Saturday, 12 November 2016

Bashah Mengaku Kerajaan Negeri Lulus Banyak Lesen Pusat Hiburan


Menteri Besar Kedah , Dato Ahmad Bashah akui kerajaan dibawah pentadbirannya telah mengeluarkan banyak lesen hiburan keluarga tahun ini. 

Sebanyak 53 lesen baru telah dikeluarkan pada 2016 di Daerah Kuala Muda sahaja dan dianggarkan beratus lagi lesen telah dikeluarkan didaerah-daerah lain. 

Pusat Hiburan Keluarga ini sebahagian besarnya diketahui telah menawarkan permainan judi haram dan pengunjungnya terdiri dari pelajar-pelajar dan pemuda Melayu. 



Semalam , Adun PKR , Yb Tze Min yang berbangsa Cina melahirkan kerisauan tentang kelulusan lesen yang begitu banyak di daerah Kuala Muda dan boleh merosakkan masyarakat terutama anak-anak muda yang ketagih bermain game atau pun judi haram. 


Penulis begitu teruja  apabila seorang Yb berbangsa cina lebih risaukan masalah besar yang dihantui rakyat terutama kaum Melayu daripada Yb-Yb berbangsa Melayu sendiri dalam isu ini. 

Kegiatan judi haram ini seolah mendapat restu dari Kerajaan pimpinan Ahmad Bashah sendiri. Pemberian lesen meningkat 200% dari tahun sebelumnya.n.



Semasa pemerintahan Pas diKedah , Ahmad Bashah dilihat menjadi hero rakyat apabila sering bercakap soal pusat hiburan ini namun Bashah kini bukan seperti dahulu , Bashah kini lebih dari pemerintahan dahulu.. 

Pusat Hiburan yang ditentang dahulu kini ditambah begitu banyak. Beliau boleh diibaratkan sebagai Pencuri yang menuduh orang lain mencuri sedangkan diri sendiri bapak segala pencuri. 

Dibawah adalah jawapan bertulis tentang lesen pusat hiburan yang diluluskan kerajaan negeri Kedah dibawah pejabat Daerah. 


No comments:

Post a Comment