Monday 23 December 2013

Seorang daripada lima kru kapal karam selamat

Seorang daripada lima anak kapal warga China yang dilapor hilang selepas baj 'Heng Hong 168' karam di perairan negara ini empat hari lepas, ditemui selamat hari ini.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataannya, berkata mangsa ditemui hanyut berhampiran Pulau Bintan pada pukul 9.20 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu mangsa diselamatkan oleh Pengawal Pantai Indonesia dan dibawa ke hospital di Bintan.

Usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa sedang dijalankan, kata kenyataan itu.

Baj itu karam kira-kira tiga batu nautika dari barat Rumah Api Horsburgh pada 19 Dis lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment