Thursday, 13 July 2017

Fitnah : Mukhriz heret Najib Ke mahkamah



Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memfailkan permohonan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menghina.

Permohonan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tindakan itu diambil ekoran kenyataan dibuat Najib - pada 7 Julai lalu - yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menjaga legasinya dengan berharap dapat menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir ialah bapa kepada Mukhriz dan kini dilantik sebagai pengerusi BERSATU.

Dakwaan sama sebelum ini turut mendorong Mukhriz memfailkan saman terhadap setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.



Peguam Mukhriz, Haniff Khatri Abdulla (gambar), memberitahu hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, permohonan hari ini dibuat selepas Najib gagal memenuhi tuntutan bekas menteri besar Kedah itu supaya permohonan maaf dibuat.

Surat tuntutan itu dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin dan tempoh yang diberikan berakhir semalam.

"Ia sudah lebih 48 jam. Tarikh akhir (untuk permohonan maaf) ialah pada jam 1 petang semalam," kata Haniff Khatri.

Peguam terbabit membuat permohonan ex-parte bagi dakwaan menghina atau kebenaran supaya ia didengar terlebih dahulu.

"Ekoran kenyataan Najib, kenyataan sama dibuat oleh Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

“Justeru mahkamah perlu memutuskan hal ini terlebih dahulu. Jika tidak didengar ia akan memberi kesan keadilan kepada kes lain yang membabitkan kenyataan sama," katanya.

Bagaimanapun Ahmad Zaidi memutuskan, perbicaraan saman Mukhriz terhadap Tengku Sariffuddin - yang ditetapkan hari ini dan esok - dijalankan terlebih dahulu.

Hakim juga berjanji untuk mendengar permohonan terbaru Mukhriz itu secepat mungkin.

malaysiakini 


P/s : isu ni dah muaka orang dengar di tv3 , dari tengku aziz , sua najib sampai ke macai2 najib semua duk main ... tetiba Najib boleh menjatuhkan maruah dia sebagai PM dengan main isu ni jugak !! jawatan PM oiii bukan jawatan cybertrooper !! 

No comments:

Post a Comment