Tuesday 29 November 2016

Belum Setahun Jadi MB, Sudah Banyak Bashah Jual Tanah Rakyat Kedah


Siapa tak kenal dengan latar belakang Ahmad Bashah ni, yang sememangnya pakar menjual tanah. Kesnya yang berkaitan dengan tanah Tesco Mergong, menjadi igauan ngeri kepada penduduk disekitar sampai sekarang.

Mengenai isu Tanah Kuala Ketil dijual kepada Anak Syarikat Kerajaan Komunis China ini telah dibangkitkan dalam Sidang Dun dan diakui oleh Ahmad Bashah selaku Menteri Besar. 

Litar Kedah : UMNO Kedah Akan Kencing Rakyat Lagi Sebelum PRU14



KENA KENCING LAGI

Barisan Nasional Kedah dalam kempennya pada PRU 2013 lalu ada menjanjikan sebuah litar lumba bertaraf antarabangsa seperti litar Sepang untuk anak muda di negeri Kedah. Janji tersebut dimasukkan dalam manifesto parti tersebut yang diberi nama sebagai Aku Janji BN Kedah. Tawaran litar pada golongan belia ini dibuat seandainya BN kembali memerintah Kedah.

Apa yang kita baca dalam Aku Janji BN Kedah ini adalah tujuan pembinaan litar antarabangsa di negeri Kedah ini dilihat untuk membendung masalah gejala lumba haram yang menganggu gugat pengguna jalan raya yang lain.

Track lumba yang diberi nama 1Litar Kedah ini bersifat terbuka kepada semua jenis kenderaan dan semua jenis kelas lapisan masyarakat. Oleh itu, dengan terbinanya 1Litar Kedah ini akan dapat mengurangkan gejala rempit dan seumpamanya. Dengan itu, kami golongan muda amat bersetuju dengan hasrat untuk pembinaan litar ini.

Thursday 24 November 2016

Rohingya : Umno Najib Takut Kepada Myanmar ?


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan Malaysia untuk menzahirkan pendirian tegas terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar.

Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pendirian itu termasuk kepada Aung Saan Suu Kyi yang terus membisu dalam berhadapan dengan penganiayaan ini.



"Jadi jika PM kita ikhlas dalam kata-katanya untuk memastikan kesejahteraan umat Islam yang terpinggir, Malaysia juga mesti mengambil inisiatif untuk menghentikan kezaliman terhadap etnik Rohingya," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Tuesday 22 November 2016

Bashah Sibuk Nak Menang 2/3 Pru14, Rakyat Derita Tiada Air


PENDUDUK DERITA 15 HARI TANPA AIR 

KUALA KEDAH - Kira-kira 450 keluarga dari Taman Seri Marina Fasa 1, 2 dan 3 mengeluh apabila mereka tidak mendapat bekalan air bersih sejak 15 hari yang lalu.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Marina, Mohd Anuar Affindi Abd Aziz berkata, kawasan perumahan mereka sering mengalami masalah berkenaan, namun kali ini lebih lama.

“Sebelum ini paling lama pun setakat tiga hari sahaja, mungkin ia tidak mendatangkan masalah kepada kami, tapi kali ini bekalan sudah terputus sehingga dua minggu lebih.


“Syarikat Air Darul Aman (Sada) ada menghantar air melalui lori tangki, tetapi ia tetap tidak mengurangkan masalah penduduk di sini berikutan jadual penghantaran air tidak menentu,” katanya, semalam.

Friday 18 November 2016

Bashah Bawa Masuk Kroni2 Dalam KFA & Buang Pegawai2 Lama KFA ?



Assalamualaikum penyokong Kedah...

Nak habaq mai.. di kala pasukan lain duk kalut nak perkukuhkan team dengan mencari pemain2 yg sesuai dgn team masing2 tapi Kedah nie boleh pulak duk kalut nak tukaq abih pegawai2 yang telah membuktikan membawa kejayaan kepada pasukan dalam tempoh 3 tahun ni...

Bukan sahaja team liga super malah pengurusan presiden yg telah bertukar tgn pada penghujung liga presiden yg mana hasilnya kedah hanya mampu ke peringkat sukuakhir sahaja dan nak habaq gak untuk team sukma dgn pengurusan yg sama (Presiden) hanya mampu di peringkat kumpulan saja..


kalu laa benda nie berlanjutan hangpa pikiaq tgk mcm mana pembangunan bolasepak di Kedah.. di mana kedudukan anak2 muda Kedah yg berbakat nie nak p.. x heqanlah kalu depa nie di pancing oleh pasukan2 lain...

Wednesday 16 November 2016

BASHAH GAGAL !! KRISIS AIR KEDAH TERUS BERLANJUTAN



KRISIS AIR KEDAH TERUS BERLANJUTAN

Apakah tindakan kerajaan BN Kedah untuk menangani krisis air yang berlanjutan di Kedah yang dilihat kini menyepi dan tidak menampakkan hasil kepada rakyat Kedah ?

Julai lalu kerajaan BN Kedah pimpinan Dato Ahmad Bashah telah mengumumkan untuk menambah bilangan lori agihan air Syarikat Air Darul Aman (SADA). Justeru daripada jumlah asal yang disebut 100 buah lori, berapakah jumlah terkini bilangan lori yang telah ditambah ?

