Showing posts with label BALAK. Show all posts
Showing posts with label BALAK. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

PANAS !! KERANA RAKAMAN AUDIO MB KEDAH MENGAMOK !! #TukarKedah


Kelmarin Mc ada terima panggilan dari sahabat Mc yang berada didalam Pas. Dia ni kiranya bekerja agak rapat dengan MB. Sebab tu ada yang terjadi kat Azizan Razak, dia boleh tau. Namun dalam banyak-banyak cerita, Mc lebih tertarik untuk mengetahui reaksi Azizan apabila rakaman Nasif Mustafa kutuk beliau selepas hadiri program 'My beautiful Malaysia' tempohari.

Azizan memang takkan buka PC atau laptop, namun orang-orangnya memaklumkan pada beliau, tentang perangai busuk Nasir Mustafa dan gengnya mengutuk Azizan dan merancang untuk menjatuhkan Azizan secara diam-diam.

Walau ada pencacai Pas kata, rakaman tu ciptaan kami. Namun, setelah kami buktikan secara terperinci. Memang terbukti, rakaman tersebut milik Nasir Mustafa dan gengnya. Pada mereka yang belum pernah dengar rakaman tersebut, boleh klik SINI dan buktinya klik pula SINI.

Disebabkan itu, Azizan Razak, MB Kedah mengamuk dan berjanji akan memporak-perandakan Pas Kubang Rotan yang diketuai oleh Nasir Mustafa. Porak peranda macam mana tu, Mc tak tahulah. Tapi percayalah Azizan sudah menghantar gerakannya untuk jatuhkan Nasir pula.

Nasir pun bukan calang-calang backupnya. Nasir bersama 'Bapak Syiah Malaysia' Mat Sabu dan Phahrolrazi, jadi bukan mudah untuk dia dijatuhkan.

Cuma untuk Nasir kembali jadi calon PRU ke 13 ni, Mc nampak laluannya agak sukar. Sebab Nasir mengutuk Pesuruhjaya Pas Kedah, kuasa memilih calon Pas Kedah berada ditangan beliau.

Mc harap Nasir berdoalah banyak-banyak, minta dijauhkan dari bala! heh..

McTheory: kedahkekl
Makin parah masalah dalaman Pas ni..

Monday, 17 December 2012

UTARA NEWS : CAJ AIR, KEDAH TIADA IDEA CARI HASIL

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah semakin kekeringan idea dalam menjana hasil negeri apabila berhasrat mengenakan caj kepada pihak yang menggunakan sumber air dari sungai.

Selepas mengenakan caj air mentah kepada Pulau Pinang, kini kerajaan negeri berhasrat melakukan perkara sama kepada agensi kerajaan pusat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) selain syarikat dan kilang di Kedah, Pinang serta Perlis yang mengambil air dari sungai.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, sejak hari pertama pakatan Pas, PKR serta DAP mengambil alih negeri ini, mereka menyatakan akan memperoleh pendapatan melalui sumber air dan balak.

Beliau berkata, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri hanya mampu memperoleh pendapatan menerusi sumber sedia ada dan ia satu kerugian kepada rakyat serta negeri kerana tiada penjanaan pendapatan baharu untuk melaksanakan pembangunan.

"Kita kerugian empat tahun, dan rakyat boleh bagi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk lonjakkan negeri ini setanding dengan negeri maju," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Seminar Pendidikan dan Hari Keluarga Sindrom Down Peringkat Kebangsaan 2012 di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini mengumumkan akan mengenakan caj air mentah kepada Mada bermula tahun depan selain mana-mana syarikat dan kilang di negeri ini, Perlis dan Pulau Pinang.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, Kedah mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan, antaranya, Kulim Hi-Tech Park serta mewujudkan hab getah yang mampu menarik pelabur asing ke negeri ini.

"Kita boleh bangunkan hab getah di kawasan seluas 16,000 hektar ladang getah. Kita boleh tarik industri yang berkaitan dengan getah untuk beroperasi di Kulim Hi-Tech," katanya.

Sementara itu, mengulas keputusan kerajaan membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Mukhriz berkata, ia satu perkembangan yang baik namun banyak perkara perlu dipertimbang terlebih dahulu.

Beliau berkata, setiap calon mesti memiliki kemampuan tersendiri, dan jika diseimbangkan pengalaman dengan idea baharu, mampu melahirkan kepimpinan yang terbaik.

"Kalau mereka tak ada pengalaman, tak jadi masalah, kerana kita boleh bagi pendedahan, dan jika kedua-dua elemen ini diseimbangkan, saya ingat ini yang terbaik," katanya.

Terdahulu, Mukhriz hadir pada Seminar Keluarga Sindrom Down Peringkat Kebangsaan 2012 yang dirasmikan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Seramai 700 pesakit Sindrom Down dan anggota keluarga hadir bagi memeriahkan program itu, yang bermula hari ini dan berakhir Isnin.

Mukhriz, yang juga Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), berkata menerusi seminar itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tersebut dapat melatih mereka agar bersedia menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Beliau menyeru kerajaan Persekutuan dan agensi terlibat agar memberi satu latihan khusus kepada golongan itu bagi membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan.

"Ramai di kalangan mereka boleh bekerja jika diberi peluang. Kita lihat ada di kalangan mereka bekerja di restoran makanan segera, dan ini menunjukkan mereka berkeyakinan di samping dapat menambah pendapatan," katanya. - Bernama

Wednesday, 12 December 2012

PAS KEDAH KENA HENTI AKTIVITI BALAK !!! - UMNO KEDAH

 Ahmad Bashah Md Hanipah

ALOR SETAR - Umno Kedah mendesak kerajaan negeri supaya menghentikan aktiviti pembalakan yang semakin berleluasa di negeri itu bagi mengelak bencana kepada rakyat pada masa hadapan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pembalakan secara 'cuci mangkuk' iaitu menebang semua pokok di Gunung Inas dan sekitar kawasan Tasik Pedu harus dihentikan segera.

"Kita jangan lupa tragedi Dipang di Perak pada 29 Ogos 1996 yang mengorbankan 39 nyawa. Kejadian itu berpunca daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal. Jangan kita biarkan tragedi itu berlaku di Kedah pula," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan negeri semalam kerana gagal mengawal pembalakan sehingga menyebabkan banjir di Sik baru-baru ini.

Katanya walaupun sudah banyak pihak membangkitkan kebimbangan tentang aktiviti pembalakan itu, kerajaan negeri masih gagal mengambil tindakan pencegahan, malah terus memberi pelbagai alasan bagi merasionalkan tindakan tersebut.

Ahmad Bashah berkata bukan hanya rakyat dan ahli politik malah beberapa badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar serta pengkaji alam sekitar turut memberi amaran tentang bahaya melakukan pembalakan di kawasan berkenaan.

"Tetapi apa yang kerajaan negeri buat? Tiada apa tindakan pencegahan melainkan terus menebang balak atas nama Projek Ladang Rakyat dan pertanian," katanya.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, berkata BN Kedah menentang pembalakan itu bukan kerana iri hati mahupun menentang pembangunan untuk rakyat, tetapi hakikat yang berlaku ialah kerajaan negeri tidak mahu mempedulikan kebimbangan rakyat.

"Selalu saya tegaskan bahawa projek Ladang Rakyat dan projek pertanian itu hanyalah cara menghalalkan penerbangan balak," katanya sambil berharap kerajaan negeri tidak terus memekakkan telinga dengan suara rakyat.- Bernama