Thursday 17 August 2017

Adun BN Kedah lebih gemar pertahan Najib dari bawa masalah rakyat di dewan


*Buang Masa Layan Ahmad Lebai Sudin*

Adun Bukit Lada, Ahmad Lebai Sudin seringkali mencelah ketika Adun-adun Pembangkang berbahas dengan bertanya soalan-soalan tak masuk akal dan tak relevan ketika sidang Dun Kedah berlangsung.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Amiruddin Hamzah berkata Ahmad Lebai Sudin sering mencelah dengan perkara-perkata tidak kena mengena dengan isu rakyat.

"Ada banyak benda saya nak tanya soalan, nanti bila kita layan lagi panjang lah cerita, dia pun naik seronok. Biarlah pemerhati menilai kualiti perkara dibahaskan".

Wednesday 16 August 2017

Video Panas !!! Dalang Utama Buat Kacau Program Nothing To Hide 2.0 Didedah ???


Dalang Utama ? 


Tular dimedia sosial duk kata dah jumpa dalang utama yang cuba mencetuskan huru hara di program Nothing To Hide 2.0 baru-baru ni, mereka adalah beberapa orang bekas exco Armada yang selalu masuk tv3 duk balun Tun M dan Bersatu. 

Antaranya adalah Wan Mohammad Ashraf dan Wahazir Wahabi (Viral dimedia sosial kata dia dalang membawa FLARE). 

Ditularkan juga Wan Mohammad Ashraf adalah ketua sebuah pertubuhan samseng dan dia telah mengumpul dan mengupah budak-budak serta  pelajar kolej bagi membuat kacau sewaktu program Nothing To Hide 2.0 berlangsung.

Gambar yang ditularkan juga menunjukkan peranan Ashraf ini bagi membuat kacau. Kami selitkan gambar-gambar yang beliau.





Video 1 : Menunjukkan bahawa Wan Mohammad Ashraf antara kepala kepada budak-budak dalam rusuhan ini .. Dalam Video ini dia juga memakai baju yang sama sewaktu dia membuat kenyataan di TV3. 



Video 2



Video 3


Wahazir Wahabi 




Antara bekas Exco yang selalu masuk TV3 untuk memburukkan Tun Mahathir dan bersatu... Wahazir dikatakan pandai menggunakan 'Flare' kerana beliau aktif dalam kumpulan 'ultras' sebuah pasukan. 

Ramai yang kata dia mempunyai masalah kewangan kronik dan mendapat imbuhan bila keluar dari bersatu dan membalun Tun M di tv3 tetapi tiada bukti yang natizen tunjukan. 


Budak-Budak Kolej Diupah 

Beberapa orang yang ditahan sewaktu rusuhan itu telah mengaku depa mendapat seorang RM50 dan sehelai baju tetapi tidak diberitahu tujuan kesitu. 

Friday 4 August 2017

2 faktor BN mungkin tewas PRU14


Global Risk Insights berkata, faktor Dr Mahathir dan skandal 1MDB mungkin punca pembangkang boleh memerintah negara ini pada PRU14.

Faktor Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang dan skandal 1MDB mungkin menjadi punca Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Penilaian itu dibuat Global Risk Insights, sebuah penerbitan antarabangsa mengenai berita dan analisis risiko politik, yang diasaskan di London School of Economics.

Laporan itu menyimpulkan PRU14 penting kerana Dr Mahathir kembali aktif dalam politik dan skandal 1MDB yang terus membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin menjadi punca kemenangan bersejarah buat pembangkang.