Wednesday 31 October 2012

VIDEO AHLI PAS JERAI MENGAMOK SEMASA LAWATAN PM DI TANJUNG DAWAI??? #TUKARKEDAH @NAJIBRAZAK

Mengerunkan apabila melihat lebih daripada 100 biji bot nelayan mengamuk di tengah lautan di antara Jeti Tanjung Dawai dan Jeti Pantai Merdeka sempena kehadiran YAB DS Najib Razak ke Pantai Merdeka, Sungai Petani.




Bagaikan satu armada perang yang mengiringi YAB DS Najib ketika menaiki bot dari Jeti Tanjug Dawai ke Jeti Pantai Merdeka untuk menghadiri program Himpunan Peladang, Penternak Dan Nelayan yang di adakan di Pantai Merdeka, Sungai Petani.


Bagi Nelayan di kawasan berkenaan, tujuan mereka untuk mengiringi YAB DS Najib Razak ke Jeti Pantai Merdeka adalah kerana hendak menunjukan tanda terima kasih dan sokongan mereka terhadap YAB DS Najib Razak di atas kebajikan yang telah di beri melalui bajet 2013 setelah mendengar denyut nadi rintihan para nelayan yang memerlukan bantuan dari kerajaan.


Kehadiran rombongan YAB DS Najib Razak dari Jeti Tanjung Dawai telah di sambut kira-kira 15,000 orang yang berada di Pantai Merdeka.


kredit utk KLIK SINI

Tuesday 30 October 2012

AES PUNCA 4 NEGERI PEMBANGKANG MEMBERONTAK ??

KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.




"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

Monday 29 October 2012

DR RAIS BAWA KECERIAN DI SELURUH PARLIMEN JERAI SEBENTAR TADI !!


Pagi tadi satu program untuk rakyat telah diadakan di Dewan serbaguna Guar Chempedak dalam parlimen Jerai, program dinamakan 'Komuniti 1 Malaysia Himpunan Kasih Sayang'
Program ini dirasmikan oleh Dato Seri Utama Dr Rais Yatim dan di iringgi oleh Ketua Umno Bahagian Jerai iaitu Dato Suhaimi Abdullah dan juga kelihatan Dato Ahmad Badshah. Pelbagai acara telah dijalankan seperti Senaman di waktu pagi, ceraman tentang bajet 2013 oleh Lokman Noor Adam dari JASA , sumbangan kerusi roda untuk rakyat yang memerlukan, sumbangan notebook 1 malaysia kepada hampir 500 penerima dan macam-macam lagi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim turut merenjis pasangan pengantin, Azizi Yusuf dan Fadzilah Md Saad semasa menghadiri majlis Himpunan Kasih Sayang peringkat negeri di Guar Chempedak di sini, hari ini.

Turut sama pasangan pengantin India, M.Shankaran dan G.Punisha (kanan) serta pasangan pengantin cina, Lim Chin Keat dan Joane Cheng Khai (kiri). Tentunya pengalaman ini terlalu berharga buat ketiga-tiga pasangan ini.



Jelas program sebegini dapat memberi kesan yang mendalam kepada semua bangsa kerana ini julung-julung kali 3 bangsa bersanding atas satu pelamin dan orang ramai dari pelbagai kaum datang memeriahkan majlis ini. 

Selesai program Dato Seri Utama Dr Rais Yatim terus menaiki teksi untuk ke program bantuan membaiki rumah dan bersama rakyat di Gurun. 

AL-KISAH JERAI KEDAH DArUL AMAN






Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter.

Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.

Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya diPulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Gunung Rekreasi

Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Cara ke sana
Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.

Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.
1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.

Sunday 28 October 2012

TAHNIAH PR SELANGOR JAHANAMKAN HAK RAKYAT SELANGOR !!!




Rakyat Selangor yang memilih Pakatan Republik (PR) pada PRU 12 yang lalu patut
merasa bangga dengan kejayaan Kerajaan Pentadbiran Pakatan Republik
mengadaikan aset-aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang 
banyak membantu ekonomi Negeri Selangor.

Selepas ini kalau Pakatan Republik masih mentadbir Negeri Selangor, Rakyat Selangor
yang memilih Pakatan Republik jangan hairan la anak-anak dara Selangor pun akan 
di gadaikan Kerajaan Negeri pentadbiran Pakatan Republik demi memajukan ekonomi 
Selangor dengan pembangunan pesat penternakan pusat-pusat Maksiat kerana
Kerajaan Negeri sudah tidak dapat menjana ekonomi melalui PKNS setelah di gadaikan 
segala aset-aset.









SETERUSNYA KLIK SINI