Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menolak laporan mendakwa isteri perdana menteri Rosmah Mansor ada menghubungi Duta AS Joseph Y Yun dengan harapan untuk memberhentikan siasatan terhadap 1MDB.
Asia Sentinel dalam laporannya sebelum ini berkata mereka cuba mengesahkan perkara itu dengan kedutaan AS tetapi tidak berjawab.
Bagaimanapun, dalam e-mel kepadaMalaysiakini, pihak kedutaan berkata mereka tidak mempunyai rekod sebarang pertanyaan daripada Asia Sentinel berhubung perkara itu.
“Kami telah melihat laporan mendakwa isteri Perdana Menteri Najib menghubungi duta Yun beberapa kali.
“Kami tidak mengulas isu berkaitan perbincangan diplomatik, tetapi kami dapat sahkan bahawa duta Yun tidak bercakap berhubung isu ini dalam laporan Asia Sentinel dengan isteri perdana menteri (gambar),” katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengkritik laporan itu yang menurutnya berdasarkan khabar angin.
Asia Sentinel disekat di Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Menteri: Kewartawanan tak beretika
Bercakap kepada Malaysiakini, Salleh (gambar) menyifatkan perkara itu sebagai kewartawanan yang tidak beretika, kerana melaporkan berdasar laporan tidak disahkan.
Berdasarkan sumber dan cakap-cakap “yang beredar meluas dalam lingkaran kumpulan kecil diplomatik di Kuala Lumpur” Asia Sentinelmendakwa Rosmah menghubungi Yun beberapa kali supaya siasatan peguam AS Preet Baharara di Wilayah Selatan New York ditamatkan.

Artikel itu mendakwa Yun memberitahu Rosmah bahawa Bharara bergerak secara bebas dan Presiden AS Barack Obama sekali pun tidak dapat mempengaruhi siasatannya.
Asia Sentinel memetik sumber sebagai berkata: “Dia (Rosmah) diberitahu, 'Jika kamu tak buat salah, jangan bimbang. Amerika Syarikat negara yang menjunjung undang-undang'.”
1MDB tertakluk kepada siasatan pelbagai negara termasuk Switzerland, Singapura, United Kingdom dan Perancis.
Syarikat itu bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan padanya bermotifkan politik.

No comments:
Post a Comment