Showing posts with label Hospital Pendang. Show all posts
Showing posts with label Hospital Pendang. Show all posts

Tuesday, 2 January 2018

Tular Surat Projek Hospital Pendang !! Projek Untuk Kroni Siapa ???


DALAM DIAM 

Setelah sekian lama BERJANJI mengenai 'Tender Hospital Pendang' tiba-tiba telah muncul satu surat mengenai 'PELAWAAN TENDER'  kepada sebuah  syarikat ZNSolution Builders Sdn Bhd yang beralamat di Pulau Pinang. 

Kami hairan kenapa JKR tidak membuat tender terbuka untuk Hospital Pendang ??? adakah projek ini akan diberikan kepada kroni-kroni politikus BN Umno ?? dan kami nak tahu la juga berapa syarikat lagi yang dipelawa untuk tender ni ?? 

Semakan setakat 02 januari 2018 di laman Web Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Web EPEROLEHAN tidak menemui sebarang tawaran tender terbuka untuk Hospital Pendang, maka mungkin cara yang dibuat ialah pihak berkenaan telah memilih Syarikat untuk mereka dan menbina Hospital Pendang. Ini kita boleh gelarkan Sebagai PROJEK KRONI !! 


MAC 2017 BN UMNO BERBOHONG !!

Sunday, 29 October 2017

Ahmad Bashah berbohong lagi kepada penduduk Pendang


Kali ni aku kongsikan janji manis Ahmad Bashah sewaktu pi Pendang hari tu dan berjanji lagi dengan penduduk kat sana... hampa dengaq la ....

Pada 2016, Exco Kesihatan Kedah Kata Tender Hospital Pendang akan dibuka pada Mei 2017 - Muhong lagi !!!! 



Bila tiba Mei 2017, Depa kata pulak Tender akan dibuka Pada September 2017   !! Mad Bashah pi Pendang umum benda yangs sama !!! 







Kat atas ni depa kata dengan penuh yakin TENDER HOSPITAL PENDANG pada SEPTEMBER 2017 melalui JKR !! Jom kita Check senarai Tender pada 2017 

Tuesday, 13 December 2016

Umno BN Akan Pecah Tanah Lagi Hospital Pendang Sebelum PRU 14


JANJI UMNO-BN BINA HOSPITAL PENDANG

UMNO-BN sememangnya pandai membuat janji menjelang pilihan raya umum. Seringkalinya janji yang dibuat hanyalah sebagai pemanis kata bagi meraih sokongan pengundi. Selain daripada 1Litar Kedah dan Masjid Changlun, ada satu lagi janji BN yang dimungkiri iaitu janji untuk membina Hospital Daerah Pendang.

Ini terbukti apabila Hospital Daerah Pendang yang dilaung-laungkan sejak bajet 2006 pada zaman pemerintahan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih lagi belum menjadi realiti hingga kini. Sedangkan penduduk dalam kawasan Parlimen Pendang amat mengharapkan hospital yang menelan kos projek RM200 juta tersebut dapat menjadi kenyataan.