Thursday 5 January 2017

Gagal Tunjuk Bukti Tunku Aziz Akan Disaman Mukhriz


Baru-baru ini di TV3, Tunku Abdul Aziz mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.

Tuduhan Tunku Aziz itu dilihat amat berat ke atas Mukhriz dan PPBM sendiri, tanpa menunjukkan bukti, Tunku Aziz secara berterusan menfitnah Mukhriz dan Parti Bersatu dengan palbagai tuduhan di TV3.

Saman

Melihat tuduhan demi tuduhan di TV3 tanpa bukti oleh Tunku Aziz, Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Mukhriz Mahathir telah memberi kata dua kepada Tunku Aziz iaitu dedah bukti atau disaman.



Kenyataan Media Mukhriz

Dedahkan BUKTI atau Berhadapan Tindakan SAMAN! - Mukhriz Mahathir

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar supaya bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehinya berhubung dakwaan pemilihan beliau sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.

Menurut beliau, sekiranya Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadapnya berhubung dakwaan fitnah tersebut.

“Saya tuan punya badan menafikan dakwaan itu dan beliau (Tunku Abdul Aziz) perlu mendedahkan siapakan pemberi maklumat tersebut.

“Kalau beliau tidak dedahkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang (saman) ke atasnya selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Tunku Abdul Aziz mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.

Sehubungan itu, beliau berkata dakwaan berkenaan adalah tidak berasas malah ia hanya berunsur fitnah semata-mata.

“Saya hairan macam mana seorang yang kita kenali sebagai orang yang hebat boleh keluarkan kenyataan tak masuk akal dan berunsur fitnah sebegitu.

“Saya sendiri terkejut yang beliau boleh percaya kepada dakyah-dakyah sebegini sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Menyentuh lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut, Mukhriz yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah itu memaklumkan bahawa tujuan kenyataan sebegitu dikeluarkan adalah bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar Bersatu dan Pakatan Harapan.

Beliau berkata, Bersatu hanya ingin menyelamatkan negara dan isu mengenai soal kepentingan peribadi tidak pernah timbul.

“Sebelum ini perkara sama pernah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dan saya telah mengambil tindakan saman ke atas beliau.

“Tindakan sebegini seolah-olah seperti memperlekehkan usaha Bersatu yang ingin menyelamatkan Malaysia,” katanya.

TUNKU AZIZ PUSING CERITA


Setelah gagal menunjukkan bukti tuduhan beliau terhadap Mukhriz, Tunku Aziz nampaknya terpaksa memusing cerita melalui TV3 dengan mencabar Mukhriz dan Kit Siang Buat Akuan Bersumpah pula.

Kesimpulan Cerita

Nampaknya skrip fitnah oleh Tunku Aziz di TV3 setiap hari ni bakal memakan diri beliau sendiri, Mukhriz pastinya akan mengemukakan saman terhadap Aziz sepertimana Mukhriz telah menyaman Setiausaha Akhbar Najib, Tunku Sharifuddin yang juga menfitnah Mukhriz di TV3 mengenai perkara sama.

Mereka-mereka ini diketahui adalah orang Najib yang mungkin ditugaskan untuk memburukan Mukhriz di TV3.

Dengar cerita Tunku Aziz ni setelah keluar dari DAP telah diberi jawatan besar oleh Najib .. apapun tahniah pada Tunku Aziz atas anugerah jawatan itu setelah bertungkus lumus keluar kenyataan diTV3 setiap masa.

No comments:

Post a Comment