Tuesday, 28 February 2017

Pembohongan Najib Razak Tentang Litar Lumba Kedah



Litar Lumba Kedah.
Anak-anak Muda Kedah Kena Tipu!


Malaysia tidak mempunyai banyak litar lumba.Paling terkenal ialah Litar Antarabangsa Sepang.Dahulu ada Litar Batu Tiga.

Di Kedah,litar lumba sememangnya menjadi idaman anak-anak muda.

Sebab itu semasa PRU 13,Perdana Menteri telah berjanji,sekiranya BN menang,sebuah litar lumba akan dibina khusus untuk mereka.

BN menang.Maka bermulalah kerja MB ketika itu,untuk merialisasikan sebuah litar lumba di Kedah.Tapak di Sungai Petani telah dikenalpasti.Kolaborasi MBI dan SIC dimeterai.Permohonan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada Perdana Menteri juga dibuat secara rasmi.

Mengapa RM70 juta?

Kerana MB ketika itu mahukan sebuah litar yang bertaraf antarabangsa.Maka seluruh elemen di dalam dunia permotoran akan menumpu ke Kedah.Litarnya bakal menggunakan teknologi dari Jepun.Malah lakaran seni litarnya di buat di London.

Ianya selamat dan akan mendapat akreditasi dari badan-badan permotoran dunia.Maka SIC boleh menjadikannnya sebuah litar baru yang penuh jadualnya dengan aktiviti perlumbaan.Pertukaran teknologi akan berlaku.MBI pula akan melantik banyak kontraktor tempatan untuk bersama-sama membinanya.

Anak-anak muda Kedah bakal mendapat banyak peluang pekerjaan.Latihan Khas bakal diberikan oleh SIC kepada mereka yang mempunyai bakat berlumba yang besar.Yang tidak,jangan mengeluh.Masih boleh berlumba secara selamat dan bukan lagi di atas jalan raya.

Ianya sebuah perancangan yang penuh dengan harapan.

Tiba-tiba MB dimaklumkan Kementerian Kewangan(MOF) yang mereka perlu berjumpa segera.MB diberitahu bahawa Litar Lumba Kedah tidak dapat dibina kerana tiada peruntukkan.Tapi boleh dibina sekiranya MB boleh bersetuju dengan 1 perkara iaitu,gunakan saja wang pampasan yang Kerajaan Pusat perlu bayar kepada Kerajaan Negeri diatas kelulusan pembinanaan projek hotel St' Regis di Langkawi.Jumlahnya mencecah RM30 juta.

Untuk tujuan diatas,wang itu boleh disalurkan kepada KBS.Tender akan dibuka.Lakaran seni litar bakal dibuat oleh JKR.

Maka MB tidak bersetuju!!!

Janji membina litar lumba dan membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri kerana membina hotel St' Regis di Langkawi adalah DUA perkara yang berbeza.

MB mengutus surat rasmi kepada PM untuk membantah cadangan itu.Pegawai2 MB juga dipanggil ke MOF.Diminta maklumkan kepada MB,sudah tiada pilihan.Kalau mahu bina litar lumba di Kedah,perlu gunakan wang pampasan tersebut.

Perbincangan menemui jalan buntu.MB tidak mahu rakyat Kedah ditipu.

MB Kedah akhirnya bertukar.Maka naiklah MB baru dari dari kalangan YB yang sangat lama di Kedah.Jauh langsung di hati anak-anak muda Kedah.

Ibarat seorang nelayan kecil.Simpan ikan kembung sekilo di rumah.Nak jamu makan anak bini.Tauke besarnya minta usaha tangkap lebih banyak ikan.Kalau dapat,janji nak hadiahkan sekilo lagi ikan kembung.

Berkat usaha nelayan itu,tangkapan yang besar dibawa pulang esoknya.Malang sungguh,tauke besar telah mungkir janji.Dipaksa makan saja ikan kembung yang dah ada di rumah tu.

12hb Februari 2017
.

PM umumkan peruntukkan sebanyak RM30 juta telah diluluskan untuk membina sebuah litar lumba di Kedah.Maka bersoraklah sipolan sipolan.Kononnya janji semasa PRU 13 dahulu bakal tertunai.

Adakah SIC Akan terlibat lg dalam pembinanaan litar ini nanti?

Atau ada kroni-kroni pejabat MB yang bakal buat untung,apabila projek itu bermula nanti.

Mungkin SuPol MB ada jawapannnya.

Orang Kedah pantang ditipu.
Ingat sampai mati katanya.
Kita tunggu dan lihat.

Berani Kerana Benar!

No comments:

Post a Comment