Monday, 5 February 2018

Senarai Calon BN Bocor !! ahli Umno Baling mula keluar parti, Lawan Azeez



SENARAI CALON BOCOR;AHLI
KELUAR UMNO SERTAI PPBM !!!

BALING - Pengasas Umno Kampung Memali mengumumkan keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon bagi kerusi Dun Bayu dan Parlimen dan mendakwa 29 ahli lain akan mengikut jejak langkahnya.

Mohd Fazli Ahmad berkata, keputusan itu dibuat kerana pimpinan Umno Baling tidak mengutamakan anak tempatan dalam soal pemilihan calon.

“Proses pemilihan calon lebih terarah kepada siapa yang lebih baik dengan kepimpinan. Kami menolak pemilihan berdasarkan kronisme. Saya sudah mengisi borang untuk menjadi ahli parti Bersatu dan 29 ahli Umno di kampung ini akan ikut jejak saya.

“Akar umbi Umno tidak berpuas hati dengan pemilihan calon yang lebih ke arah bukan calon Melayu tempatan dan anak Baling,” katanya dalam sidang media di kediamannya, di Kampung Memali, hari ini.

Tambahnya, tidak mustahil tiga calon bagi kerusi Dun dan Parlimen selepas ini dimonopoli calon bukan anak tempatan.

Krisis senarai calon BN bermula selepas halaman empat muka surat yang didakwa bakal dihantar kepada Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tersebar luas di media sosial.

Dalam senarai itu, Adun Bayu yang juga Timbalan Speaker Negeri Kedah, Datuk Azmi Che Husain tidak dicalonkan sebaliknya digantikan dengan Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Noor Mohd Amin




Laporan kat atas ni, Pak Mat petik kat Sinar Harian, kalut jugak Parti Ameno ni noh, Keh cantaih mencantaih calon-calon baguih dalam Ameno ni mula jadi barah dah kot kedah ni !! 

Macam Keh Baling tula !! Calon yang baik macam YB Adun Bayu tu depa nak tauk buang bagi kat MAMAK ... kekeke !! Adun Bayu tu tak penah kalah oiii hehe !! Azeez MAMAK pandai buat geme ni no !! 

Pak Mat nak TABIK jugak kat Azeez ni, licik dia ni !! pandai selit geng-geng dia masuk Baling !! Walau orang luaq tapi berjaya bertapak di Baling jugak !! tapi kat BAYU tu rasanya Azeez ni silap langkah, dia nak tengok kot orang Baling bangkit balik tolak CALON MAMAK hehehe ..  Adun Bayu la ni bukan sebarang orang, time BN Kedah tumbang pru 12, kawan tu menang !! bukan KALAH !! 


Kalaulah betui keh ni, WAJIB la Orang Baling TOLAK Azeez Rahim dan geng dia !! Azeez Rahim memang nak kuburkan Politik Adun Bayu !! Semua orang Baling tau !! ini kerja Azeez !! la kita BUNGKUSKAN BN Baling dalam pilihanraya kali ni no !!! hahahahhah








No comments:

Post a Comment