Wednesday 14 November 2018

Ketua Pembangkang Kedah tercekit kepala ikan Buntal ??



Aku nak respond dari muat naik satu posting yang dikongsi oleh Ketua Pembangkang DUN Kedah, YB Muhammad Sanusi Md Nor berkenaan 'Bajet Pening Kerajaan PH Kedah".

h


Aku tak pasti la sama ada Sanusi tak faham atau buat2 bengap tak faham berkenaan peruntukan infrastruktur sebanyak RM66.9 juta kononnya ianya turut melibatkan projek 2 titi yang telah siap dibina.

Setahu aku sebagai Ketua Pembangkang, Sanusi turut diberi buku bajet Kedah 2019 untuk dibaca. Tapi tak tahu la sama ada Sanusi pandai membacanya atau tak.

Friday 16 March 2018

Al-Fatihah : Abang Bomba dipatuk Ular Tedung meninggal dunia (Video)





16 Mac 2018

Inalilillahhiwainnailaihirajiunn...

Al-Fatihah untuk sahabat seperjuangan JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ABU ZARIN @ WIRA PENYELAMAT telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.


Jabatan bomba memaklumkan seorang anggota mereka bernama Abu Zarin yang dipatuk Ular Isnin lalu di Bentong Pahang telah kembali kerahmatullah sebentar tadi setelah beberapa hari bertarung nyawa di Hospital. 

Laporan mengenai Ketua Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang ini dipatuk ular juga disiarkan di beberapa akhbar utama kemarin. 

Al-Fatihah 



Petikan dari Harian Metro 

“KETIKA kejadian saya dalam kereta dan melihat suami (Abu Zarin Hussin) bermain dengan ular tedung di luar sebelum dipatuk.

Sunday 4 March 2018

(Video Panas) ROS takut ambil tindakan terhadap Umno walau langgar Perlembagaan Parti ??




UMNO Patut DIHARAMKAN KENAPA?? UMNO GAGAL buat pemilihan sejak 2013, yang mereka adakan setiap tahun tu PERHIMPUNAN bukan PEMILIHAN, Kali terakhir Pemilihan dibuat pada 2013, mereka telah MENUNDA pemilihan yang sepatutnya dibuat pada 2016. Tempoh 18 bulan akan TAMAT PADA 18 April 2017. Sekiranya pemilihan TIDAK DIBUAT, semua jawatan dalam UMNO AKAN LUPUT. 

Ini termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Majlis Tertinggi hinggalah ke jawatan Bahagian. Tiada pemegang sah jawatan selepas 18 April 2018. 

Kenapa Najib takut hendak buat pemilihan? ROS jangan pilih kasih, Perlembagaan UMNO tidak benarkan tunda lebih dari 18 bulan.

Fasal 10.15 yang Tengku Adnan cakap TAK BOLEH GUNA pakai dalam hal ini. Fasal 10.16 mengenai tunda  18 bulan adalah tempoh maksimum.

UMNO WAJIB BUAT PEMILIHAN, JIKA TIDAK UMNO WAJIB DIHARAMKAN!!!  

Surat bantahan dari Ketua Cawangan Umno sudah dihantar ke ROS 



-----------------------------------------------------------------------

ROS BENAR TANGGUH PEMILIHAN PARTI UMNO SELEWAT-LEWATNYA 19 APRIL 2019 - KU NAN 

Wednesday 28 February 2018

Hampa masih nak percaya Umno BN Najib ?? Mai Baca Sini !!!


Kita Harus Percaya!

Dikala kita dituduh berdusta mengenai 1MDB,banyak Negara sudah menghukum dan masih menyiasat mengenainya.



Dikala kita dituduh menjatuhkan ekonomi Negara,Perdana Menteri kita dinobat sebagai Menteri Kewangan Terburuk di Asia.



Dikala kita dituduh gila kuasa,BN lah yang terus menabur janji dan dedak- dedaknya





Dikala Pulau Pinang dituduh salah guna kuasa untuk projek terowongnya,pemimpin UMNO pula yg ada kepentingan di sebaliknya

Tuesday 27 February 2018

video BN Sabah malu besar dengan Rakyat !! Ubah sabah




PAS Cuba Kuburkan Legasi Tok Guru Nik Aziz ???


Edisi teraniaya

Insan ini mula hilang sengatnya. Segala tutur dan komentarnya bagaikan sudah tidak berbisa. Kenapa?

