Showing posts with label Litar kedah. Show all posts
Showing posts with label Litar kedah. Show all posts

Sunday, 5 March 2017

Litar Kedah : 7 Soalan Untuk Bashah Jawab




Litar Lumba Kedah.

7 Soalan Untuk Ahmad Bashah Jawab Sebelum Majlis Pecah Tanah.

1.PM umum peruntukan RM30 juta untuk bina litar lumba Kedah. Ke mana wang itu akan disalurkan? Ke KBS, Kerajaan Negeri, akaun khas atau MBI?

2.Kalau bukan SIC, yang merupakan sebuah syarikat di bawah MOF, siapa yang akan menjadi penasihat utama di dalam pembinaan litar ini nanti?

3.Sebagai sebuah Negeri yang banyak bergantung kepada hasil pertanian, macam mana litar lumba bertaraf lokal ini akan membantu meningkatkan hasil pendapatan Negeri, sekiranya tiada aktiviti perlumbaan berprestij diadakan bagi menjana pendapatan yang lebih besar untuk Negeri?

Tuesday, 28 February 2017

Pembohongan Najib Razak Tentang Litar Lumba Kedah



Litar Lumba Kedah.
Anak-anak Muda Kedah Kena Tipu!


Malaysia tidak mempunyai banyak litar lumba.Paling terkenal ialah Litar Antarabangsa Sepang.Dahulu ada Litar Batu Tiga.

Di Kedah,litar lumba sememangnya menjadi idaman anak-anak muda.

Sebab itu semasa PRU 13,Perdana Menteri telah berjanji,sekiranya BN menang,sebuah litar lumba akan dibina khusus untuk mereka.

BN menang.Maka bermulalah kerja MB ketika itu,untuk merialisasikan sebuah litar lumba di Kedah.Tapak di Sungai Petani telah dikenalpasti.Kolaborasi MBI dan SIC dimeterai.Permohonan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada Perdana Menteri juga dibuat secara rasmi.

Mengapa RM70 juta?

Tuesday, 29 November 2016

Litar Kedah : UMNO Kedah Akan Kencing Rakyat Lagi Sebelum PRU14



KENA KENCING LAGI

Barisan Nasional Kedah dalam kempennya pada PRU 2013 lalu ada menjanjikan sebuah litar lumba bertaraf antarabangsa seperti litar Sepang untuk anak muda di negeri Kedah. Janji tersebut dimasukkan dalam manifesto parti tersebut yang diberi nama sebagai Aku Janji BN Kedah. Tawaran litar pada golongan belia ini dibuat seandainya BN kembali memerintah Kedah.

Apa yang kita baca dalam Aku Janji BN Kedah ini adalah tujuan pembinaan litar antarabangsa di negeri Kedah ini dilihat untuk membendung masalah gejala lumba haram yang menganggu gugat pengguna jalan raya yang lain.

Track lumba yang diberi nama 1Litar Kedah ini bersifat terbuka kepada semua jenis kenderaan dan semua jenis kelas lapisan masyarakat. Oleh itu, dengan terbinanya 1Litar Kedah ini akan dapat mengurangkan gejala rempit dan seumpamanya. Dengan itu, kami golongan muda amat bersetuju dengan hasrat untuk pembinaan litar ini.