Wednesday 25 December 2013

BAHANA GHAIRAH AKSI LUCAH DENGAN VIDEO CALL



Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.

Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.

Mereka berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.

“Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.

PANAS !! VIDEO PENDEDAHAN MAT SABU DAN SYIAH OLEH GURU AGAMA SEKOLAH PONDOK #SYIAH @zahid_hamidi



Pendedahan dalam siri kedua akan kami siarkan nanti 

INIKAH ROSMAH YANG DIHINA PUAK PAKATAN !!! @NajibRazak


Bukan super impose tapi inilah gambar terbaik pernah aku lihat berkaitan isteri Perdana Menteri. Selama ini semuanya dia hina dari pandangan mata puak pembangkang . Semoga segala amalan Datin Seri diterima dan diredhai Allah sentiasa.



Tuesday 24 December 2013

15 TAHUN PENJARA HADIR HIMPUNAN GULING KERAJAAN !! TAHNIAH @PDRMsia



Team Peluru Utara harap pihak Polis mengambil tindakkan tegas terhadap penyangak-penyangak ni. biar depa sedaq Malaysia kita ada undang-undang bukannya undang-undang Anwar . 

HOT ARTIS : AKHIRNYA ARIL SUDAH SAH MILIK ERMA EDLINDA


Bekas bintang Akademi Fantasia musim ke 7 , Aril AF7 atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus telahpun selamat diijabkabulkan dengan buah hati kesayangannya iaitu Puteri Erma Edlinda Binti Haji Megat Amiruddin jumaat lalu.

Dengan sekali lafaz, Puteri Edlinda selamat bergelar isteri kepada Aril dan pasangan ini telah dinikahkan di Kota Bahru, Kelantan berwalikan bapa Puteri Edlinda.

Isteri Aril menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihannya sendiri dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.

Monday 23 December 2013

Seorang daripada lima kru kapal karam selamat

Seorang daripada lima anak kapal warga China yang dilapor hilang selepas baj 'Heng Hong 168' karam di perairan negara ini empat hari lepas, ditemui selamat hari ini.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataannya, berkata mangsa ditemui hanyut berhampiran Pulau Bintan pada pukul 9.20 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu mangsa diselamatkan oleh Pengawal Pantai Indonesia dan dibawa ke hospital di Bintan.

Usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa sedang dijalankan, kata kenyataan itu.

Baj itu karam kira-kira tiga batu nautika dari barat Rumah Api Horsburgh pada 19 Dis lepas. - Bernama