Makin panas episod cerita debat antara Haris dan bekas bosnya Dato Seri Mukhriz... Cubaan Haris ini dilihat akan memakan diri sendiri dan sekaligus memalukan Umno Kedah jika debat ini tidak jadi...
Sesudah debat antara Tun M dan Nazri kian kabur selepas tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa yang memberi pelbagai alasan kini tumpuan diberikan pula pada debat yang dicabar oleh Haris kepada Mukhriz..
Debat mereka yang sepatutnya dibuat pada hujung bulan 3 lalu terpaksa ditunda apabila Haris dilanda 'penyakit misteri' dan menerima rawatan di Hospital..
Tuduhan Haris yang Mukhriz mempunyai kekayaan lebih 1Bilion dan mengajak Mukhriz berdebat telah disambut oleh Mukhriz.. kini Haris harus meneruskan debat ini jika tidak bukan sahaja beliau tetapi TV3 yang hari-hari siarkan cerita debat ini juga akan di SAMAN Mukhriz kerana cuba menfitnahnya...
Kenyataan Mukhriz malam tadi dibawah :
"jika Haris enggan bersetuju untuk berdebat dengan saya atas apa alasan sekalipun, maka segala tohmahan dan fitnah yang Haris telah secara terus-menerus lontarkan terhadap saya selama ini, terutamanya melalui konspirasi TV3, mahupun mana-mana pihak lain, akan saya heret kesemuanya ke Mahkamah kelak, yakni Haris, TV3 dan sesiapa lain yang terlibat."
"Ada baiknya juga Haris usahakan agar Debat itu disiarkan secara langsung melalui TV3, memandangkan TV3 yang menjadi penyiar utama tohmahan dan fitnah Haris itu selama ini."
YB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
Adun Ayer Hitam
Dibawah kenyataan media Mukhriz malam tadi
1. Saya berterima kasih kepada Haris Che Mat (Haris) yang kononnya telah memohon permit dari IPD Kubang Pasu untuk mengadakan majlis debat dengan saya pada 8 atau 15 April ini.
2. Walaupun permit sudah kononnya dipohon, namun ada beberapa perkara yang telah saya lontarkan kepada Haris sebelum ini yang menjadi dasar dan asas kepada persetujuaan pengadaan Debat itu yang masih belum dijawab oleh Haris.
3. Malahan kenyataannya baru-baru ini menampakkan seolah-olah Haris cuba untuk mengelak daripada dasar dan asas persetujuan yang dinyatakan saya untuk Debat itu.
4. Soalan-soalan yang perlu Haris jawab bagi tujuan Debat itu terlebih dahulu adalah seperti berikut :
a) Adakah benar hanya Haris sahaja yang akan memilih moderator walhal sepatutnya moderator Debat mestilah dari pihak yang berkecuali?
b) Adakah benar bahawa soalan hanya akan ditujukan kepada saya sahaja, dan saya pula tidak dibenarkan bertanya soalan terhadapnya? Sedangkan saya telahpun maklumkan dengan jelas sebelum ini bahawa saya hendak Haris jawab berkaitan kekayaan Riza Aziz, anak tiri NAJIB RAZAK, yang membolehkannya biayai pembikinan filem lucah Hollywood dan berjudi di Las Vegas.
c) Adakah benar tajuk Debat ialah mengenai kekayaan saya yang dituduhnya berjumlah berbilion ringgit? Bagaimana pula dengan tajuk debat untuk merangkumi persoalan tentang kekayaan Riza Aziz pula?
d) Saya telah menawarkan bahawa jika dia berjaya membuktikan bahawa saya mempunyai kekayaan berbilion ringgit itu, maka saya akan menyumbang RM500 juta untuk pembangunan sekitar Jerlun, dan RM500 juta lagi untuk Pokok Sena? Dan sebaliknya adakah Haris menerima cabaran saya bahawa jika Haris gagal membuktikannya, Haris pula yang perlu menyumbang jumlah yang sama kepada pembangunan di Jerlun dan Pokok Sena!
