Wednesday, 16 November 2016

KAUM KRONI & KAPITALIS MENGATUR PETANDINGAN FUTSAL PIALA MB KEDAH



Kami ingin memberi tahu sedikit sebanyak mengenai etika dan ketidaktelusan penganjuran Kejohanan Futsal Terbuka Piala Menteri Besar Kedah anjuran Pemuda UMNO, UMNO Kedah, Puteri UMNO dan Belia 4B. Kejohanan ini juga telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada 5 November 2016 dan berlangsung D Futsal Centre, Titi Gajah, Alor Setar. 

Di samping itu, kejohanan ini telah berjaya menarik minat lebih dari 350 pasukan dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, dan Johor.

1) Pengundian Pasukan dan Pembahagian Sesi Bagi Pasukan yang Menyertai Pertandingan Ini adalah Sesuka Hati.

- Pihak penganjur telah memasukan nama-nama pasukan dan telah menentukan pada sesi manakah pasukan akan bermain dengan sesuka hati mereka. Jadual dan carta peringkat kumpulan pula terus ditampal di papan putih. 

Apabila ditanya dimanakah pengundian dijalankan ? Pihak penganjur menjawab pengundian dijalankan didalam pejabat. Persoalannya ialah kenapa undian tidak dijalankan di hadapan pengurus atau kapten pasukan yang bertanding ?

2) Antara lain, pasukan yang terkeluar di peringkat kumpulan pada Sesi 1 boleh mendaftar semula dan bermain di Sesi 4 iaitu sesi terakhir.

- Wajarkah kes seperti ini terjadi sedangkan didalam syarat kejohanan ini secara terang telah menulis pemain hanya dibenarkan untuk beraksi didalam sebuah pasukan sahaja dan pasukan ini kononnya telah dinobatkan sebagai juara pertandingan.

3) Aturan Peringkat Kalah Mati yang Tidak Teratur

- Untuk pengetahuan semua, tiada undian dijalankan bagi penentuan Peringkat Kalah Mati sebab pihak penganjur telah menyusun semua perlawanan untuk peringkat ini. 

Oleh itu ada juara kumpulan bertemu dengan juara kumpulan. Keadaan agak bercelaru dan yang lebih haru terdapat 2 Slot Bye di Pusingan Kedua. Oleh itu, untuk menjaga kaum kerabat Slot Bye ini diisi dengan pasukan yang dikelolakan oleh pihak penganjur ini

4) Peringkat Separuh Akhir Menemukan 2 Pasukan dari Peringkat Kumpulan yang Sama.

- Secara amnya, semua orang tahu mengenai peraturan ini dan pasukan yang sama di Peringkat Kumpulan tidak akan bertemu di Peringkat Kalah Mati kecualai di perlawanan akhir. 

Tetapi sebaliknya telah berlaku apabila 2 pasukan dari Peringkat Kumpulan yang sama telah menjadi mangsa kepada penganjur ini dan penganjur ini telah menukar jadual tersebut agar pasukan kaum kerabatnya tidak bertemu dengan 2 pasukan dari luar Kedah ini.

5) Cara Pemilihan Pengadil dan Tetapan Masa di Peringkat Akhir Berat Sebelah

- Peratuan dan taklimat pengadil telah memberitahu bahawa masa permainan adalah sebanyak 5/1/5. Tetapi semasa di perlawanan akhir, ketika pasukan milik kaum kerabat penganjur sedang ketinggalan di separuh masa ke-2, dengan tanpa segan silu penganjur telah panjangkan masa menjadi 6 minit lebih. Wajarkah begini ?

Ringkasanya, penganjur kejohanan ini telah menganiaya pasukan-pasukan yang datang dari jauh demi meneruskan minat terhadap sukan futsal ini. Pengorbanan adik-adik ini yang bersusah payah hadir untuk beraksi dalam kejohanan futsal ini dengan mudahnya dikhianati oleh penganjur kapitalis ini !

Apa yang penganjur kapitalis ini dapat ? Cuma sekadar dapat meng-update kononnya pasukan kaum kerabatnya dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan yang sudah diatur sendiri.

Lebih sadis lagi, secara tak langsung penganjur ini telah memalukan nama kroni-kroninya seperti Pemuda UMNO, UMNO Kedah, Belia 4B, Puteri UMNO dan juga Menteri Besar Kedah yang sudah sedia kotor itu.

Kita sangkakan pilihan raya saja yang sudah diatur dengan bermacam helah rupanya kejohanan futsal peringkat kampung macam ini pun diatur dengan pelbagai penipuan. Benarlah kata Tun Dr Mahathir, UMNO ini sudah busuk sampai ke usus !

Like Page 'The Hope' untuk mengatahui isu-isu terkini terutama Negeri Kedah

\\\\\\\\\\ The HOPE //////////

No comments:

Post a Comment