Tuesday 13 December 2016

Umno BN Akan Pecah Tanah Lagi Hospital Pendang Sebelum PRU 14


JANJI UMNO-BN BINA HOSPITAL PENDANG

UMNO-BN sememangnya pandai membuat janji menjelang pilihan raya umum. Seringkalinya janji yang dibuat hanyalah sebagai pemanis kata bagi meraih sokongan pengundi. Selain daripada 1Litar Kedah dan Masjid Changlun, ada satu lagi janji BN yang dimungkiri iaitu janji untuk membina Hospital Daerah Pendang.

Ini terbukti apabila Hospital Daerah Pendang yang dilaung-laungkan sejak bajet 2006 pada zaman pemerintahan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih lagi belum menjadi realiti hingga kini. Sedangkan penduduk dalam kawasan Parlimen Pendang amat mengharapkan hospital yang menelan kos projek RM200 juta tersebut dapat menjadi kenyataan.

Pada mulanya projek pembinaan Hospital Daerah Pendang ini disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) kemudian projek ini dimasukkan pula ke dalam RMK10. Namun begitu, setelah 10 tahun menanti, bayang hospital pun tidak kelihatan.

Dahulunya UMNO-BN boleh katakan bahawa parlimen Pendang adalah milik pembangkang untuk dijadikan alasan sebagai tidak membina hospital di sini. Akan tetapi kini parlimen Pendang telah di menangi oleh UMNO-BN. Hospital tetap tidak dibina. Janji terus dikencingi.

Beringatlah wahai warga Pendang sekalian, janji-janji manis dari UMNO-BN ini akan terbit semula menjelang PRU nanti semata-mata untuk mereka mendapatkan undi dari kita semua. Jangan ditipu lagi !

\\\\\\\\\\ The HOPE //////////

No comments:

Post a Comment