Tuesday, 27 February 2018

SPRM Cuba Sorok Kes Pendedak Yang Ditahan ??? Apa Kes SPRM Ni ??


Video 1 - Sidang media Tarikh : 23/2/2018 @ 4.00 pm ialah lanjutan kepada sidang media yang diadakan pada 14/2/2017 berkaitan penangkapan suspek pemberi dedak oleh sepasukan anggota SPRM hasil daripada aduan yang dibuat oleh ahli Wanita PPBM dari Perlis.

Penangkapan suspek dilakukan pada 5/2/2017 setelah pasukan SPRM sendiri yang memasang perangkap. Sidang media pada 14/2 dilakukan untuk menyatakan kekesalan PPBM akan kelewatan atau tiada berita lanjut daripada SPRM mengenai tangkapan tersebut.

Identiti pengadu telah didedahkan begitu juga dengan identiti suspek. Beliau ialah Puan Baridah Nayan ahli PPBM seumur hidup sementara suspek pula ialah bekas ahli PPBM, Hasnita Hishamudin dan pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Srikandi Pusat.

Bahan bukti semua berada ditangan SPRM, suspek pula telah pun ditahan sendiri oleh SPRM pada 5/2/2018. Namun hingga kini tiada tindakan reman diambil keatas suspek dan ironi nya si suspek telah muncul berdemonstrasi dihadapan ROS Putrajaya pada 22/2/2018.


Satu notis terakhir telah dihantar ke SPRM, memberi mereka tujuh hari untuk memberi jawapan dan maklum balas kepada orang awam dan juga kepada aduan PPBM. Sekiranya SPRM gagal, segala tindakan yang dibenarkan disisi undang undang akan diambil terhadap SPRM dan para anggota yang terlibat kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka
.



dipetik disini KLIK








Ulasan Pak Long.... apa dah jadi dengan SPRM ??? dimana ketelusan amanah pekerjaan sebagai pegawai SPRM ?? adakah sudah mati Integriti didalam SPRM ?? Dimana ketelusan SPRM buat Kerja ?? adakah berkaitan dengan UMNO semua SPRM tutup ?? 

Pak Long nak tanya la, Ingat dak MOTO SPRM ??? ok Pak Long kongsikan takut lupa ...


Ingat kan MOTO SPRM ?? kalu ingat Pak Long nak tanya kenapa diam kes tangkapan PENDEDAK yang cuba merasuah pemimpin bersatu ???  bukti semua dah bagi kan ?? duit rasuah tu pun hampa rampas ?? 


Sampai sekarang SPRM masih diam dan tiba-tiba pendedak bernama HASNITA ni rupanya dah dilepaskan oleh SPRM. 


Hasnita turut berada sewaktu demontrasi pendedak di KDN baru-baru ini... maknanya SPRM telah melepaskan dia .. wowww hebat juga geng-geng makan dedak ni !! SPRM pun takut nak dakwa depa walau dah tahan dengan bukti-bukti kukuh !! 


nak baca kes KP SPRM ni pi ke BLOG Milo Suam




No comments:

Post a Comment