Monday, 12 December 2016

Ratusan Komen Cemuh Pemuda Umno Kedah




Ketua Pemuda Umno Kedah yang juga Setpol Kepada Ahmad Bashah , Shaiful Hazizy menerima ratusan kecaman dari rakyat apabila beliau mengkritik Mantan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz semalam. 

Shaiful yang dikenali dengan sikap sombong dan poyo seperti kata Kj dulu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mukhriz 'Gila Talak' apabila mendedahkan Kj (Khairy Jamaluddin) pernah berkata Najib (Perdana Menteri) berbohong dan sudah tidak boleh dipecayai mengenai isu 1MDB. 






Jika dilihat kenyataan Shaiful ni , langsung tidak menafikan malah seolah mengiakan apa yang didedah oleh Mukhriz . 

Shaiful hanya mengecam Mukhriz kerana membalas dendam dengan mendedahkan sikap Kj yang berpura-pura menyokong Najib. 

Ratusan Komen Kecam Dan habuan buat Shaiful 

Umum mengatahui Pemuda Umno Kedah sememangnya lemah , sikap sombong dan bongkak pemuda Umno telah membuatkan rakyat terutama golongan belia sudah lama menjauhkan diri dari mereka. 

Tiada program yang menarik jika ada hanya program syok sendiri bagi menghabiskan duit rakyat. 

Semua ahli Umno tahu yang Shaiful adalah anak didik Khairy, dia antara panglima perang Kj untuk bertindak balas jika Khairy diserang. 

Khabar dari Putrajaya menyaktakan Khairy juga telah meminta Najib untuk menerima Shaiful sebagai calon Parlimen Merbok dalam PRU14 nanti dan akan bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian Merbok dalam pemilihan Umno. 

Jadi Shaiful akan membuat apa saja untuk Kj bagi mendapat jawatan dan menjadi calon Pru14. 

Korang boleh baca komen-komen kecaman rakyat terhadap orang Kj ni 








Tolak Pemuda Umno 

Tolak Khairy Jamaluddin 


No comments:

Post a Comment