Pemilihan PAS Kawasan Pengkalan Chepa yang lalu, watak ini “dibunuh” dengan kejam. Dipujuk pula dengan memberi kedudukan dalam PAS Pusat. Sedangkan, di tanah tumpahnya sendiri, diperlakukan seperti tidak berharga.

Baru2 ini, insan ini kelihatan menggantung bendera PAS tanpa bantuan kumpulan PAS tegar dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Pewaris Allahyarham Dato Nik Abdul Aziz bagaikan cuba dihapuskan.

SPRM Cuba Sorok Kes Pendedak Yang Ditahan ??? Apa Kes SPRM Ni ??


Video 1 - Sidang media Tarikh : 23/2/2018 @ 4.00 pm ialah lanjutan kepada sidang media yang diadakan pada 14/2/2017 berkaitan penangkapan suspek pemberi dedak oleh sepasukan anggota SPRM hasil daripada aduan yang dibuat oleh ahli Wanita PPBM dari Perlis.

Penangkapan suspek dilakukan pada 5/2/2017 setelah pasukan SPRM sendiri yang memasang perangkap. Sidang media pada 14/2 dilakukan untuk menyatakan kekesalan PPBM akan kelewatan atau tiada berita lanjut daripada SPRM mengenai tangkapan tersebut.

Identiti pengadu telah didedahkan begitu juga dengan identiti suspek. Beliau ialah Puan Baridah Nayan ahli PPBM seumur hidup sementara suspek pula ialah bekas ahli PPBM, Hasnita Hishamudin dan pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Srikandi Pusat.

Bahan bukti semua berada ditangan SPRM, suspek pula telah pun ditahan sendiri oleh SPRM pada 5/2/2018. Namun hingga kini tiada tindakan reman diambil keatas suspek dan ironi nya si suspek telah muncul berdemonstrasi dihadapan ROS Putrajaya pada 22/2/2018.


Satu notis terakhir telah dihantar ke SPRM, memberi mereka tujuh hari untuk memberi jawapan dan maklum balas kepada orang awam dan juga kepada aduan PPBM. Sekiranya SPRM gagal, segala tindakan yang dibenarkan disisi undang undang akan diambil terhadap SPRM dan para anggota yang terlibat kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka
.



dipetik disini KLIK



Ekspo Muafakat !! Mukhriz buat Bashah serabut perut


Nampakkkk !! Program Ekspo Muafakat Kedah anjuran Bashah di lawati oleh bekas Menteri Besar Mukhriz Mahathir yang dijatuhkan Bashah & the geng... 

Kira berani la Mukhriz  tu no ... Bashah  berhabis berjuta-juta untuk tarik hati rakyat sokong dia , bagi hadiah mewah macam-macam, hadiah rumah, hadiah keta, hadiah moto tapi dengan slamber Mukhriz mai melawat pulak !! 

tengok pada sambutan kat mukhriz masa melawat Ekspo tu nampak sangat rakyat suka kat dia lagi !! tengok video kehadiran dia siap diumum lagi kehadiran bekas Menteri Besar kesayangan rakyat Kedah tu maka riuh rendah la dewan dalam Ekspo tu !! hebat-hebat !! betui lah orang kata, duit bukan boleh beli undi !! berjuta manapun Bashah laboq untuk tarik sokongan tapi orang tetap meluat kat dia !! keh keh keh 


Kebetulan masa mukhriz pi tu, angkasawan pertama Negara pun ada, maka berpeluk la depa !! lama tak jumpa kot !! 

Paling syok kita tengok, Suaraya Yaakob Adun Sg Tiang yang mula-mula dulu sokong Mukhriz tapi lepas jumpa Najib dia pusing 120% siap kutuk Mukhriz lagi kata pengkhianat pun ada situ dan terpaksalah jumpa bekas bos dia !!! Nak tanya Sungai Tiang tu dapat kat dia lagi ka atau dapat kat datok Rozai ??? Sejak dua menjak ni Suraya pun macam tak minat nak jadi wakil rakyat dah, nampak macam dia nak jadi artis pulak !! keh keh keh 



Hat ni boleh tahan syok jugak !! kat sini depa suruh rakyat yang mai tulis suara hati rakyat kedah !! kah kah kah elok sangat la, memang rakyat nak luah pun kat Ekspo anjuran Kerajaan Umno BN ni !! hampa nak tau depa tulis apa ?? keh keh keh tengok bawah !!! 


