Showing posts with label KUIN. Show all posts
Showing posts with label KUIN. Show all posts

Thursday, 19 January 2017

KUIN : 'MB Kedah cakap berdegar tapi macam tin kosong'


Pemuda PAS Kedah mempersoalkan kerajaan negeri itu kerana masih belum menaik taraf Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada status universiti sejak penubuhannya pada 1995.

Ketua Pemudanya Mohd Azam Abd Samat berkata perkara itu membuktikan kegagalan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam mentadbir negeri berkenaan.

“Terbukti kelemahan pemerintahan Umno-BN Kedah hanya tahu cakap berdegar-degar, tetapi tidak lebih umpama tin kosong yang dipalu kuat apabila KUIN masih tidak melepasi syarat kelayakan untuk menjadi sebuah universiti.

Wednesday, 18 January 2017

Bashah Dan Najib Munafik , Pelajar Insaniah Kecewa


Petikan artikel dari sinar harian


Pelajar kecewa Kuin belum layak dinaik tarafkan
Kekecewaan jelas terpancar pada wajah penuntut Kolej Universiti sejurus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebaik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak umumkan institusi pengajian tinggi itu belum layak dinaik tarafkan sebagai universiti penuh.

Pelajar Kuin, Mohd Ridhwan Osman,30, berkata, perasaannya kecewa apabila pengiktirafan itu masih ditangguhkan.

"Semua pelajar dan pensyarah terlalu mengharapkan agar Kuin bertukar status kepada universiti penuh namun harapan kami musnah apabila Perdana Menteri mengumumkan Kuin masih belum layak.

Wednesday, 20 February 2013

LAMAN WEB KERAJAAN DI GODAM ANGKARA IBLIS DAN SYAITAN !!



Semalam kita dikejutkan dengan berita dari laman web E Penerangan Malaysia menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah meletak jawatan , tetapi rupanya laman web E Penerangan telah digodam oleh penyangak dan pengkhianat negara.

Soal perletakan jawatan oleh DS Najib di portal jabatan penerangan telah di nafikan oleh Ketua Pengarah Penerangan Malaysia sendiri, Dato Hj Ibrahim. Beliau dengan pantas telah membuat laporan polis dan mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menerangkan bahawa laman web E Penerangan telah diceroboh. 



Sesuatu yang menjijikkan bagi mereka yang begitu khianat membuat perbuatan yang menyusahkan orang ramai terutama yang berurusan dengan Jabatan Penerangan Malaysia terutama wartawan-wartawan tempatan . Sifat pentingkan diri sendiri ini umpama seperti syaitan yang suka membuat kejahatan untuk mendorong manusia ke lembah neraka. 

Saya  ingin menasihati mereka ini agar lebih bersikap seperti manusia yang percayakan Tuhan bukannya bertuhankan iblis dan syaitan yang di ajar oleh pihak-pihak pembangkang yang sememangnya kita tahu mereka berkawan dengan iblis dan syaitan .



Berberapa hari sebelum hal ini berlaku , laman web Parlimen Malaysia juga digodam dan mereka telah meletakkan gambar yang mengaibkan , saya tak kisah jika PKR yang buat kerana mereka bertuhankan Yahudi tapi kalau orang PAS yang buat, mungkin saya akan lebih memahami kerana mereka sedang dinerakakan oleh yahudi-yahudi di Malaysia ini.

Perbuatan ini bukan menguntungkan mereka tetapi lebih membuat orang ramai menyumpah seranah mereka kerana banyak menyusahkan orang.

Untuk kaum iblis dan syaitan ini , ingatlah dosa sama , lebih-lebih lagi selepas mengodam meletakkan gambar yang tak baik dan boleh membuatkan fitnah berleluasa , dan jangan anggap dosa fitnah itu seperti dosa orang tak berpuasa di bulan ramadhan. 

- Jijan JeraiTV 

Monday, 24 December 2012

JERAITV : KUIN LAMBAT BERTINDAK #TUKARKEDAH

'Kolej lambat bertindak'

ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah kesal dengan pihak pentadbiran Kuliyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang tidak pernah memanggil tujuh graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang didakwa tidak mendapat sijil mereka kerana tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengerusinya, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa walaupun tujuh graduan sudah meminta pihak pentadbiran untuk berjumpa dan membincangkan status pengiktirafan sijil mereka selepas konvokesyen pada September lepas, namun sehingga 19 Disember baru-baru ini, barulah timbalan dekan yang mewakili pihak pentadbiran Kuliyah menghubungi salah seorang pelajar berkenaan untuk membincangkan isu terbabit.

“Mengapa, pihak pentadbiran mengambil masa terlalu lama untuk menghubungi graduan berkenaan, sedangkan perkara ini sudah berlarutan kira-kira tiga bulan.

“Kami berasa kesal dengan tindakan pihak berkenaan ini dan masyarakat boleh menilai sendiri kenyataan sebenar isu berkenaan,” katanya dalam sidang media, semalam.

