Monday, 29 October 2012

DR RAIS BAWA KECERIAN DI SELURUH PARLIMEN JERAI SEBENTAR TADI !!


Pagi tadi satu program untuk rakyat telah diadakan di Dewan serbaguna Guar Chempedak dalam parlimen Jerai, program dinamakan 'Komuniti 1 Malaysia Himpunan Kasih Sayang'
Program ini dirasmikan oleh Dato Seri Utama Dr Rais Yatim dan di iringgi oleh Ketua Umno Bahagian Jerai iaitu Dato Suhaimi Abdullah dan juga kelihatan Dato Ahmad Badshah. Pelbagai acara telah dijalankan seperti Senaman di waktu pagi, ceraman tentang bajet 2013 oleh Lokman Noor Adam dari JASA , sumbangan kerusi roda untuk rakyat yang memerlukan, sumbangan notebook 1 malaysia kepada hampir 500 penerima dan macam-macam lagi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim turut merenjis pasangan pengantin, Azizi Yusuf dan Fadzilah Md Saad semasa menghadiri majlis Himpunan Kasih Sayang peringkat negeri di Guar Chempedak di sini, hari ini.

Turut sama pasangan pengantin India, M.Shankaran dan G.Punisha (kanan) serta pasangan pengantin cina, Lim Chin Keat dan Joane Cheng Khai (kiri). Tentunya pengalaman ini terlalu berharga buat ketiga-tiga pasangan ini.



Jelas program sebegini dapat memberi kesan yang mendalam kepada semua bangsa kerana ini julung-julung kali 3 bangsa bersanding atas satu pelamin dan orang ramai dari pelbagai kaum datang memeriahkan majlis ini. 

Selesai program Dato Seri Utama Dr Rais Yatim terus menaiki teksi untuk ke program bantuan membaiki rumah dan bersama rakyat di Gurun. 

No comments:

Post a Comment