PAS BERMUSIM: SIAPA UNTUNG ??
Komuniti penyokong Kedah sedia tahu bahawa harga bagi pas bermusim untuk tahun 2017 sudah dikeluarkan secara rasmi di laman sesawang KFA semalam.
Apa tindakan dan respon anda ?
Hokage ke 7 menjawab selaku pemerhati luar dan memberi respon dari pandangan sendiri.
Platinum RM1200
Gold RM800
Silver RM400
Jika di ambil kira jumlah perlawanan HOME Kedah di Stadium Darulaman bagi maksimum perlawanan adalah 11 Liga Super, 3 Piala FA dan 5 Piala Malaysia termasuk ( suku akhir dan separuh akhir ). Anggaran perlawanan adalah 19 perlawanan sahaja.
19 perlawanan x tiket astaka RM30
= RM570
19 perlawanan x tiket berbumbung RM25 = RM475
19 perlawanan x tiket terbuka RM10 = RM190
Jersi Kedah 2017 = RM150
Apakah tujuan pas bermusim untuk mengaut untung ? Ya ‼️ sudah pasti kelebihannya adalah mengaut untung lebih awal sebelum dapat digunakan. Anda yakin prestasi Kedah secemerlang 2015/2016 ? Bagaimana jika sebaliknya ? Wajib hadir tanpa kompromi kerana tiket sudah dibayar.
Harga pas bermusim sepatutnya lebih murah daripada harga tiket semasa kerana penyokong membeli terlebih awal sebelum perlawanan. Mereka berhak diberi diskaun khas atas kesetiaan untuk menuntut komitmen hadir ke stadium Darulaman tanpa ketinggalan satu perlawanan. Bagaimana dengan perancangan penyokong akan datang, adakah setiap malam Rabu dan Sabtu sentiasa free sepanjang masa ? Sakit, kerja, kecemasan luar jangka ?
Kelebihan cuma sekelumit yang diberi berbanding harga yang di bayar. Bukankah tawaran harga lebih murah dapat menarik lebih ramai pembeli secara bermusim ?
2% daripada kapasiti tempat duduk sudah memadai. Sediakan taklimat khas awal perlawanan berkenaan T&C penyokong tiket bermusim. Mereka bukan kanak-kanak kali pertama ke stadium untuk di jaga dan dibelai sepanjang perlawanan.
Jangan lupa perlawanan pertama Liga Super 2017 adalah PERCUMA.
Sedarlah wahai KFA !! Idea bijak perlukan perlaksanaan bijak dari komuniti penyokong yang besar.
Menegur bukan kerana membenci,
demi kebaikan semua pihak. Lagi 3 tahun 2020 tetapi KFA masih seperti mana aku mengenali bolasepak di Stadium Darulaman.
C&P untuk perhatian ANDA..
#SekadarPerkongsian
No comments:
Post a Comment