Shamsul berkata, akibatnya tujuh graduan berkenan gagal dalam permohonan kerja dalam sektor awam, di mana empat daripadanya yang menghadiri temuduga Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) gagal dalam mendapat tempat untuk pengambilan Januari 2013.

Katanya, manakala seorang lagi daripada tujuh graduan terbabit, yang membuat permohonan menyertai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah, langsung tidak mendapat panggilan temuduga, kerana ijazah mereka masih belum mendapat pengiktirafan daripada MQA.

Menurutnya, pada hari ini (semalam), selepas sidang media, pihak GPMS akan menghantar surat pada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk membincangkan isu berkenaan, disebabkan MQA berada di bawah kementerian berkenaan, jadi hanya pihak terbabit mampu menyelesaikan isu ini.

Katanya, pihak GPMS sudi menjadi pengantara untuk mengatur pertemuan antara tujuh pelajar terbabit dengan Insaniah yang mana sekurang-kurangnya mereka dapat berbincang supaya kegusaran hati graduan dan keluarganya ini dapat dikurangkan.

Menurutnya, perkara ini sudah dibangkitkan berkali-kali di media, jadi pihak Insaniah sepatutnya memainkan peranan, bagi menunjukkan mereka mempunyai rasa tanggungjawab dalam usaha menyelesaikan isu ini, lagipun sudah banyak masa, tenaga dan wang graduan berkenaan dihabiskan sepanjang tempoh pembelajaran mereka.

Shamsul menggesa agar pihak berkenaan dapat meneliti dan mempercepatkan proses pengiktirafan itu, demi masa depan tujuh orang graduan berkenaan.

Monday, 17 December 2012

UTARA NEWS : CAJ AIR, KEDAH TIADA IDEA CARI HASIL

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah semakin kekeringan idea dalam menjana hasil negeri apabila berhasrat mengenakan caj kepada pihak yang menggunakan sumber air dari sungai.

Selepas mengenakan caj air mentah kepada Pulau Pinang, kini kerajaan negeri berhasrat melakukan perkara sama kepada agensi kerajaan pusat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) selain syarikat dan kilang di Kedah, Pinang serta Perlis yang mengambil air dari sungai.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, sejak hari pertama pakatan Pas, PKR serta DAP mengambil alih negeri ini, mereka menyatakan akan memperoleh pendapatan melalui sumber air dan balak.

Beliau berkata, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri hanya mampu memperoleh pendapatan menerusi sumber sedia ada dan ia satu kerugian kepada rakyat serta negeri kerana tiada penjanaan pendapatan baharu untuk melaksanakan pembangunan.

"Kita kerugian empat tahun, dan rakyat boleh bagi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk lonjakkan negeri ini setanding dengan negeri maju," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Seminar Pendidikan dan Hari Keluarga Sindrom Down Peringkat Kebangsaan 2012 di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini mengumumkan akan mengenakan caj air mentah kepada Mada bermula tahun depan selain mana-mana syarikat dan kilang di negeri ini, Perlis dan Pulau Pinang.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, Kedah mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan, antaranya, Kulim Hi-Tech Park serta mewujudkan hab getah yang mampu menarik pelabur asing ke negeri ini.

"Kita boleh bangunkan hab getah di kawasan seluas 16,000 hektar ladang getah. Kita boleh tarik industri yang berkaitan dengan getah untuk beroperasi di Kulim Hi-Tech," katanya.

Sementara itu, mengulas keputusan kerajaan membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Mukhriz berkata, ia satu perkembangan yang baik namun banyak perkara perlu dipertimbang terlebih dahulu.

Beliau berkata, setiap calon mesti memiliki kemampuan tersendiri, dan jika diseimbangkan pengalaman dengan idea baharu, mampu melahirkan kepimpinan yang terbaik.

"Kalau mereka tak ada pengalaman, tak jadi masalah, kerana kita boleh bagi pendedahan, dan jika kedua-dua elemen ini diseimbangkan, saya ingat ini yang terbaik," katanya.

Terdahulu, Mukhriz hadir pada Seminar Keluarga Sindrom Down Peringkat Kebangsaan 2012 yang dirasmikan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Seramai 700 pesakit Sindrom Down dan anggota keluarga hadir bagi memeriahkan program itu, yang bermula hari ini dan berakhir Isnin.

Mukhriz, yang juga Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), berkata menerusi seminar itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tersebut dapat melatih mereka agar bersedia menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Beliau menyeru kerajaan Persekutuan dan agensi terlibat agar memberi satu latihan khusus kepada golongan itu bagi membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan.

"Ramai di kalangan mereka boleh bekerja jika diberi peluang. Kita lihat ada di kalangan mereka bekerja di restoran makanan segera, dan ini menunjukkan mereka berkeyakinan di samping dapat menambah pendapatan," katanya. - Bernama