke tempat yang tinggi sehingga dicalonkan,” katanya semasa membahaskan ucaptama di Muktamar Dewan Ulama Pas semalam.

Sebelum ini beberapa artis seperti Hairie Othman, Abby Abadi, Bob Lokman sering kali diberi peluang berada di pentas ceramah Pas.

Manakala bekas pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar Baba turut menyertai Pas dan dikatakan akan diangkat sebagai calon dalam PRU13.

Thursday 15 November 2012

HOT NEWS : LELAKI BERWAJAH HARIMAU BETINA DITEMUI MATI


TONOPAH, Nevada - Seorang lelaki yang melakukan beberapa pembedahan muka selama beberapa tahun supaya wajahnya kelihatan mirip harimau betina ditemui mati di rumahnya di sini, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Dennis Avner yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Amerika Syarikat ditemui mati pada 5 November lalu.

Menurut portal berita The Huffington Post, Pejabat Syerif Daerah Nye mengesahkan kematiannya tetapi enggan memberikan maklumat lebih lanjut.

Punca kematiannya masih belum didedahkan tetapi terdapat spekulasi bahawa dia mungkin membunuh dirinya.

Seorang rakan Avner, Shannon Larratt menyatakan dalam laman blognya, Avner menghadapi pergolakan dalam kehidupan dan cuba membunuh dirinya ketika berusia 54 tahun baru-baru ini.

Lelaki itu melakukan pembedahan termasuk di bibir atas, telinga, menanam silikon pada pipi dan dahi, menajamkan gigi, mencacah tatu serta bertindik.

Dia merupakan penduduk suku kaum Red Indian.

"Saya merupakan seorang Huron (suku kaum Red Indian) dan mengikut tradisi lama yang mengubah diri untuk menjadi seekor harimau," kata Avner di laman webnya. - Agensi

HOT NEWS : DR HASAN MENGAKU KHALWAT DENGAN ISTERI ORANG !!


PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.

Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut.

Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram dan sesekali menundukkan kepala ketika berada di dalam kandang tertuduh.

Jika gagal menjelaskan denda, Hasan bakal berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala pasangannya boleh dipenjara 30 hari.

Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda kerana sudah insaf malah mereka bercadang untuk berkahwin selepas proses perceraian pasangannya selesai.

“Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan.

Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah semasa mengemukakan rayuan.

Tuesday 13 November 2012

TUDIAA !!! KUIN BAKAL DISAMAN LAGI !!! AZIZAN TERUK DAH !!! #TUKARKEDAH !!


Nampaknya KUIN tidak sunyi daripada kontroversi. Pelbagai masalah yang timbul dan Mc diberitahu, banyak lagi masalah dalaman yang pentadbiran KUIN hadapi. Semuanya bermula dari kepimpinan tertinggi yang tidak peka dan tidak bijak untuk mengatur langkah Kolej Universiti terbabit.

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM) Kedah semalam membuat laporan polis berkaitan program ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ijazah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa masih tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bendahari Kehormat PSSPGM Abi Norzuwadin Abdullah berkata laporan polis itu dibuat kerana kecuaian Kuin menawarkan kursus yang masih belum mendapat pengiktirafan MQA.

Walaupun masalah pengiktirafan itu belum selesai, Kuin tetap membuat pengambilan kedua untuk kursus sama, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini semalam.

"Saya difahamkan seramai 30 pelajar sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang tersebut. Saya harap isu ini diselesaikan segera," katanya lagi.

Siapa tak sakit hati, duit dah habis, masa dah terbuang, study bagai nak rak. Dapat ijazah, rupanya tak laku. Memang la sakit hati. Dari buang masa belajar benda tak berguna, baik jual goreng pisang, rasanya dah boleh beli rumah.

SAMBUNG KEDAHkeKL

HOT NEWS : NAJIB AKAN PERTAHAN BATU CAVES !!!