Monday 5 February 2018

Apa nasib 'units' 1MDB sebenarnya?



Ketika isu 1MDB dianggap ramai masih belum diselesaikan dengan memuaskan bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) mengenang kembali pengalamannya semasa berada di akhbar berkenaan.

Sebagai pemimpin redaksi akhbar berkenaan, Mustapha Kamil Mohd Janor adalah antara orang yang mendapat banyak maklumat daripada kerajaan atas dasar akhbar itu yang mendukung kerajaan semasa.

Akhbar arus perdana juga diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Putrajaya berbanding media lain yang berada di luar lingkungan berkenaan.

Untuk rekod sebelum dilantik sebagai pengarang kumpulan, Mustapha Kamil ialah pengarang bersekutu Business Times - yang diterbitkan NST - sebelum menjadi pengarang urusan sisipan Business Times serta Life and Times.

Berikut adalah catatan Mustapha Kamil yang dimuat naik di akaun Facebooknya:

Sejarah cerita 'UNITS'.

Semasa istilah 'units' ini mula muncul dahulu saya masih di bilik berita. Ketika itu 1MDB ini sedang bersilat kiri dan kanan 'memerangi' pelbagai berita buruk yang muncul tentangnya di beberapa akhbar ternama antarabangsa, khususnya Wall Street Journal yang berpangkalan di New York.

Ketua Eksekutif 1MDB ketika itu, Arul Kanda, yang pada awalnya diberi kepercayaan penuh untuk menerangkan tentang 1MDB itu sudah mula kelihatan goyah kedudukannya di kalangan jemaah menteri.

Senarai Calon BN Bocor !! ahli Umno Baling mula keluar parti, Lawan Azeez



SENARAI CALON BOCOR;AHLI
KELUAR UMNO SERTAI PPBM !!!

BALING - Pengasas Umno Kampung Memali mengumumkan keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon bagi kerusi Dun Bayu dan Parlimen dan mendakwa 29 ahli lain akan mengikut jejak langkahnya.

Mohd Fazli Ahmad berkata, keputusan itu dibuat kerana pimpinan Umno Baling tidak mengutamakan anak tempatan dalam soal pemilihan calon.

“Proses pemilihan calon lebih terarah kepada siapa yang lebih baik dengan kepimpinan. Kami menolak pemilihan berdasarkan kronisme. Saya sudah mengisi borang untuk menjadi ahli parti Bersatu dan 29 ahli Umno di kampung ini akan ikut jejak saya.

“Akar umbi Umno tidak berpuas hati dengan pemilihan calon yang lebih ke arah bukan calon Melayu tempatan dan anak Baling,” katanya dalam sidang media di kediamannya, di Kampung Memali, hari ini.

Tambahnya, tidak mustahil tiga calon bagi kerusi Dun dan Parlimen selepas ini dimonopoli calon bukan anak tempatan.

Krisis senarai calon BN bermula selepas halaman empat muka surat yang didakwa bakal dihantar kepada Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tersebar luas di media sosial.

Dalam senarai itu, Adun Bayu yang juga Timbalan Speaker Negeri Kedah, Datuk Azmi Che Husain tidak dicalonkan sebaliknya digantikan dengan Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Noor Mohd Amin


Tuesday 2 January 2018

Tular Surat Projek Hospital Pendang !! Projek Untuk Kroni Siapa ???


DALAM DIAM 

Setelah sekian lama BERJANJI mengenai 'Tender Hospital Pendang' tiba-tiba telah muncul satu surat mengenai 'PELAWAAN TENDER'  kepada sebuah  syarikat ZNSolution Builders Sdn Bhd yang beralamat di Pulau Pinang. 

Kami hairan kenapa JKR tidak membuat tender terbuka untuk Hospital Pendang ??? adakah projek ini akan diberikan kepada kroni-kroni politikus BN Umno ?? dan kami nak tahu la juga berapa syarikat lagi yang dipelawa untuk tender ni ?? 

Semakan setakat 02 januari 2018 di laman Web Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Web EPEROLEHAN tidak menemui sebarang tawaran tender terbuka untuk Hospital Pendang, maka mungkin cara yang dibuat ialah pihak berkenaan telah memilih Syarikat untuk mereka dan menbina Hospital Pendang. Ini kita boleh gelarkan Sebagai PROJEK KRONI !! 


MAC 2017 BN UMNO BERBOHONG !!