Showing posts with label rosmah mansor. Show all posts
Showing posts with label rosmah mansor. Show all posts

Monday, 3 July 2017

Najib dilapor bercuti ke Bali dengan jet kerajaan



Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dilaporkan bercuti bersama keluarga menggunakan pesawat udara milik kerajaan.

Berdasarkan laporan JawaPost.com pada 27 Jun lalu perdana menterii dan rombongannya tiba di Bali sehari sebelum itu menggunakan kapal terbang dengan nombor pendaftaran 9M-NAA.

Ia adalah satu daripada pesawat udara milik kerajaan Malaysia yang digunakan untuk membawa tetamu kehormat.

Media lain di Indonesia merujuk kapal terbang dinaiki Najib sebagai "pesawat diraja" atau "jet pribadi" dan dilaporkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Kuta padajam 12.53 tengah hari.

Media tempatan melaporkan ketibaan Najib dan 23 yang lain disambut oleh pegawai kanan Bali, termasuk gabenornya, Made Mangku Pastika, sebelum dibawa ke tempat penginapan mereka di Hotel St Regis di Nusa Dua.

Gambar disiarkan media menunjukkan ketibaan itu turut menampakkan sisi kiri enjin pesawat berkenaan sebagai latar belakang tetapi nombor penndaftarannya tidak kelihatan.

Demi keselamatan

Bagaimanapun komponen pada pesawat berkenaan didapati konsisten dengan pesawat 9M-NAA dan satu lagi kapal terbang kenamaan milik kerajaan, 9M-NAB.

Najib dan keluarganya dilaporkan berada di Bali sehingga 30 Jun sebelum berlepas untuk menyambung percutian mereka di Perth, Australia.

Tidak dapat dipastikan jenis pengangkutan yang digunakan untuk perjalanan berkenaan.


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini menjelaskan Najib berhak menggunakan jet kerajaan untuk bercuti.

Malaysiakini pada 3 Januari lalu melaporkan Nur Jazlan sebagai berkata walaupun lebih elok jika Najib menguruskan penerbangannya secara peribadi, ada isu lain yang turut perlu dipertimbangkan.

"Kadang-kadang untuk tujuan keselamatan adalah lebih baik untuk beliau (Najib) menggunakan kemudahannya sebagai perdana menteri untuk menguruskan pengangkutan yang diperlukan untuk bercuti," katanya.

Wednesday, 30 March 2016

'Duta AS tak bercakap dengan Rosmah isu siasatan 1MDB'



Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menolak laporan mendakwa isteri perdana menteri Rosmah Mansor ada menghubungi Duta AS Joseph Y Yun dengan harapan untuk memberhentikan siasatan terhadap 1MDB.

Asia Sentinel dalam laporannya sebelum ini berkata mereka cuba mengesahkan perkara itu dengan kedutaan AS tetapi tidak berjawab.


Bagaimanapun, dalam e-mel kepadaMalaysiakini, pihak kedutaan berkata mereka tidak mempunyai rekod sebarang pertanyaan daripada Asia Sentinel berhubung perkara itu.




“Kami telah melihat laporan mendakwa isteri Perdana Menteri Najib menghubungi duta Yun beberapa kali.

“Kami tidak mengulas isu berkaitan perbincangan diplomatik, tetapi kami dapat sahkan bahawa duta Yun tidak bercakap berhubung isu ini dalam laporan Asia Sentinel dengan isteri perdana menteri (gambar),” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengkritik laporan itu yang menurutnya berdasarkan khabar angin.