Najib Tun Razak, G Palanivel


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kawasan Batu Caves akan dipertahan daripada sebarang kerosakan atau ancaman yang boleh menjejaskannya.

Beliau berkata jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, ia akan membatalkan cadangan projek pembangunan kondominium 29 tingkat di kawasan itu selain mencadangkan supaya Batu Caves diisytihar sebagai tapak warisan dunia.

Najib menarik perhatian Batu Caves begitu dekat di hati penganut agama Hindu dari dalam dan luar negara serta disanjung sebagai tempat yang tinggi kedudukannya di sisi mereka.

"Kita tidak mahu pembangunan di kawasan ini mengancam masa depan kompleks Batu Caves. Pengakuan yang saya buat ini, sepertimana yang kita tahu (berdasarkan) kerajaan BN adalah kerajaan 'Janji Ditepati'," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves di sini.

Projek kondominium yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur itu mendapat tentangan pelbagai pihak kerana dilihat akan menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.

Mengulas lanjut, Najib berkata cadangan menjadikan Batu Caves sebagai tapak warisan dunia perlu dibawa ke Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) selepas tempoh Malaysia menjadi anggota Suruhanjaya Warisan Dunia tamat pada 2015.

Usaha itu akan dilakukan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

"Kita tidak boleh buat permohonan buat masa ini kerana boleh berlaku 'conflict of interest' (konflik kepentingan). Tempoh kita akan berakhir pada 2015, dan pada masa itu kita akan mengemukakan (permohonan) secara rasmi supaya kompleks Batu Caves diisytihar Unesco sebagai tapak warisan dunia," katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan cuti am Deepavali akan mencakupi Wilayah Persekutuan Labuan.

"Walaupun Labuan tidak mempunyai ramai penganut Hindu tetapi...kerana Labuan ialah sebahagian dari Wilayah Persekutuan, maka mereka juga layak menikmati hari Deepavali sebagai cuti am," kata Najib.

Beliau menyifatkan rumah terbuka Deepavali anjuran MIC yang berlangsung di Batu Caves buat kali kedua itu sebagai amat meriah dan pengunjung yang hadir menyambut perayaan itu dilihat mencerminkan semangat 1Malaysia.

"Semangat 1Malaysia yang didukung oleh rasa saling menghormati antara pelbagai kaum, agama dan budaya yang dipupuk selama ini merupakan tunjang negara kita," tegas beliau sambil mengucapkan tahniah kepada kepimpinan MIC atas penganjuran acara itu.

Monday 12 November 2012

JERAI : VIDEO PANAS !! ORANG KUAT PONDOK PAK YA TIBAI PAS KEDAH #TUKARKEDAH


Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah iaitu Haji Najib Fahmi Haji Yahya berkata beliau takut apa yang berlaku di Kedah dan juga belaku pada PAS Pusat yang sudah lari dari landasan sebenar. Haji Fahmi juga antara orang kuat Sekolah Pondok Pak Ya atau Madrasah Taufikiah Khairiah Al- Halimiah di Jerai, Kedah dan orang kuat PAS Jerai dan PAS Kedah.


Haji Fahmi telah dipecat dari PAS kerana beliau dikatakan kroni atau menyebelahi Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Ikuti temubual Haji Fahmi tentang beliau dipecat dan apa yang berlaku pada PAS Kedah dan PAS Pusat.






PAS SURAH LARI DARI LANDASAN SEBENAR MENEGAKKAN ISLAM !! TOLAK PAS TOLAK AZIZAN !!!!