5. Jelaslah, Haris tidak memahami etika Debat. Kalau hanya dia sahaja yang tanya soalan, dan hanya saya seorang sahaja yang kena jawab, itu Temuramah namanya, bukan Debat. Saya tidak berhasrat menghadiri Temuramah dengan Haris. Saya cuma berhasrat menghadiri Debat dengan Haris di atas dasar dan asas yang telah saya nyatakan sebelum ini, dan ditegaskan di sini sekali lagi supaya Haris tidak berdolak dalih lagi berkenaan perkara ini.
6. Insya'Allah saya akan menjawab segala tohmahan yang dilontar terhadap saya mengenai wang berbilion ringgit yang Haris tuduh kononnya milik saya. Berani kerana benar!
7. Tapi kalau mahu berdebat secara jantan, Haris juga perlu menjelaskan hanya satu perkara sahaja. Iaitu dari manakah Riza Aziz, anak tiri NAJIB RAZAK dan anak kandung Rosmah Mansor mendapat kekayaannya untuk membikin filem lucah Wolf of Wall Street yang memakan belanja AS$100 juta dan membayar hutang judi AS$13 juta di pusat perjudian Las Vegas?
8. Kalau saya juga boleh mengacu soalan ini dalam "Debat" yang ingin Haris anjurkan itu, barulah adil namanya!
9. Jelas sekali Haris cuba secara desperado untuk menggunakan nama saya untuk menghidupkan peluangnya supaya dinamakan sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke14. Adakah UMNO Pokok Sena merestui tindakan Naib Ketua Bahagian mereka itu?
10. Daripada maklumat dalaman yang saya perolehi, sebenarnya ada dua dalang di sebalik tindakan Haris ini. Yang pertama ialah Penasihat Media kepada NAJIB RAZAK iaitu Habibul Rahman Kadir Shah, dan yang kedua ialah Setiausaha Politik MB Kedah, Dato' Shaiful Hazizy Zainal Abidin. Kedua-duanya menerima arahan daripada majikan masing-masing, ataupun hanya memandai-mandai buat percaturan politik yang tidak matang ini.
11. Saya menantikan jawapan segera dari Haris mengenai kesemua persoalan yang telah saya kemukakan ini. Memandangkan Haris sudah sihat, dan tiba-tiba mempunyai kemampuan luar biasa, maka bolehlah dia belanja teman-temannya melancong di luar negara lagi.
12. Sementara itu, jika Haris pula kini enggan bersetuju untuk berdebat dengan saya atas apa alasan sekalipun, maka segala tohmahan dan fitnah yang Haris telah secara terus-menerus lontarkan terhadap saya selama ini, terutamanya melalui konspirasi TV3, mahupun mana-mana pihak lain, akan saya heret kesemuanya ke Mahkamah kelak, yakni Haris, TV3 dan sesiapa lain yang terlibat.
13. Oleh itu saya ingin sekali lagi syorkan supaya Haris teruskan Debat ini atas apa yang telah saya cadangkan, untuk Haris berpeluang buktikan tohmahan dan fitnahnya sendiri. Ada baiknya juga Haris usahakan agar Debat itu disiarkan secara langsung melalui TV3, memandangkan TV3 yang menjadi penyiar utama tohmahan dan fitnah Haris itu selama ini.
14. Justeru, sehingga Haris menjawab dengan lengkap segala persoalan di atas, sebaiknya Haris menetapkan Debat itu pada tarikh bersesuaian untuk kehadiran saya, iaitu samada 27 April atau 5 Mei ini.
YB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
ADUN Ayer Hitam
Tahniah Dato' Seri Hj Mukhriz..kami menyokong penuh tindakan Dato Seri. kepada Haris jgn serupa tak dak teloq weii..lu sudah salah org, baru nak dicalonkan dh merapu..jgn buat2 sakit plk
ReplyDelete