Wednesday 9 November 2016

Dedah : Kerajaan Kedah Beri kelulusan Beratus Lesen Judi ??






Kenyataan Media YB Simon Ooi Tze Min, ADUN Bakar Arang merangkap Timbalan Ketua AMK Kedah

Isu Lesen Hiburan di Daerah Kuala Muda

1. Dalam soalan bertulis sidang DUN Kedah bulan Ogos, saya bertanya mengenai berapa lesen hiburan telah dikeluarkan dalam tahun 2015 dan 2016 mengikut daerah dan jenis lesen, pihak kerajaan telah memberi jawapan.

2. Adalah luar biasa bagi lesen hiburan keluarga dalam tahun 2016 setakat Ogos sudah sebanyak 53 lesen baru dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kuala Muda. Jumlah lesen dikeluarkan di Daerah Kuala Muda adalah sangat banyak berbanding tahun 2015 hanya 9 dan daerah lain seperti Kota Setar dan Kulim.

3. Saya sangat khuatir adakah lesen hiburan keluarga ini termasuk pusat judi haram yang banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di Sungai Petani.

4. Saya menyeru Pejabat Daerah mengumumkan dimana lokasi premis 53 pusat hiburan keluarga ini dan apakah jenis hiburan keluarga yang dibekal oleh mereka.


5. Oleh kerana Menteri Besar Kedah berlaku pertukaran pada 4 Februari 2016 daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Datuk Seri Ahmad Bashah, Menteri Besar baru Datuk Seri Ahmad Bashah wajar memberi penjelasan kenapa kerajaan memberi lesen hiburan keluarga yang banyak selepas beliau mengambil alih jawatan MB.

6. Pusat judi ini sangat membawa parah kepada masyarakat, saya mendesak kerajaan negeri serius untuk membanteras aktiviti judi haram di negeri ini.

Komen 

Jika di daerah Kuala Muda saja diluluskan pusat hiburan keluarga atau judi ini tidak mustahil beratus lagi premis judi diseluruh kedah telah mendapat lesen .. 

Pendedahan kedua selepas ini pasti mengejutkan rakyat Kedah betapa kerajaan Kedah kini hanya fikirkan keuntungan cukai hiburan tanpa memikirkan nasib rakyat yang terjebak dengan gejala ini. 

No comments:

Post a Comment