Showing posts with label Adun BN Kedah. Show all posts
Showing posts with label Adun BN Kedah. Show all posts

Thursday, 17 August 2017

Adun BN Kedah lebih gemar pertahan Najib dari bawa masalah rakyat di dewan


*Buang Masa Layan Ahmad Lebai Sudin*

Adun Bukit Lada, Ahmad Lebai Sudin seringkali mencelah ketika Adun-adun Pembangkang berbahas dengan bertanya soalan-soalan tak masuk akal dan tak relevan ketika sidang Dun Kedah berlangsung.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Amiruddin Hamzah berkata Ahmad Lebai Sudin sering mencelah dengan perkara-perkata tidak kena mengena dengan isu rakyat.

"Ada banyak benda saya nak tanya soalan, nanti bila kita layan lagi panjang lah cerita, dia pun naik seronok. Biarlah pemerhati menilai kualiti perkara dibahaskan".