Wednesday, 18 January 2017

Bashah Dan Najib Munafik , Pelajar Insaniah Kecewa


Petikan artikel dari sinar harian


Pelajar kecewa Kuin belum layak dinaik tarafkan
Kekecewaan jelas terpancar pada wajah penuntut Kolej Universiti sejurus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebaik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak umumkan institusi pengajian tinggi itu belum layak dinaik tarafkan sebagai universiti penuh.

Pelajar Kuin, Mohd Ridhwan Osman,30, berkata, perasaannya kecewa apabila pengiktirafan itu masih ditangguhkan.

"Semua pelajar dan pensyarah terlalu mengharapkan agar Kuin bertukar status kepada universiti penuh namun harapan kami musnah apabila Perdana Menteri mengumumkan Kuin masih belum layak.



"Kami agak tersinggung kerana Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Syah ( Kuisas) boleh dinaik taraf kepada universiti sedangkan kualiti keduanya tidak jauh berbeza,"katanya di sini semalam.

Pelajar, Mohd Syahril Sabdin, 33,berkata, kira-kira 3000 pelajar sanggup menunggu dalam tempoh lama bagi mendengar pengumuman berkenaan.

Menurutnya, mereka bersedia mengangkat kain rentang yang tertera "universiti penuh" sebagai tanda penghormatan kepada Perdana Menteri.

"Kawan-kawan saya semuanya menunggu lama di Padang Awam Kuala Ketil semata-mata untuk mendengar perasmian daripada Najib, malah ada yang menahan lapar.

"Sepatutnya jika sudah tahu Kuin tidak layak jadi universiti pada hari ini jangan sesekali libatkan pelajar dan pensyarah dalam program ini," katanya.

Katanya, pihak berkaitan tidak seharusnya menggunakan institusi pengajian sebagai mainan politik.

"Banyak masa pelajar dan pensyarah terbuang sehingga semua kelas dibatalkan. Sudahlah Tempoh peperiksaan semakin hampir ada pula pihak ambil kesempatan," katanya.

Bagi seorang lagi pelajar, Azlan Osman, 35 berkata, kehadiran pelajar Kuin seakan dijadikan alat untuk menunjukkan sokongan kepada pihak tertentu.

3 comments:

  1. Azeez Mamak KEPALA PENIPU.......!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. status bukan hari hari punya , bukan nya beli ikan di pasar malam

    ReplyDelete
  3. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim mengenai sahabat yang disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara.


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    ReplyDelete