Ketika pilihan raya umum (PRU) 13 pada tahun 2013 kemenangan Barisan Nasional (BN) jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi. Manakala undi popular yang diterima BN pula hanya 47% iaitu menurun sebanyak 2% berbanding dengan PRU12.
Ketika PRU13, semua isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah. Sebaliknya bagi PRU14 akan datang BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.
Seperkara lagi, perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH. Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.
Semuanya terletak kepada kita semua. Rakyat. Jika rakyat tidak termakan dengan gula-gula serta janji palsu BN terutama orang-orang Melayu dan mereka mengundi PPBM yang akan menentang UMNO walaupun akan diganggu oleh PAS maka ianya akan menjadi satu perubahan kuasa yang amat besar. Jadi orang-orang Melayu sekalian perlu kekalkan momentum ini sehingga tiba dihari membuang undi nanti.
Orang Melayu juga kena letak dalam fikiran bahawa jika UMNO-BN kalah Melayu tidak akan melarat dan menjadi bangsat kerana Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor bukan UMNO perintah, Steady ja Melayu di sana. Sebaliknya, yang hidup melarat adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang akan di bawa kemuka pengadilan.
Jangan teperdaya dengan propaganda perkauman yang dibawa UMNO-BN bahawa negara ini akan diperintah oleh DAP kerana ianya tidak akan berlaku, kerana DAP hanya bertanding 52 kerusi daripada 222 kerusi parlimen dan jika DAP menang kesemua kerusi pun ianya bukan suara majoriti. Barang diingat juga untuk memerintah negara ini hanya memerlukan kemenangan kerusi mudah sebanyak 112 kerusi. Oleh itu mana mungkin DAP boleh menang 112 kerusi jika bertanding 52 kerusi kan ? Fakta !
Rumusannya, terpulang kepada kita semua jika masih ingin tersepit hidup dengan ekonomi yang tidak menentu, serta terus-terusan di bohongi maka kekalkanlah UMNO-BN dan sahabatnya !
Jom like page The Hope
\\\\\\\\\\ The HOPE //////////
No comments:
Post a Comment