Showing posts with label Sidang Dun Kedah. Show all posts
Showing posts with label Sidang Dun Kedah. Show all posts

Thursday, 17 August 2017

Adun BN Kedah lebih gemar pertahan Najib dari bawa masalah rakyat di dewan


*Buang Masa Layan Ahmad Lebai Sudin*

Adun Bukit Lada, Ahmad Lebai Sudin seringkali mencelah ketika Adun-adun Pembangkang berbahas dengan bertanya soalan-soalan tak masuk akal dan tak relevan ketika sidang Dun Kedah berlangsung.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Amiruddin Hamzah berkata Ahmad Lebai Sudin sering mencelah dengan perkara-perkata tidak kena mengena dengan isu rakyat.

"Ada banyak benda saya nak tanya soalan, nanti bila kita layan lagi panjang lah cerita, dia pun naik seronok. Biarlah pemerhati menilai kualiti perkara dibahaskan".

Wednesday, 12 April 2017

MB, Adun BN dan Pemuda Umno Kedah Tuduh Penduduk Kampung Biadap & Buat Kecoh di DUN Kedah ???




Cerita Awal tentang Isu tuduhan dari MB Kedah, Adun BN dan Pemuda Umno mengenai Dato Mahfuz dan wakil penduduk datang ke Dewan Undangan Negeri Untuk menyerahkan Memorandum.

Memorandum kepada YAB Menteri Besar Kedah berkenaan isu tambakan laut di Kg Tepi Laut dan Kg Tepi Laksamana daripada AJK Badan Bertindak Projek Aman Laut untuk tuntutan kepentingan mereka yang berpendapatan tak sampai RM 500 sebulan supaya mendapat perhatian kerajaan yang memerintah.

YAB MB Kedah melarikan diri apabila rakyat marhaen ingin berjumpa dan menyampaikan Memorandum sendiri kepada YAB Menteri Besar, cuma pegawai MB yang menerima sepatutnya beliau mesti berlapang dada dan berjiwa besar untuk mendengar rintihan dan peduli kepada rakyat.

Tuduhan oleh MB Kedah Datuk Ahmad Bashah, Adun BN dan Pemuda Umno yang menyatakan bahawa Datuk Mahfuz dan wakil penduduk kampung serbu masuk dewan untuk serah memorandum adalah tuduhan liar yang cuba menutup kesalahan mereka. 

Penduduk Kampung hadir tanpa membuat kecoh dan mahu menyerahkan terus kepada Menteri Besar tidak kesampaian walaupun Menteri Besar sudah dimaklum oleh YB Nasir Mustafa. 

Walaupun tidak dapat memberi terus kepada Menteri Besar tetapi mereka menyerahkan kepada wakil Menteri Besar secara harmoni tanpa kekecohan ( Gambar penyerahan memorandum diatas ), jadi kenapa pihak penduduk kampung dituduh serbu dewan dan buat kecoh seperti yang dilemparkan oleh Adun Bn dan lain2 ?? mereka bukan penjenayah