JERAI : PANAS !! VIDEO BUKTI PAS JERAI BAKAL RUNTUH !!! MB KEDAH DITIBAI #TUKARKEDAH

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Jerai, Tuan haji Ahmad Daud berkata " PAS Kedah sekarang sudah tidak boleh di tegur, depa ada PHD tapi kami hanya orang kampung" . Beliau antara orang kuat PAS Kedah di Parlimen Jerai dan Dun Sungai Limau turut merasa kecewa dengan PAS kerana banyak kelemahan ditunjukkan seperti projek ikan keli dan Madrasah Salihiah. Ikuti temubual beliau baru-baru ini di Kuala Lumpur :






VIDEO SEBAGAI RENUNGAN : HUKUMAN BUNUH LIVE





CERITA BILIK TIDUR !!! AKSI YANG PALING GANAS DAN LAWAK !!!



Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Jamil.

“Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar Amat. “Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”

“Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si Mohd. Jamil ingin tahu.

“Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?.”

“Ha””ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?”

“Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam.”

“Ye ke? Apa yang kau dah buat?”

“Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku.”

“Wah, gila kau??!” Mohd. Jamil terperanjat.

“Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana..” jawab Amat dengan muka mencuka.

“Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?”

“Itulah masalahnya,” Amat menjawab. “Dalam keadaan separuh sedar dia menjawab, ””Terima Kasih Bang, datang lagi ya””…!”

Moral cerita Lelaki baik hanya untuk perempuan baik. Begitu juga sebaliknya. So jadilah seorang lelaki or perempuan yang baik, kalau nak jodoh yang baik.

Jeng Jeng Jeng.. SINI LAGI PANAS

Sunday 11 November 2012

LUMBA HARAM : 3 PELAJAR MAUT


JOHOR BAHRU — Akibat berlumba haram dua pelajar tingkatan dua dan seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 14 Jalan Simpang Lima-Parit Sulong, di sini awal pagi ini.

Dua pelajar berkenaan, Muhamad Sharul Ramadhan Maharami, 14, dan rakan sebayanya, Syazwan Muhammad Rosdi, masing-masing dari Parit Haji Abdul Salam dan mekanik, Muhamad Fetri Kamsani, 21, meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 1.45 pagi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketiga-tiga mangsa yang menunggang dua buah motosikal disyaki sedang berlumba, meninggal akibat kecederaan parah yang dialami.

"Siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Fetri dari arah Parit Sulong bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhamad Sharul dan dibonceng oleh Syazwan sebelum melanggar kereta Toyota Unser yang berada di laluan sama.

"Ekoran hentaman yang kuat, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini. — BERNAMA

HOT NEWS : PEROMPAK MAUT LANGGAR TEMBOK MADRASAH



ANGGOTA polis forensik memeriksa kereta Vios yang digunakan penjenayah untuk melarikan diri di Kuala Lumpur semalam.




KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah yang disifatkan tegar dan ganas hanya sempat menikmati hasil rompakan bank di Petaling Jaya, Selangor hanya lima hari sebelum mati ditembak dalam kejadian di Jalan Datuk Senu 3, Sentul di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, lelaki berusia 33 tahun yang memiliki enam rekod jenayah itu mati akibat cedera parah selepas berbalas tembak dengan polis.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek dapat melarikan diri.

Episod malang penjenayah dari Kelantan itu bermula apabila sepasukan anggota polis terserempak dengan sebuah kereta jenis BMW berwarna putih di Greenwood, Gombak yang digunakan ketika menyamun bank berkenaan.

Sebaik menyedari diekori, suspek berhenti berhampiran Plaza Tol Gombak dan menaiki sebuah kereta Toyota Vios berwarna perak dipandu seorang lelaki lain yang menunggu di situ.

Anggota polis kemudian cuba menghampiri kenderaan tersebut tetapi suspek mengeluarkan senapang patah sebelum berlaku kejadian berbalas tembak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek kemudian memecut kenderaan itu sejauh 15 kilometer hingga ke Jalan Datuk Senu 3.

"Akibat terlalu laju, kereta penjenayah terbabas dan melanggar tembok Madrasah Majidiah.

"Seorang suspek dapat melarikan diri manakala pemandunya maut terkena tembakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - KOSMO