Cerita Awal tentang Isu tuduhan dari MB Kedah, Adun BN dan Pemuda Umno mengenai Dato Mahfuz dan wakil penduduk datang ke Dewan Undangan Negeri Untuk menyerahkan Memorandum.
Memorandum kepada YAB Menteri Besar Kedah berkenaan isu tambakan laut di Kg Tepi Laut dan Kg Tepi Laksamana daripada AJK Badan Bertindak Projek Aman Laut untuk tuntutan kepentingan mereka yang berpendapatan tak sampai RM 500 sebulan supaya mendapat perhatian kerajaan yang memerintah.
YAB MB Kedah melarikan diri apabila rakyat marhaen ingin berjumpa dan menyampaikan Memorandum sendiri kepada YAB Menteri Besar, cuma pegawai MB yang menerima sepatutnya beliau mesti berlapang dada dan berjiwa besar untuk mendengar rintihan dan peduli kepada rakyat.
YAB MB Kedah melarikan diri apabila rakyat marhaen ingin berjumpa dan menyampaikan Memorandum sendiri kepada YAB Menteri Besar, cuma pegawai MB yang menerima sepatutnya beliau mesti berlapang dada dan berjiwa besar untuk mendengar rintihan dan peduli kepada rakyat.
Tuduhan oleh MB Kedah Datuk Ahmad Bashah, Adun BN dan Pemuda Umno yang menyatakan bahawa Datuk Mahfuz dan wakil penduduk kampung serbu masuk dewan untuk serah memorandum adalah tuduhan liar yang cuba menutup kesalahan mereka.
Penduduk Kampung hadir tanpa membuat kecoh dan mahu menyerahkan terus kepada Menteri Besar tidak kesampaian walaupun Menteri Besar sudah dimaklum oleh YB Nasir Mustafa.
Walaupun tidak dapat memberi terus kepada Menteri Besar tetapi mereka menyerahkan kepada wakil Menteri Besar secara harmoni tanpa kekecohan ( Gambar penyerahan memorandum diatas ), jadi kenapa pihak penduduk kampung dituduh serbu dewan dan buat kecoh seperti yang dilemparkan oleh Adun Bn dan lain2 ?? mereka bukan penjenayah
Di atas adalah mengenai bantahan penduduk dan mereka menghantar memorandum kepada Menteri Besar
Tuduhan Liar Oleh Adun BN Kedah
Dibawah adalah antara tuduhan liar oleh MB Kedah, Adun2 BN dan Pemuda Umno terhadap Datuk Mahfuz dan Penduduk
Dibawah Penjelasan YB Nasir Mustafa
'Kekecohan' yang didakwa berlaku dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah selepas Sidang DUN ditangguhkan Isnin lalu, perlu dijelaskan supaya rakyat tidak terkeliru dan memahami perkara sebenar yang berlaku. Ternyata ada pihak yang sengaja memanipulasi isu tersebut demi tujuan politik.
Sebaik Sidang DUN ditangguhkan, saya dengan penuh hormat telah memaklumkan kepada YAB Menteri Besar (foto) kehadiran wakil penduduk Kuala Kedah dan Kampung Baru Padang Tembak, Bukit Pinang untuk menyerahkan memorandum berhubung beberapa tuntutan berkaitan permasalahan mereka. Menteri Besar memberitahu, beliau bersedia menghantar wakil untuk bertemu penduduk.
Sewaktu YAB Menteri Besar berjalan untuk keluar Dewan (bukan melalui pintu utama), Ahli Parlimen Pokok Sena YB Dato' Mahfuz Omar serta wakil penduduk telah memasuki DUN untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau. Malang sekali Menteri Besar bertegas enggan menerima memorandum, tidak menghiraukan wakil penduduk yang mahu berjumpanya serta terus meluru keluar Dewan menuju pejabatnya. Tindakan kurang sopan pemimpin utama kerajaan Negeri tersebut telah mencetuskan rasa tidak senang wakil penduduk.
Isu tersebut diburukkan lagi apabila Menteri Besar mengeluarkan kenyataan media kononnya YB Dato' Mahfuz dan wakil penduduk telah "menyerbu beramai-ramai ke dalam Dewan" walhal Sidang DUN telahpun ditangguhkan.
Saya berpandangan apa salahnya YAB Menteri Besar, menerima dengan baik memorandum tuntutan dari rakyat tersebut dan berjanji akan menelitinya. Ia mengambil masa tidak sampai satu minit, namun imej beliau sebagai pemimpin menjadi cemerlang dan terpuji.
Sikap seorang pemimpin kerajaan Negeri yang tidak bersedia bersemuka dengan rakyat sangatlah tidak wajar. Apatah lagi isu berkenaan yang tidak mampu diredakan oleh pihak kerajaan Negeri telah mengakibatkan beberapa penduduk terpaksa ditahan polis.
Saya menasihatkan kerajaan Negeri Kedah, dengan kuasa yang ada, janganlah melayan rakyat sendiri seperti penjenayah. Berundinglah dengan mereka secara berhemah. Dengarilah suara hati mereka terlebih dahulu kerana tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Mohd Nasir bin Mustafa
ADUN Kubang Rotan.
12 April 2017
Sudah 2 Kali Rakyat Hantar Surat Kepada Menteri Besar
Sidang media bersama penduduk berkaitan tuduhan dan repot polis pemuda umno kononnya Dato' Mahfuz dan penduduk serbu Dewan Undangan Negeri Kedah.
Rupanya dah dua kali penduduk terlibat menulis surat untuk bertemu MB.
Jumpalah YAB MB dengan rakyat, semua benda boleh bincangkan!
Yb Nasir Mustaffa
Adun Kubang Rotan
JADI DIMANA TUDUHAN MB KEDAH , ADUN DAN PEMUDA UMNO YANG KATA PENDUDUK KAMPUNG DAN DATUK MAHFUZ MENYERBU DEWAN DAN BUAT KECOH ??? DIMANA VIDEO ATAU GAMBAR YANG MENUNJUKKAN MEREKA BUAT KACAU DI SIDANG DUN ??
WAHAI UMNO , WAHAI AHMAD BASHAH JANGANLAH LAYAN PENDUDUK KAMPUNG SEPERTI PENJENAYAH HINGGA REPORT POLIS TERHADAP MEREKA !!! DENGARLAH MASALAH MEREKA DAN RINTIHAN ORANG KAMPUNG YANG MISKIN INI !!!!
No comments:
Post a Comment