Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts
Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts

Monday, 5 February 2018

Apa nasib 'units' 1MDB sebenarnya?



Ketika isu 1MDB dianggap ramai masih belum diselesaikan dengan memuaskan bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) mengenang kembali pengalamannya semasa berada di akhbar berkenaan.

Sebagai pemimpin redaksi akhbar berkenaan, Mustapha Kamil Mohd Janor adalah antara orang yang mendapat banyak maklumat daripada kerajaan atas dasar akhbar itu yang mendukung kerajaan semasa.

Akhbar arus perdana juga diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Putrajaya berbanding media lain yang berada di luar lingkungan berkenaan.

Untuk rekod sebelum dilantik sebagai pengarang kumpulan, Mustapha Kamil ialah pengarang bersekutu Business Times - yang diterbitkan NST - sebelum menjadi pengarang urusan sisipan Business Times serta Life and Times.

Berikut adalah catatan Mustapha Kamil yang dimuat naik di akaun Facebooknya:

Sejarah cerita 'UNITS'.

Semasa istilah 'units' ini mula muncul dahulu saya masih di bilik berita. Ketika itu 1MDB ini sedang bersilat kiri dan kanan 'memerangi' pelbagai berita buruk yang muncul tentangnya di beberapa akhbar ternama antarabangsa, khususnya Wall Street Journal yang berpangkalan di New York.

Ketua Eksekutif 1MDB ketika itu, Arul Kanda, yang pada awalnya diberi kepercayaan penuh untuk menerangkan tentang 1MDB itu sudah mula kelihatan goyah kedudukannya di kalangan jemaah menteri.