Thursday, 24 November 2016

Rohingya : Umno Najib Takut Kepada Myanmar ?


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan Malaysia untuk menzahirkan pendirian tegas terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar.

Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pendirian itu termasuk kepada Aung Saan Suu Kyi yang terus membisu dalam berhadapan dengan penganiayaan ini.



"Jadi jika PM kita ikhlas dalam kata-katanya untuk memastikan kesejahteraan umat Islam yang terpinggir, Malaysia juga mesti mengambil inisiatif untuk menghentikan kezaliman terhadap etnik Rohingya," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rohingya: Jakim anjur bacaan Qunut Nazilah]

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga menyeru agar Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Ramlan Ibrahim mengecam kerajaan Myanmar berhubung perkara itu sebelum keanggotaan kita sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, berakhir pada bulan depan.


Beliau juga mendesak agar Kementerian Belia dan Sukan mengarahkan penarikan diri pasukan bola sepak negara daripada Kejohanan Piala AFF Suzuki sebagai bantahan terhadap kerajaan Myanmar yang menjadi tuan rumah bersama kejohanan tersebut.

Terdahulu, sehingga hari ini, tidak kurang dari 150 nyawa telah dibunuh secara kejam dan lebih kurang 1250 buah bangunan telah dimusnahkan oleh pihak tentera Myanmar.

No comments:

Post a Comment