Wednesday 16 November 2016

BASHAH GAGAL !! KRISIS AIR KEDAH TERUS BERLANJUTAN



KRISIS AIR KEDAH TERUS BERLANJUTAN

Apakah tindakan kerajaan BN Kedah untuk menangani krisis air yang berlanjutan di Kedah yang dilihat kini menyepi dan tidak menampakkan hasil kepada rakyat Kedah ?

Julai lalu kerajaan BN Kedah pimpinan Dato Ahmad Bashah telah mengumumkan untuk menambah bilangan lori agihan air Syarikat Air Darul Aman (SADA). Justeru daripada jumlah asal yang disebut 100 buah lori, berapakah jumlah terkini bilangan lori yang telah ditambah ?

Jika ditambah lori agih air, adakah kerajaan BN Kedah juga melihat kepada penambahan tenaga kerja bagi memastikan pengagihan air ditempat bermasalah tersebut diselesaikan segera dan sampai bantuan.

Berapakah jumlah tong air yang diumumkan diberikan secara percuma di sekitar kawasan parlimen yang terlibat dengan masalah air ? Adakah agihan itu berjalan baik dan mencapai sasaran penerimaan ?

Apa perkembangan terkini berkenaan cadangan awal kerajaan BN Kedah tersebut untuk menggunakan teknologi mudah alih (portable) bagi mengagihkan air ke loji SADA bagi menyelesaikan krisis jangka masa pendek dan meminimumkan masalah pada masa akan datang ?

Apakah jaminan dan respon EXCO kerajaan BN Kedah yang memegang portfolio air di Kedah iaitu YB Dato Badrol Hisham Hashim bagi melegakan rakyat Kedah yang menderita dengan krisis bekalan air ini ? Kawasannya Kuala Nerang paling teruk terjejas dengan masalah air ini, apa tindakan beliau untuk kawasan sendiri ?

Ada sesetengah kampung yang langsung tidak sampai bekalan air. Kadang-kadang makan masa sehingga seminggu. Apabila aduan dibuat kepada SADA Alor Setar mereka memberi alasan cuci tangki. Cuci tangki apa sampai bertahun-tahun ?, padahal air tetap keruh dan kotor.

Paling menyedihkan, beberapa kampung langsung tidak mendapat saluran air yang cukup. Penduduk kampung mengadu, dalam sehari langsung tiada bekalan air. Paling bernasib baik pun bekalan air cuma disambung pada jam 4 pagi. Penduduk kampung terpaksa berjaga untuk menahan air bagi bekalan keesokkan harinya. Air pulak penuh dengan pasir-pasir halus dan kotor.

Menteri Besar silih berganti, isu tiada air bukan lagi satu isu yang baru di Kedah, sudah berpuluh tahun tapi masih lagi tiada jalan penyelesaian. Oleh itu dengan pelbagai aduan semasa rakyat Kedah, kami sebagai rakyat Kedah menggesa Kerajaan BN Kedah selesaikan masalah air ini dengan segera seperti mana yang telah dijanjikan ketika PRU 13 yang lalu. Selain itu, kami minta pihak TV3 jangan asyik bercerita masalah di Selangor saja. Kami di Kedah pun teringin nak masuk Buletin Utama jugak.

Like Page 'The Hope' untuk mengatahui pelbagai isu-isu setempat.

\\\\\\\\\\ The HOPE //////////

No comments:

Post a Comment