Saturday, 10 December 2016

Menteri Kroni Bawa Kehancuran Pada Sistem Pendidikan Negara



SISTEM PENDIDIKAN NEGARA YANG ROSAK

Negara Jepun yang tewas dalam Perang Dunia Ke-2, telah bangkit menjadi negara maju dalam masa yang singkat. Begitu juga Korea Selatan yang musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek. Negara kita Malaysia masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan.

Selepas tanah air kita mencapai kemerdekaan, ada sekolah aliran Inggeris. Selepas itu sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan kerana bertujuan hendak memartabatkan bahasa Melayu. Kemudian tukar pulak Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atas alasan istilah Matematik dan Sains banyak diguna dalam bahasa Inggeris. Kemudian selepas itu dihentikan pulak PPSMI. Digantikan dengan pekasanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam sistem MBMMBI ini tenaga pengajar dibawa masuk dari India untuk mengajar bahasa Inggeris. Sebelum itu panggil tenaga pengajar dari USA untuk mengajar bahasa Inggeris.

Apa yang berlaku dalam masa 2 bulan selepas perlaksanaan MBMMBI ini adalah bukan murid kita yang mahir bahasa Inggeris tetapi guru tersebut yang pandai cakap melayu.

Tukar menteri, maka bertukarlah polisi. Nama kementerian pun telah bertukar banyak kali. Mula-mula dahulu Kementerian Pelajaran. Kemudian tukar kepada Kementerian Pendidikan. Kemudian tukar kembali kepada Kementerian Pelajaran semula. Yang terbaru tukar balik kepada Kementerian Pendidikan. Betapa banyakanya ringgit yang telah dibelanjakan untuk tukar-tukar itu tak dapatlah hendak dihitung. Selepas ini kementerian apa pulak tak tahu lah.

Beberapa tahun kebelakangan ini diperkenal 6 anjakan pendidikan . Bagai nak rak guru-guru diarah menghafal setiap ayat. Kemudian tukar menteri pendidikan baru, sekali lagi guru dipaksa hafal 5 polisi baru pulak. Sekarang ada pulak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan dan macam-macam lagi. Tiada pencapaian yang memberansangkan seperti sebelum ini. Lihat sajalah pada keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 semakin menurun. Guru dan murid dijadikan bahan ujikaji pihak kerajaan. Ironinya, bidang pendidikan negara semakin merudum.

Apa yang paling meyentuh hati ialah hingga kini kita masih terkial-kial mencari identiti dan solusi dalam bidang pendidikan negara dikala hampir 60 tahun merdeka. Sedang negara jiran yang dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yang berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang.

Produk pendidikan kita juga tercungap-cungap tidak menjadi. Murid-murid semakin tidak beradab, penekanan aspek moral terpinggir daripa hidup mereka di sekolah, masalah disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik. Peraturan dan undang-undang disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 1950-an. Kalau diubahpun, ia diubah kepada yang lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan serta tidak terkesan.

Agaknya sistem pendidikan kita terlalu dipolitik dan diperniagakan. Apabila politik dan perniagaan mencampuri sebarang urusan maka akan punah-ranahlah urusan tersebut. Ini kerana politik dan perniagaan lebih menjurus kepada kepentingan peribadi, parti, kroni, dan kaum kerabat sahaja.

Perlantikan orang-orang yang diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kepada kroni berbanding kompetensi atau kelayakkan mereka. Maka kuasa diguna semahunya untuk menjaga kepentingan politik dan perniagaan tadi mengakibatkan berlakunya kesan sampingan yang memudhoratkan kepada generasi yang mendatang. Kita memerlukan sebuah kerajaan dan sistem yang baik untuk negara ini demi masa depan anak cucu kita ! Ayuh !


\\\\\\\\\\ The HOPE //////////

No comments:

Post a Comment