Showing posts with label bersatu. Show all posts
Showing posts with label bersatu. Show all posts

Tuesday, 27 February 2018

SPRM Cuba Sorok Kes Pendedak Yang Ditahan ??? Apa Kes SPRM Ni ??


Video 1 - Sidang media Tarikh : 23/2/2018 @ 4.00 pm ialah lanjutan kepada sidang media yang diadakan pada 14/2/2017 berkaitan penangkapan suspek pemberi dedak oleh sepasukan anggota SPRM hasil daripada aduan yang dibuat oleh ahli Wanita PPBM dari Perlis.

Penangkapan suspek dilakukan pada 5/2/2017 setelah pasukan SPRM sendiri yang memasang perangkap. Sidang media pada 14/2 dilakukan untuk menyatakan kekesalan PPBM akan kelewatan atau tiada berita lanjut daripada SPRM mengenai tangkapan tersebut.

Identiti pengadu telah didedahkan begitu juga dengan identiti suspek. Beliau ialah Puan Baridah Nayan ahli PPBM seumur hidup sementara suspek pula ialah bekas ahli PPBM, Hasnita Hishamudin dan pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Srikandi Pusat.

Bahan bukti semua berada ditangan SPRM, suspek pula telah pun ditahan sendiri oleh SPRM pada 5/2/2018. Namun hingga kini tiada tindakan reman diambil keatas suspek dan ironi nya si suspek telah muncul berdemonstrasi dihadapan ROS Putrajaya pada 22/2/2018.


Satu notis terakhir telah dihantar ke SPRM, memberi mereka tujuh hari untuk memberi jawapan dan maklum balas kepada orang awam dan juga kepada aduan PPBM. Sekiranya SPRM gagal, segala tindakan yang dibenarkan disisi undang undang akan diambil terhadap SPRM dan para anggota yang terlibat kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka
.



dipetik disini KLIK



Thursday, 4 May 2017

POLITIK K E P A R T I A N



Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mencabar kefahaman politik yang dianuti. Kita mesti melonjak ke hadapan sejauh mungkin untuk menyemai benih-benih pencerahan. Tanpa pencerahan, tanpa kesedaran usahlah bermimpi untuk keluar dari mahligai kebodohan ciptaan pemerintah.

Barisan pemodal, kaum pemerintah dan politikus mahukan kebodohan dilihat elok, sihat dan tidak berdosa. Kebodohan mesti dilihat sebagai keindahan di mata sekalian umat. Kebodohan mesti diimani supaya segala tindak-tanduk autoriti tidak dipersoal, tidak dicabar dan diakui adil sebagai sistem putaran kehidupan manusia sejagat.

Tidak semua perkara dapat diselesaikan melalui parti politik. Juga tidak semua masalah dapat diatasi dengan ucapan mendebarkan para politikus. Kita mesti benar-benar faham bahawa dalam sketsa politik Malaysia, era pemerintahan Najib yang terlondeh seribu satu macam mimpi ngeri tidak akan selesai apabila rakyat secara berbondong-bondong berdiri belakang Tun Dr Mahathir sebelum menggantikan Dato Seri Najib dengan bidak caturnya.

Sama ada perbalahan dan perpecahan yang berlaku dalam kalangan kelas elit pemerintah mahupun kalangan pembangkang, ia berlaku kerana sikap politikus unduk melindungi kuasa masing-masing dan bukanlah kerana mereka berlumba-lumba memberi kebaikan kepada rakyat sebagai kaum majoriti.

Oleh demikian, janganlah kita begitu naif diperbudak-budakkan. Cuaca politik Malaysia berada di dalam keresahan yang amat mendalam. Kejatuhan nilai ringgit, skandal 2.6 billion, perjanjian TPPA yang tidak transparen, GST, harga minyak yang tidak menentu dan namakanlah apa-apa saja, semuanya sudah berlaku dan entah apa lagi cerita korupsi yang bakal didedahkan esok.

Penentangan bermula dengan kesedaran massa. Kesedaran tidak bermakna dengan post makian di laman sosial semata-mata. Penentangan tidak dipotretkan dengan cara troll, mengumpul like, menekan butang share, kemudian bergelak ketawa dan berhenti setakat itu sahaja.