JIKA anda masih ingat sekitar tahun 2012 yang lalu, para peneroka Felda telah diberi amaran dan ingatan berkali-kali bahawa peneroka akan tanggung hutang jika saham Felda Global Venture, FGV jatuh.
Antaranya, di bawah ini keratan laporan Akhbar Suara Keadilan, bertarikh 22 Mei 2012 yang memetik kenyataan Pengarah Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, saudara Suhaimi Said tentang isu berkenaan.
Suhaimi melahirkan kebimbangannya di mana peneroka mungkin menanggung hutang pinjaman jika Saham FGV merosot.
Suhaimi ketika itu turut mengingatkan tentang kisah Amanah Saham Johor, ASJ sekitar tahun 90 an dahulu, yang pada awalnya digembar-gemburkan konon nilainya dari RM1 akan naik sehingga RM5.
Namun apa yang terjadi kemudian ialah harga saham itu jatuh sehingga RM0.15 seunit mengakibatkan ramai pemegang saham gulung tikar dan diistiharkan bangkrap kerana membeli saham tersebut melalui pinjaman bank.
Ternyata hari ini segala kebimbangan ini telah menjadi kenyataan. Harga saham FGV yang pada awalnya berharga RM4.45, jatuh merudum, harganya kini hanya tinggal RM1.45.
Ramai peneroka yang merungut kerana terpaksa menanggung hutang ribuan ringgit akibat saham FGV yang jatuh merudum teruk melebihi 66 peratus.
Malah ramai yang mengadu wang Khairat Kematian peneroka yang meninggal dunia dipotong sebanyak RM3,200 untuk melangsaikan hutang saham FGV yang rugi teruk akibat penyusutan nilainya.
Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/peneroka-akan-tanggung-hutang-jika.html#ixzz4THiqfNpK
No comments:
Post a Comment