Tuesday 24 December 2013

HOT ARTIS : AKHIRNYA ARIL SUDAH SAH MILIK ERMA EDLINDA


Bekas bintang Akademi Fantasia musim ke 7 , Aril AF7 atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus telahpun selamat diijabkabulkan dengan buah hati kesayangannya iaitu Puteri Erma Edlinda Binti Haji Megat Amiruddin jumaat lalu.

Dengan sekali lafaz, Puteri Edlinda selamat bergelar isteri kepada Aril dan pasangan ini telah dinikahkan di Kota Bahru, Kelantan berwalikan bapa Puteri Edlinda.

Isteri Aril menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihannya sendiri dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.

Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan selepas itu dijangka mengadakan kenduri kesyukuran di kampung Aril yang terletak di Melaka.

Team Peluru Utara mengucapkan selamat pengantin baru buat Aril dan pasangan. Semoga berkekalan sepanjang hayat 




No comments:

Post a Comment