Tuesday, 6 November 2012

YAN : NENEK BARU AMBIL SPM SETELAH 38 TAHUN


Nenek tunggu 38 tahun untuk duduki SPM

HASANAH Abdullah, 55, (kiri) bersama rakannya, Zurina Ismail, 39, mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak, semalam.

YAN 5 Nov. - Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Hasanah Abdullah, 55, mencatatkan sejarah tersendiri hari ini apabila menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak di sini.

Hasanah yang mengambil aliran subjek teras dengan tambahan Bahasa Arab kelihatan sebak dan gembira kerana penantian selama 38 tahun untuk menjadi calon SPM akhirnya berjaya.

Ibu kepada enam orang anak dan nenek kepada tiga orang cucu itu berkata, peristiwa kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan kekangan kewangan memaksanya membatalkan hasrat untuk menduduki SPM ketika berusia 17 tahun.

JERAI NEWS : CUBAAN BUNUH THAKSIN


Suspek cubaan bunuh Thaksin ditahan di Myanmar



BANGKOK 7 Nov. - Pihak berkuasa Myanmar menahan seorang lelaki yang dikaitkan dengan dakwaan plot untuk membunuh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yubamrung berkata, suspek ditahan kelmarin di bandar sempadan Tachilek berhampiran Hotel Regina tempat Thaksin dilaporkan akan menginap dalam lawatan tiga hari ke Myanmar.

“Suspek yang merupakan seorang ahli kumpulan minoriti Shan ditahan dengan lengkap bersenjata termasuk pelancar roket bom tangan," katanya, semalam. - utusan

VIDEO CARA MESIN ATM DIROMPAK, JOM TENGOK !!!!