Semenjak tahun 2008, keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan taraf hidup rakyat yang semakin merosot telah mengucar-kacirkan keadaan politik negara.
Seperti pilihan raya umum (PRU) ke-12 dan ke-13 yang lalu, agenda pecah dan perintah sekali lagi akan menjadi landasan propaganda kepada UMNO-BN untuk menangi PRU14 yang dijangka dalam masa terdekat ini.
Ramai yang tertanya, bolehkah suami Rosmah bertahan kali ini ? Skandal 1MDB dijangka terus memberikan tekanan kepada Najib dan boleh dipergunakan oleh Zahid atau pemimpin UMNO yang lain untuk menjatuhkan Najib jikalau ekonomi semakin merosot atau sebagai langkah untuk memperkuatkan UMNO-BN untuk berhadapan PRU14.
Pemimpin UMNO-BN yang berakar umbi dengan agenda perkauman dan kapitalis hanya berminat kepada kuasa dan keuntungan melalui projek-projek kerajaan dan melalui kronisme akan bersedia mengubah kesetiaan mereka kepada pemimpin yang lain jika skandal Najib terus melemahkan UMNO-BN.
Buat masa ini suami Rosmah itu akan cuba untuk bertahan sekurang-kurangnya untuk mencantas tuduhan terhadapnya dan keluarganya dalam skandal 1MDB ini. Oleh itu, dengan melantik penyokong dan pemakan dedak untuk jawatan penting dalam parti dan pemecatan pengkritiknya seperti Muhyiddin dan beberapa pemimpin lain daripada UMNO dan kerajaan, dia telah mengukuhkan kuasanya dalam UMNO.
Di samping itu, PAS yang mencanangkan konsep Negara Berkebajikan pada PRU13 yang lalu kini sanggup mempergunakan isu perkauman seperti mana UMNO lakukan sebelum ini, malah lebih parah lagi sentimen keagamaan juga turut dimainkan oleh PAS. PAS juga dilihat berjinak-jinak dengan UMNO yang penuh dengan skandal dan penyalahgunaan kuasa semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
Gabungan PAS dan UMNO bertujuan masing-masing untuk mendapatkan semula sokongan pengundi. UMNO mempergunakan PAS untuk memecahkan undi pembangkang untuk terus berkuasa. PAS pula mempergunakan UMNO untuk merealisasikan agenda RUU355 demi sorga katanya. Pada hakikatnya, masing-masing menchandukan rakyat dengan sentimen bangsa dan agama.
Justeru, dalam keadaan krisis ekonomi dan sosial, pekerja dan anak muda memerlukan pembelaan. Tanpa program dan perancangan alternatif berlandaskan kepada hak dan keperluan pekerja dan anak muda, maka parti-parti politik tidak mampu mendapatkan penyelesaian kepada kemahuan dan hasrat rakyat.
Retorik parkauman dan keagamaan yang digunakan oleh UMNO-BN dan PAS hanyalah untuk mengaburi mata rakyat daripada penyelesaian sebenar. Kita sebagai warga pekerja dan anak muda yang merupakan mejoriti rakyat Malaysia mampu mendapatkan penyelesaian jika kita bersatu dibawah politik yang berlandaskan kepada hak kita.
Kami percaya dan yakin sekiranya kita bersama dan bertekad serta berani mengalahkan UMNO-BN pada PRU akan datang, satu perubahan berlandaskan kepada keperluan dan hasrat rakyat terbanyak mampu dibentuk dan diperkembangkan. Ini kalilah Kita tukar !
\\\\\\\\\\ The HOPE //////////
No comments:
Post a Comment