Tuesday, 6 December 2016

Hinanya Rohingya Dimata Umno & Pas





ISU ROHINGYA

Tahukah kita bahawa usul mengenai Rohingya telah ditolak oleh speaker dari dibahaskan di parlimen pada 24 November 2016 lalu.

Kemudian, ahli parlimen dari pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH), dan Democratic Action Party (DAP) telah membantah penolakan usul ini.

Pada ketika itu, tiada seorang pun ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bangun membantah penolakan usul tersebut termasuk ahli parlimen Marang merangkap presiden PAS dan ahli parlimen Pekan selaku presiden UMNO.

Sepatutnya atas nama ummah dan Islam, UMNO dan PAS lah yang patut menjadi jaguh bersuara di parlimen. 

Secara tiba-tiba di luar dewan parlimen, parti Melayu dan parti Islam ini berteriak kamilah juara penyelamat ummah.

Inilah hipokrit tahap tertinggi. Bersandiwara dihadapan rakyat seperti ini tidak lain tidak bukan adalah semata-mata hanya untuk dijadikan modal pada pilihan raya umum (PRU) nanti demi survival kuasa politik masing-masing.

Usahlah bermain wayang dengan rakyat ,kami orang muda bijak menilai !

Like Page The Hope dengan kupasan menarik.isu2 dunia Melayu dan Islam

\\\\\\\\\\ The HOPE //////////

No comments:

Post a Comment