KENA KENCING LAGI
Barisan Nasional Kedah dalam kempennya pada PRU 2013 lalu ada menjanjikan sebuah litar lumba bertaraf antarabangsa seperti litar Sepang untuk anak muda di negeri Kedah. Janji tersebut dimasukkan dalam manifesto parti tersebut yang diberi nama sebagai Aku Janji BN Kedah. Tawaran litar pada golongan belia ini dibuat seandainya BN kembali memerintah Kedah.
Apa yang kita baca dalam Aku Janji BN Kedah ini adalah tujuan pembinaan litar antarabangsa di negeri Kedah ini dilihat untuk membendung masalah gejala lumba haram yang menganggu gugat pengguna jalan raya yang lain.
Track lumba yang diberi nama 1Litar Kedah ini bersifat terbuka kepada semua jenis kenderaan dan semua jenis kelas lapisan masyarakat. Oleh itu, dengan terbinanya 1Litar Kedah ini akan dapat mengurangkan gejala rempit dan seumpamanya. Dengan itu, kami golongan muda amat bersetuju dengan hasrat untuk pembinaan litar ini.
Tahun silih berganti. Kini, Kedah telah menyaksikan BN kembali memerintah. Sudah 3 tahun BN kembali memerintah Kedah. Janji tinggal janji. 1Litar Kedah tidak diambil peduli oleh kerajaan BN Kedah. Malah setiap kali pembentangan bajet tahunan negeri oleh Menteri Besar Kedah tidak satu pun dimasukkan janji pembinaan litar ini kedalamnya yang mana dulu ia dijanjikan.
Hari ini gejala rempit boleh di lihat merata tempat di negeri ini seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. PRU14 pun hampir tiba. Litar lumba yang dijanjikan masih belum nampak bayangnya. Adakah kita orang muda akan dikencing lagi dengan janji kosong seperti ini oleh BN ? Sudah tentunya tidak !
Beri tahu kepada kawan-kawan yang duhulunya sama-sama dikencing oleh BN untuk bersama tunjukkan kuasa pengundi muda bahawa kita tidak mudah dipermainkan ! Ayuh anak muda ! Ini kali lah !
\\\\\\\\\\ The HOPE //////////
Jom like page The Hope
No comments:
Post a Comment