Sunday 11 November 2012

KEDAH : GIATMARA BAIKPULIH 72 RUMAH DI DUN LUNAS #TUKARKEDAH


KULIM: GiatMara Kedah mendapat kepercayaan untuk membaikpulih 72 rumah dalam 11 kampung di kawasan Dewan Undangan (DUN) Negeri Lunas bernilai hampir RM250,000.

Penyelaras DUN Lunas S. Ananthan berkata projek baik pulih itu telah diluluskan Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah dan akan dilaksanakan mulai pertengahan bulan ini.

Bercakap kepada Bernama selepas mendengar taklimat berkaitan kerja baikpulih itu oleh Penyelaras GiatMara Kedah Khairul Amir Hashim di Dewan Orang Ramai Kampung Batu 8 di Padang Serai, dekat sini Rabu, beliau berkata kos bagi sebuah rumah ialah antara RM3,000 dan RM5,000.

Taklimat itu turut dihadiri 13 pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) dalam DUN Lunas dan penerima bantuan program itu.

Sementara itu Khairul Amir berkata GiatMara Kedah telah membaikpulih lebih 100 rumah di seluruh negeri di bawah program Skim Pembangunan Kesedaran Rakyat (SPKR) tahun ini. BERNAMA

No comments:

Post a Comment