Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Wednesday, 28 February 2018

Hampa masih nak percaya Umno BN Najib ?? Mai Baca Sini !!!


Kita Harus Percaya!

Dikala kita dituduh berdusta mengenai 1MDB,banyak Negara sudah menghukum dan masih menyiasat mengenainya.



Dikala kita dituduh menjatuhkan ekonomi Negara,Perdana Menteri kita dinobat sebagai Menteri Kewangan Terburuk di Asia.



Dikala kita dituduh gila kuasa,BN lah yang terus menabur janji dan dedak- dedaknya





Dikala Pulau Pinang dituduh salah guna kuasa untuk projek terowongnya,pemimpin UMNO pula yg ada kepentingan di sebaliknya

Friday, 4 August 2017

2 faktor BN mungkin tewas PRU14


Global Risk Insights berkata, faktor Dr Mahathir dan skandal 1MDB mungkin punca pembangkang boleh memerintah negara ini pada PRU14.

Faktor Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang dan skandal 1MDB mungkin menjadi punca Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Penilaian itu dibuat Global Risk Insights, sebuah penerbitan antarabangsa mengenai berita dan analisis risiko politik, yang diasaskan di London School of Economics.

Laporan itu menyimpulkan PRU14 penting kerana Dr Mahathir kembali aktif dalam politik dan skandal 1MDB yang terus membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin menjadi punca kemenangan bersejarah buat pembangkang.