Jika ditambah lori agih air, adakah kerajaan BN Kedah juga melihat kepada penambahan tenaga kerja bagi memastikan pengagihan air ditempat bermasalah tersebut diselesaikan segera dan sampai bantuan.

KAUM KRONI & KAPITALIS MENGATUR PETANDINGAN FUTSAL PIALA MB KEDAH



Kami ingin memberi tahu sedikit sebanyak mengenai etika dan ketidaktelusan penganjuran Kejohanan Futsal Terbuka Piala Menteri Besar Kedah anjuran Pemuda UMNO, UMNO Kedah, Puteri UMNO dan Belia 4B. Kejohanan ini juga telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada 5 November 2016 dan berlangsung D Futsal Centre, Titi Gajah, Alor Setar. 

Di samping itu, kejohanan ini telah berjaya menarik minat lebih dari 350 pasukan dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, dan Johor.

1) Pengundian Pasukan dan Pembahagian Sesi Bagi Pasukan yang Menyertai Pertandingan Ini adalah Sesuka Hati.

- Pihak penganjur telah memasukan nama-nama pasukan dan telah menentukan pada sesi manakah pasukan akan bermain dengan sesuka hati mereka. Jadual dan carta peringkat kumpulan pula terus ditampal di papan putih. 

Apabila ditanya dimanakah pengundian dijalankan ? Pihak penganjur menjawab pengundian dijalankan didalam pejabat. Persoalannya ialah kenapa undian tidak dijalankan di hadapan pengurus atau kapten pasukan yang bertanding ?

2) Antara lain, pasukan yang terkeluar di peringkat kumpulan pada Sesi 1 boleh mendaftar semula dan bermain di Sesi 4 iaitu sesi terakhir.

Saturday 12 November 2016

Bashah Mengaku Kerajaan Negeri Lulus Banyak Lesen Pusat Hiburan


Menteri Besar Kedah , Dato Ahmad Bashah akui kerajaan dibawah pentadbirannya telah mengeluarkan banyak lesen hiburan keluarga tahun ini. 

Sebanyak 53 lesen baru telah dikeluarkan pada 2016 di Daerah Kuala Muda sahaja dan dianggarkan beratus lagi lesen telah dikeluarkan didaerah-daerah lain. 

Pusat Hiburan Keluarga ini sebahagian besarnya diketahui telah menawarkan permainan judi haram dan pengunjungnya terdiri dari pelajar-pelajar dan pemuda Melayu. 



Semalam , Adun PKR , Yb Tze Min yang berbangsa Cina melahirkan kerisauan tentang kelulusan lesen yang begitu banyak di daerah Kuala Muda dan boleh merosakkan masyarakat terutama anak-anak muda yang ketagih bermain game atau pun judi haram. 

Wednesday 9 November 2016

Dedah : Kerajaan Kedah Beri kelulusan Beratus Lesen Judi ??






Kenyataan Media YB Simon Ooi Tze Min, ADUN Bakar Arang merangkap Timbalan Ketua AMK Kedah

Isu Lesen Hiburan di Daerah Kuala Muda

1. Dalam soalan bertulis sidang DUN Kedah bulan Ogos, saya bertanya mengenai berapa lesen hiburan telah dikeluarkan dalam tahun 2015 dan 2016 mengikut daerah dan jenis lesen, pihak kerajaan telah memberi jawapan.

2. Adalah luar biasa bagi lesen hiburan keluarga dalam tahun 2016 setakat Ogos sudah sebanyak 53 lesen baru dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kuala Muda. Jumlah lesen dikeluarkan di Daerah Kuala Muda adalah sangat banyak berbanding tahun 2015 hanya 9 dan daerah lain seperti Kota Setar dan Kulim.

3. Saya sangat khuatir adakah lesen hiburan keluarga ini termasuk pusat judi haram yang banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di Sungai Petani.

4. Saya menyeru Pejabat Daerah mengumumkan dimana lokasi premis 53 pusat hiburan keluarga ini dan apakah jenis hiburan keluarga yang dibekal oleh mereka.


5. Oleh kerana Menteri Besar Kedah berlaku pertukaran pada 4 Februari 2016 daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Datuk Seri Ahmad Bashah, Menteri Besar baru Datuk Seri Ahmad Bashah wajar memberi penjelasan kenapa kerajaan memberi lesen hiburan keluarga yang banyak selepas beliau mengambil alih jawatan MB.

6. Pusat judi ini sangat membawa parah kepada masyarakat, saya mendesak kerajaan negeri serius untuk membanteras aktiviti judi haram di negeri ini.

Komen 

Jika di daerah Kuala Muda saja diluluskan pusat hiburan keluarga atau judi ini tidak mustahil beratus lagi premis judi diseluruh kedah telah mendapat lesen .. 

Pendedahan kedua selepas ini pasti mengejutkan rakyat Kedah betapa kerajaan Kedah kini hanya fikirkan keuntungan cukai hiburan tanpa memikirkan nasib rakyat yang terjebak dengan gejala ini.