Kita rakyat negeri Kedah masih lagi ternanti-nanti bila agaknya kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau Kulim International Airport (KXP) yang dilaung-laungkan sejak pilihan raya 2013 lagi akan menjadi kenyataan.
Kita yakin dengan adanya kemudahan ini ia akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan juga dapat memajukan lagi ekonomi negeri Kedah.
Namun begitu setelah hampir empat tahun (sejak 2013), rakyat Kedah sudah dapat merasai bahawa ini semua merupakan janji-janji pilihan raya yang tidak mungkin dapat dilaksanakan walaupun Datuk Seri Mukhriz telah digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar.
Pada mulanya, selepas Mukhriz ditolak oleh Najib dengan meletakkan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baru, projek yang kononnya direstui oleh Perdana Menteri itu didakwa akan diteruskan.
Namun begitu sehingga kini, status pembinaan lapangan terbang tersebut masih menjadi tanda tanya samada ia adalah fakta atau auta sama seperti 1Litar Kedah dan Hospital Pendang. Haquih !
Oleh itu, rakyat negeri Kedah mesti bangkit dan sedia untuk membuat perubahan secara drastik. Kita wajib menolak kepimpinan UMNO-BN untuk menerajui Kedah sekali lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang tidak lama lagi.
\\\\\\\\\\ The HOPE //////////
No comments:
Post a Comment