Thursday, 17 August 2017

Adun BN Kedah lebih gemar pertahan Najib dari bawa masalah rakyat di dewan


*Buang Masa Layan Ahmad Lebai Sudin*

Adun Bukit Lada, Ahmad Lebai Sudin seringkali mencelah ketika Adun-adun Pembangkang berbahas dengan bertanya soalan-soalan tak masuk akal dan tak relevan ketika sidang Dun Kedah berlangsung.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Amiruddin Hamzah berkata Ahmad Lebai Sudin sering mencelah dengan perkara-perkata tidak kena mengena dengan isu rakyat.

"Ada banyak benda saya nak tanya soalan, nanti bila kita layan lagi panjang lah cerita, dia pun naik seronok. Biarlah pemerhati menilai kualiti perkara dibahaskan".

Bagi Adun Derga, Tan Kok Yew beliau mengingatkan Wakil Rakyat Pembangkang supaya tidak melayan Ahmad Lebai Sudin kerana membuang masa.

"Kita bukan takut, buang masa saja layan. Dia suka perlekeh isu yang kita bangkitkan. Kita jangan ikut rentak dia". Katanya.

Adun Ayer Hitam, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan Adun BN Bukit Lada itu sebagai 'Syok sendiri' dan sekadar memeriahkan dewan.

" Saya tengok memang tabiat Bukit Lada macam tu, cara mencelah nampak hebat tetapi soalan dia tak relevan dan tiada kaitan, saja mahu memeriahkan Dun yang sepatutnya dilakukan secara serius untuk bincang isu kepentingan rakyat dan bagaimana kerajaan negeri selesaikannya". Katanya.

Artikel Asal Sinar Harian.

Bagi admin, Ahmad Lebai Sudin umpama pelawak BN Kedah, mungkin kerana dia anggap isu rakyat tidak penting untuk dibincang dalam dewan.

Ahmad sering mencelah dengan hanya mengutuk peribadi & parti pembangkang dan mengagongkan Najib dan BN saja.

Dewan Undangan Negeri Kedah sudah jadi pentas politik BN seperti yang dilakukan Ahmad Lebai Sudin bukan Dewan yang membawa isu rakyat untuk diselesaikan.

Inilah moral pemimpin BN .. hanya pentingkan politik dari masalah yang dihadapi rakyat.

Malang bagi rakyat mempunyai wakil rakyat BN seperti Ahmad Lebai Sudin

No comments:

Post a Comment